Mendengarkan
namanya jer kita semua sudah pelik, apatah lagi dengan melihatkan bentuknya. Tentu
kita tertanya apakah haiwan ini?
Bronok ini adalah sejenis makanan laut yang
boleh ditemui di Pulau Langkawi sahaja. Di Langkawi mereka mengatakan bronok ini
adalah sejenis haiwan dan ada juga yang mengatakan bronok ini adalah gamat laut.
Manakala ada juga yang berpendapat bronok ini adalah ulat sagu berbogel.
Bronok
ini boleh didapati di tepi pantai yang berlumpur. Bronok ini boleh dimakan mentah
ataupun dibuat kerabu kerana bronok ini tidak boleh dimasak kerana ia akan cair
apabila dimasak. Bronok ini akan dicuci terlebih dahulu sebelum dimakan, mereka
akan membuang tahi dan isi bronok ini dan kemudian mengocak-ngocaknya di dalam
air bersih dan terus dimakan.
Manakala
untuk dibuat kerabu bronok ini akan dihiris-hiris terlebih dahulu sebelum dijadikan
kerabu kemudian digaul dengan bahan-bahan seperti kerisik, bawang dan sebagainya
untuk dijadikan kerabu. Bronok ini rasanya sedikit masin.
Bronok
yang baru ditangkap dari laut
Bronok
yang sudah dijadikan kerabu
Uchee: Tak pernah makan bronok. Tapi makcik kata, sedap macam sotong tu.
No comments:
Post a Comment