Followers

Showing posts with label Anom. Show all posts
Showing posts with label Anom. Show all posts

Monday, 31 March 2014

Ecological Horror - Sampah di Lautan

Pasukan mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Lautan Hindi menemui satu lagi tragedi  - ecological horror  - sampah daripada daratan yang bertimbun di lautan. 

Mana datangnya sampah sarap ni. Kita mungkin menganggap sampah-sampah ni datang daripada bot-bot nelayan, kapal-kapal pengangkutan dan kapal penumpang mewah dan sebagainya. Tapi kebenarannya sampah daripada pihak-pihak yang ada kaitan dengan industri di lautan hanya 20 peratus…Habis 80 peratus tu datang daripada mana? Semestinyalah sampah-sampah kita dari daratan.


Bagi menangani masalah sampah sarap dalam laut, di Lautan Pasifik dibina perangkap/pelekat sampah (garbage patch) yang berputar bersama-sama dengan putaran arus utara Pasifik. (Maklumat lanjut di http://education.nationalgeographic.com/education/encyclopedia/great-pacific-garbage-patch/?ar_a=1)

Pelekat sampah ini mengumpul serpihan marin daripada Utara Amerika dan Asia dan juga daripada kapal yang menelusuri kawasan berkenaan. Sampah dari benua Amerika Utara mengambil masa 6 tahun untuk sampai ke perangkap ini, manakala sampah daripada Jepun dan negara-negara Asia ambil masa setahun untuk sampai.


Tapi macam mana dengan laut dan lautan lain. Sapa laa yang nak pi kutip sampah-sampah kita yang dalam lautan tu...Masalahnya kesian la kat si penyu dan juga hidupan marin yang lain...tersalah makan plastik ingatkan obor-obor...kejam la kita ni kan...



Anom: Love yourself and love other being 

Wednesday, 22 January 2014

Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Malaysia Baik

Satu berita yang sedap didengar pagi-pagi ni apabila Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris  pelajar Malaysia pada tahap yang baik di peringkat pra-sekolah hingga universiti.

Pengumuman tersebut berdasarkan laporan “Measuring the English Language Standard and Establishing an Evidence-based Baseline for Malaysian School” yang dikeluarkan oleh panel Penilaian Bahasa Inggeris Cambridge  (Cambridge English Language Assessment).



Menurut Tan Sri Muhyiddin, Kementerian Pendidikan mengambil langkah melantik pihak ketiga (Cambridge) menilai tahap pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris di peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat Universiti. Inisiatif ini diambil sebagai respon kepada tanggapan orang ramai bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar Malaysia kini adalah rendah dan tidak seperti dahulu.

Hasil penemuan ini dapat membuktikan bahawa sistem pendidikan Negara sekarang ini mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris  dalam kalangan pelajar walaupun dengan pemansuhan PPSMI yang ditentang ramai ibu bapa.

Namun penemuan ini bukan sesuatu untuk dibangga-banggakan, ia sebagai kayu pengukur untuk membolehkan suatu penanda aras diletakkan. Di samping itu, segala kelemahan dan kepincangan dapat diketahui dan tindakan memperbaiki dan penambahbaikan dapat dilakukan.

Semuanya hanya bertujuan untuk memperkasakan modal insan Negara demi kebaikan generasi di masa hadapan.

Anom : Kemahiran berbahasa Inggeris sangat penting pada zaman ini!
  

Monday, 20 January 2014

"MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM"


Berita Harian, 20 Januari 2014

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini melancarkan buku panduan ringkas 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam'(MPA) bagi memperjelas prinsip dan nilai-nilai yang digariskan di bawah usaha merakyatkan perkhidmatan awam. 


Dr Ali berkata konsep itu diperkenalkan agar setiap penjawat awam menyedari bahawa mereka adalah sebahagian daripada rakyat dan sesungguhnya mereka lebih berupaya untuk memahami kehendak dan aspirasi rakyat.


"Adalah menjadi hasrat kerajaan juga agar segala inisiatif yang telah direncanakan dapat diterjemah oleh setiap penjawat awam dengan berkesan dan disampaikan secara menyeluruh dan efektif kepada rakyat.

"Saya mahukan perkhidmatan cemerlang daripada anda semua, perkhidmatan cemerlang yang sama, yang anda harapkan sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya.

Dalam kata-kata aluan buku berkenaan, Ali berharap panduan yang diberikan akan menjadi keutamaan bagi penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan serta dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.

Buku itu dilancarkan pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara di sini hari ini.

Buku berkenaan terbahagi kepada beberapa tajuk iaitu 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam', 'Kesejahteraan dan Kecemerlangan', 'Enam Prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam', 'Perkhidmatan Awam Unggul Ke arah Merealisasikan Wawasan 2020' dan 'Pelan Tindakan Ke Arah Kecemerlangan dan Kesejahteraan'.

Enam prinsip dalam Merakyatkan Perkhidmatan Awam ialah keterbukaan - minda terbuka dan mudah didekati, turun padang, musyawarah, insaniah - keseimbangan antara rohani dan jasmani', kekitaan serta kerjasama awam-swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)- perkongsian sumber dan kesepakatan.

Buku bersaiz poket setebal 27 muka surat itu diterbitkan oleh pejabat Ketua Setiausaha Negara dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Orang ramai dan penjawat awam yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam boleh mengakses laman web rasmi ketua setiausaha negara di www.pmo.gov.my/ksn dan klik kepada ikon MPA booklet yang tertera. - BERNAMA




Anom : Download buku Merakyatkan Perkhidmatan Awam di: 



Thursday, 9 January 2014

POTENSI KERJAYA DIRESTORAN MAKANAN SEGERA

Ramai yang beranggapan, termasuklah saya bahawa bekerja di restoran makanan segera sebagai kerja sementara yang tidak menjamin masa depan.

Selalunya, pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan atau pun penuntut IPT bekerja di restoran-restoran makanan segera ini secara ‘part-time’ bagi mendapat wang saku sahaja.

Tapi sebenarnya restoran-restoran makanan segera ini seperti McDonald, KFC, Burger King dan sebagainya mempunyai pelan pembangunan kerjaya yang sangat bagus terutamanya untuk belia. Apa yang penting seseorang itu harus sanggup untuk mula dari bawah.


Kisah seorang pekerja restoran yang memulakan kerjaya sebagai krew, kini, hanya dalam masa 7 tahun beliau sudah dilantik sebagai pengurus cawangan restoran tempatnya bekerja. Katanya, “asalkan ada minat, komited dan dedikasi dalam tugas, peluang untuk dinaikkan pangkat sentiasa ada, walaupun tidak berlatar belakang pendidikan tinggi”.  

Bukan sahaja gajinya yang kompetitif, ada medical benefit dan makanan percuma ditawarkan. Pekerja juga akan di ‘groom’ menerusi program pembangunan krew, pengurusan dan pentadbiran restoran.

McDonald contohnya mempunyai 12,000 kakitangan di Negara ini dan akan tambah 2,000 lagi pengambilan. Peluang ini harus direbut oleh belia dengan tidak terlalu memilih kerjaya.

Kerajaan dalam dua hari lepas mengumumkan larangan kepada restoran makanan segera daripada mengupah pekerja asing berkuatkuasa serta merta. Langkah ini kerana Kerajaan sudah nampak potensi tawaran kerjaya yang meluas dalam sektor ini. Langkah ini juga mampu menambah peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia disamping membendung sektor perniagaan ini daripada dibolot oleh pekerja asing.



Anom: Jom ramai-ramai rebut peluang ini…jadikan ia sebagai kerjaya pilihan…good for future and personality..

Tuesday, 10 September 2013

Majlis Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO) Memartabatkan Kaum Wanita

Sejak penubuhannya pada tahun 1963, telah banyak kejayaan bermakna dilakar oleh NCWO dalam memartabatkan kaum wanita di samping memperjuangkan hak wanita. Pada tahun ini (2013), genaplah 50 tahun penubuhan NCWO. Pertubuhan kini telah memayungi 125 persatuan wanita lain yang berjuang meningkatkan status dan martabat wanita Malaysia meliputi perjuangan dari segi hak kesamarataan gender, gaji, keganasan terhadap wanita, hak pendidikan dan banyak lagi.

Perjuangan NCWO adalah perjuangan yang berterusan berteraskan kesinambungan kepimpinan sejak pasca kemerdekaan hingga kini. NCWO telah diasaskan oleh Tan Sri Kamsiah Ibrahim pada 1963. Tokoh-tokoh hebat yang menjadi nadi dan tulang belakang NCWO sejak awal penubuhannya antaranya ialah Tun Fatimah Hashim, Datuk FR Bhupalan, Puan Sri Janaki Athi Nahappan dan Puan Sri Fatimah Hamid Don.

Menjadi hasrat NCWO untuk melihat kesinambungan kepimpinan terdahulu terus diwarisi oleh generasi muda kerana isu berkaitan wanita dan keluarga merupakan perjuangan yang tiada henti. Lantaran itu, pelbagai aktiviti telah dan sedang dilakukan untuk menggalak dan mendedahkan generasi muda mengenai fungsi dan matlamat pertubuhan berkenaan. Antara aktivitinya ialah dengan melatih sukarelawan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan keluarga pada tahun 2011, menggalakkan wanita berpersatuan terutamanya dalam kalangan pelajar IPT kerana mereka berdaya saing dan mempunyai sifat kepemimpinan.

Antara perjuangan dan pencapaian NCWO
• Ditubuhkan pada 1963
• Pengasas NCWO ialah Tan Sri Kamsiah Ibrahim
• Sehingga kini 125 pertubuhan bernaung di bawah NCWO
• Memperjuangkan isu wanita seperti hak persamaan gaji, peluang pendidikan dan kerjaya untuk wanita.
• Kerap mengadakan bengkel untuk pembangunan wanita dengan kerjasama Kementerian Pembangunan, Wanita Keluarga dan Masyarakat
• Pada 1968, melalui advokasi NCWO, Parlimen sudah meluluskan Akta Kanak-kanak dan Wanita Berkahwin (‘Married Women and Children’) dan pada tahun yang sama juga Akta Pencen (Pindaan) 1968 dikuat kuasa untuk memberi wanita status tetap dan berpencen.


• Pada 1969 Kerajaan melaksanakan Dasar Gaji Sama Bagi Kerja yang Sama Nilai. Yang Dipertua NCWO, Tun Fatimah Hashim dilantik menjadi Menteri Wanita pertama manakala Tan Sri Aishah Ghani dipilih menganggotai Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Status Wanita. 
• Pada 1985 NCWO berjaya memperoleh cuti tanpa rekod untuk ahli gabungan NCWO menyertai persidangan dan kegiatan rasmi NCW di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
• Atas usaha dan perjuangan NCWO juga, pelbagai akta wujud untuk menjaga kepentingan wanita antaranya Kanun Keseksaan dipinda pada 1989 untuk melindungi hukuman lima tahun penjara mandatori, Akta Keganasan Rumah Tangga sudah berkuat kuasa pada 1996 dan Kod Gangguan Seksual diterima pakai pada 1999, Akta Hak Jagaan dipinda pada 1999 untuk memberi hak penjagaan yang sama dengan bapa, Akta Hak Pusaka diluluskan pada 1997, cuti bersalin ditambah dari 42 hari ke 60 hari dan ke 90 hari bermula pada 2010, cukai berasingan diperkenalkan untuk wanita dan lelaki.


Anom: Jangan tindas kaum wanita!
  



Wednesday, 17 October 2012

CERITA DISEBALIK KR1M




Hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai akhbar yang saya baca minggu lepas. Headlinenya “Bukan mudah tubuh KR1M”. Nak tahu ceritanya..

Dalam berita tersebut Datuk Amer Ali iaitu Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd (Mydin), boleh kata tycoon dalam bidang peruncitan, memberi penjelasan kerana penubuhan KR1M (Kedai Rakyat 1Malaysia) telah dipolitikkan.

Datuk Amer Ali memang terlibat secara langsung dengan KR1M bersama dengan empat usahawan lain. Menurut Datuk Amer Ali, beliau bersetuju membantu Kerajaan menubuhkan KR1M atas dasar mahu membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang rendah. Ia merupakan tanggungjawab korporat, disamping sebagai seorang Islam, beliau berniat untuk mendapat berkat dan pahala dengan membantu golongan yang memerlukan.

Sehingga kini sebanyak 59 KR1M telah beroperasi diseluruh negara dan usaha-usaha untuk melengkapkan sasaran 85 buah KR1M sedang giat dijalankan. Melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kerajaan memperuntukkan modal perbelanjaan sebanyak RM585 ribu bagi sebuah kedai dua pintu. Peruntukan tersebut hanya untuk pengubahsuaian, sewaan dan lain-lain. Manakala modal kerja sebanyak RM300 ribu hingga RM400 ribu ditanggung oleh Mydin untuk membeli barangan, membayar gaji dan stok. Margin keuntungan yang diperoleh melalui KR1M sangat kecil iaitu antara hanya 1% – 2% sahaja berbanding 5% - 15% kebiasaannya untuk perniagaan runcit. Ya la kan, nak membantu rakyat, untung sikit cukup la...

Bagi menjawab tohmahan bahawa KR1M ‘membunuh’ peniaga-peniaga kecil pulak, Datuk Amer menyatakan yang KR1M tidak diletakkan bersama kedai-kedai runcit yang lain. Beliau juga hairan dengan tuduhan berkenaan kerana baginya perniagaan memanglah berkaitan persaingan. Jadi, di mana salahnya. Tambahnya lagi, tuduhan tersebut sangat tidak berasas kerana KR1M hanya akan ada 85 buah, nak dibandingkan dengan 99 Speedmart yang ada 362 buah cawangan ataupun KK Mart.

Bagi beliau bukan hanya Mydin, tetapi sesiapa sahaja sama ada syarikat ataupun individu boleh membantu Kerajaan menubuhkan KR1M, contohnya Sime Darby atau FELDA untuk membantu komuniti masing-masing. 








Anom : Dah beralih shopping barang keperluan di KR1M presint 2 setiap bulan..maklumlah isi rumah ramai, 8 orang.  

Thursday, 19 July 2012

Kunci Kejayaan Wanita

Semasa berucap merasmikan Sidang Kemuncak Wanita ke-10 dua hari lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menggesa kaum wanita di negara ini untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang khususnya perniagaan, komunikasi dan teknologi di samping bersedia menghadapi cabaran baru.

Beliau turut menggariskan empat kriteria utama bagi memandu wanita mengatasi halangan serta berjaya dalam bidang yang diceburi.

Pertamanya, wanita perlu bersedia mendepani cabaran-cabaran baru selain membina keupayaan untuk bersaing serta berada selangkah di depan pada setiap masa.

Kedua, memupuk sikap positif dan yakin dengan keupayaan diri untuk atasi apa jua halangan. Kerana dengan sikap positif wanita akan mampu meneroka peluang-peluang baru dan menjadi perintis dalam bidang masing-masing.

Kriteria ketiga pula, untuk berjaya sebagai perintis wanita perlu memiliki sesuatu yang istimewa untuk ditawarkan yang memberikan manfaat sebenar.

Kriteria keempatnya ialah dengan mewujudkan peluang-peluang yang membolehkan wanita mencapai kecemerlangan.
 








Anom: Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian akan menggegarkan dunia. 

Thursday, 7 June 2012

Jerawat?


Ingat lagi tak iklan OXY..JERAWAT...!!! Ya, itu lah perkaranya yang sunggung dibenci oleh semua remaja terutamanya perempuanla kan..semua orang kalau tak pun ramai orang mesti anggap ‘jerawat’ adalah perkara ‘biasa’ yang harus dihadapi oleh semua remaja kan?

Tapi sebenarnya tidak juga. Ia ada kaitan dengan pemakanan dan ia boleh dirawat. Kajian oleh penyelidik daripada Unit Pembangunan Panduan Amalan Klinikal (CPG), Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa 67.5% pelajar berumur 13 hingga 18 tahun daripada dua buah sekolah alami masalah jerawat. Angka ini dianggap tinggi dan membimbangkan kerana berlaku dalam kalangan remaja yang sangat pentingkan penampilan diri dan boleh menyebabkan gangguan emosi. 

Awat plak tak emosi..atas batang hidung you jerawat batu naik...boleh tak pi sekolah tu..masalahkan jerawat nie...

Jadi menyedari keseriusan masalah ini dan kesan negatifnya kepada remaja, Kementerian kesihatan dah keluarkan buku panduan kepada semua hospital dan klinik kerajaan untuk dirujuk oleh doktor dan pelajar perubatan menganai cara/panduan/kaedah untuk merawat jerawat dan memberi nasihat kepada pesakit. Ia penting kerana masalah jerawat jika gagal dirawat akan meninggalkan parut, lagi banyak belanja perlu dikeluarkan untuk menghilangkan parut plak...

Jadi lepas ni kalau ada masalah jerawat pergilah ke klinik-klinik kerajaan untuk dapatkan rawatan dan khidmat nasihat. Jangan la tunggu sampai teruk baru nak dapatkan rawatan...kita boleh je ke klinik utk khidmat nasihat...tapi kena la sabar menunggu..biasala tu..

Kenapa sebelum ni saya kata jerawat bukan perkara ‘biasa’ yang harus dihadapi oleh remaja kerana di negara-negara Asia seperti China, 38 peratus remajanya yang berumur 13 – 18 tahun alami masalah jerawat, manakala di Hong Kong, 9.8 peratus sahaja. Mesti ada yang tak berapa betul dengan pemakanan dan cara hidup kita...renung-renungkan..









Anom:  Remaja, masalah jerawat, bila dah berumur skit masalah jeragat plak...habis bila nak cantik??  

Thursday, 24 May 2012

‘Minta Tolong Settlekan’ Punca Rasuah



Bila sebut saja perkataan rasuah mesti terus terbayang di fikiran kita polis, imigresen, kastam dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. Kenapa begitu agaknya ye? Mungkin disebabkan banyak rasuah yang berlaku melibatkan pihak-pihak penguatkuasaan ini.

Orang ramai (termasuk saya) juga sangat marah bila dengar rasuh. Kenapa perlu minta rasuah? Tak boleh ke jalankan kerja seperti yang diamanahkan? Tak cukup ka gaji yang diterima? Dan pelbagai lagi persoalan akan timbul difikiran kita kan...Apa pun persoalannya, banyak faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi kejadian rasuah ini...sama ada dipihak pemberi mahu pun penerima.

Tapi adakah kita semua perasan yang kita sendiri menggalakkan amalan rasuah ni..Contohnya kalau  kena saman trafik, mesti ada yang akan cari siapa ada kenalan/kawan-kawan kat Polis Trafik yang boleh settlekan saman...habis tu kalau perkataan ‘settlekan’ digunapakai, tak ke ia akan melibatkan sedikit sebanyak rasuah...

Masih banyak orang memiliki pemikiran ‘minta tolong settlekan’ bila nak selesaikan sesuatu masalah atau nak menguruskan sesuatu. Apa salahnya jika saman tu dibayar..bukan ke kita sendiri yang buat salah..tak kan tak tahu. Dan kalau nak uruskan sesuatu urusan, beratur la di kaunter jika perlu beratur. Ikut la peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

Sekarang ni semua perkhidmatan kerajaan telah dipercepatkan dan dipermudahkan. Semua pelanggan dianggap elit dan dilayan sama rata...pemikiran-pemikiran bahawa agensi kerajaan lembab dan minta di sogok perlu dihakis dari pemikiran orang ramai. Kalau tak percaya pergilah berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan...anda akan kagum..Tapi kalau ada yang tidak mendapat layanan yang sepatutnya buatlah aduan ke saluran yang betul.

Nasihat saya kepada sesiapa yang masih suka nak minta tolong settlekan tu..minta mansuhkan pemikiran tu... jangan anggap rasuah RM5, RM10 tu tak akan kena tangkap ye. Ia masih rasuah dan anda mungkin akan ditangkap kerana menyuap.

Kerajaan sangat serius dan komited untuk memerangi rasuah kerana ia mempengaruhi kredibiliti sesebuah negara. Oleh sebab itulah memerangi rasuah diletakkan dibawah salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan indeks rasuah ini telah menunjukkan penurunan yang menggalakkan. Jika semua rakyat sedar betapa seriusnya kesan rasuah kepada negara bangsa, InsyaAllah negara Malaysia tercinta akan bebas rasuah dan mungkin dah lama dah kita jadi negara maju. 







Anom:  Rasuah ibarat anai-anai. Jika dibiarkan tumbanglah negara bangsa. 

Wednesday, 9 November 2011

Bajet 2012 Tak Meminggirkan Wanita

Lama dah tak berkongsi cerita dengan rakan 1klik...dalam kehangatan bajet 2012 ni baik kita juga jangan ketinggalan berbincang mengenainya. Ramai mungkin dah tahu yang kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan dan kesejahteraan wanita dalam pembangunan bangsa dan negara.
                                                             Sumber: pemudaiks.blogspot.com

Pengiktirafan ni jelas dalam Bajet 2012 apabila peranan wanita terus dihargai dan dimartabatkan. Dalam bajet ni ada empat inisiatif khusus berkaitan wanita. Antaranya ialah menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan.

Di samping tu, untuk meningkatkan kekuasaan ekonomi wanita, Amanah Ikhtiar Malaysia menyediakan peruntukan dalam bentuk pinjaman mikro (pinjaman kecil) sebanyak RM2.1 bilion kepada usahawan dan keutamaan kepada usahawan wanita. Pembiayaan ni termasuk juga untuk kaum India sebanyak RM100 juta dan Cina, RM100 juta.
Dari segi meningkatkan kesihatan wanita, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk membolehkan wanita mendapat suntikan imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) secara percuma. Suntikan ini bagi memerangi kanser serviks yang menjadi pembunuh kedua kepada wanita. Di bawah bajet 2012 ni juga kerajaan memperuntukkan RM700 juta untuk membina hospital khas untuk wanita dan kanak-kanak dikenali Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.
Selain initiatif khas ini, kita kaum wanita turut juga menikmati initiatif-initiatif lain contohnya dalam pendidikan seperti bantuan pendidikan dan baucer buku kepada pelajar IPTA dan IPTS seluruh negara, kemudahan di bawah program perumahan rakyat, perkhidmatan kesihatan yang lain, pengurangan cukai serta subsidi dan bantuan-bantuan lain.




Anom: Jadi senyumlah dan bersyukur... 




Thursday, 23 June 2011

Mengurus Sampah Dapat Selamatkan Bumi

 
Peranan menjaga alam sekitar terletak di bahu setiap individu tidak kira lelaki mahu pun wanita. Tapi wanita dilihat mampu memainkan peranan yang paling berkesan dalam ‘menyelamatkan bumi’ kerana wanitalah yang menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana langkah-langkah penjimatan tenaga elektrik contohnya, selalunya diuruskan oleh wanita. Antaranya ialah menggosok baju dalam kuantiti yang banyak seminggu sekali, basuhan penuh menggunakan mesin basuh, jemur pakaian di bawah cahaya matahari, menggunakan peralatan elektrik yang cekap tenaga dan sebagainya. Bukankah wanita yang melakukan semua tugasan ini, jadi semestinya perubahan ke arah penjimatan adalah peranan dan tanggungjawab wanita.

Ada satu perkara lagi yang juga penting dalam menyelamatkan bumi kita ialah melalui pengurusan sampah domestik. Sekali lagi peranan wanita crucial  dalam hal ini. Bagaimana sampah diurus? Senang saja dengan mengasingkan antara barangan yang boleh dikitar semula seperti barangan plastik, kaca, besi, kertas, aluminium, bateri dan sebagainya untuk dikitar semula. Manakala sampah-sampah seperti sisa makanan diletakkan dalam tempat yang berasingan. Jadi lepas tu, rajin-rajinlah pergi ke pusat kitar semula...mungkin juga ia dijadikan hobi mengumpul barangan untuk dikitar semula. Bagi yang mempunyai tahap kreativiti dan seorang yang inovatif mungkin anda boleh mengguna semula (reused) barangan terbuang tadi untuk keperluan lain.

Langkah yang juga berkesan untuk menyelamatkan bumi disamping boleh berjimat ialah dengan membawa bekal makanan ke tempat kerja atau ke sekolah. Banyak kebaikan yang diperoleh antaranya jimat perbelanjaan harian dan mengurangkan penggunaan polisterin dan plastik. Lagipun bahan kimia dalam polisterin dikenali sebagai 'styrene' berpindah ke dalam makanan dan bahan ini disyaki boleh menyebabkan kanser.

Oleh itu tidakkah kita wanita rasa terpanggil untuk melakukan perubahan ini kerana di Malaysia sebanyak 19 ribu tan sampah dibuang saban hari. Jika ini berterusan Malaysia akan dipenuhi dengan sampah sarap. Kesian anak cucu kita nanti...






Anom : Sediakan bekas asing untuk bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Tuesday, 10 May 2011

Kisah Ibu Ayam dan Ibu Itik


Ibu ayam: Hi Tik, hang awat bila berjalan hang di depan dan anak-anak hang berderet ikut di belakang? Macam mana hang nak jaga keselamatan depa kalau macam tu?

Ibu itik: Hai Cik Yam, hang tak tau ka..kami itik ni berdisiplin, kalau berjalan mesti berbaris dan ikut peraturan. Ketua mesti la di depan. Hang pulak Cik Yam, lepaskan cam tu je berselerak anak-anak hang aku tengok, berlari sana, berlari sini.

Ibu ayam: Ehh, kita orang amalan bebas tapi tak bermaksud aku tak jaga anak-anak aku. Aku ibu ayam kalau ada anak, orang pun takut dengan kami tau..sebab garang…jangan dok mai dekat....nanti kami sembung.

Ibu itik: Tak pa la..hang cara hang aku cara aku…Yang penting anak hang jadi anak ayam anak aku tetap jadi anak itik. Tapi, awat hang Cik Yam kalau bertelor riuh rendah aku dengar?

Ibu ayam: Aku bukan apa, aku saja ja riuh bagi ayam-ayam lain dengar. Jadi nanti ayam-ayam lain pun cemburu dan pakat-pakat bertelor juga. Dapatl a meramaikan penduduk… ikut seruan kerajaan untuk ramaikan penduduk. Hang tu Tik, diam-diam ja bertelor, banyak biji pula tu.

Ibu itik: Kami itik ni bukan macam ayam….kami kurang laku…jadi tak yah la nak promosi ramai-ramai…tapi diam-diam kami berisi juga…kami pun menyumbang kepada pertambahan penduduk…Cuma orang ja kurang pandang…

Ibu ayam: Orang tak tau…itik pun sedap...
 






Anom:  Minggu depan cerita cacing dengan udang pulak…

Tuesday, 26 April 2011

Jom Sokong eM@K


Bukan nak promote tapi nak berkongsi maklumat dengan anda semua tentang program eM@K yang dilancarkan oleh Dato’ Seri Shahrizat pada bulan Mac yang lepas. eM@K sebenarnya adalah program yang menggunakan Internet sebagai media pemasaran dan promosi kepada barangan dan perkhidmatan yang diberikan oleh golongan wanita terutamanya ibu tunggal dan miskin. Anda boleh dapatkan perkhidmatan katering, menempah baju, kek mahu pun untuk mendapatkan barangan kraf dan perhiasan. Dalam program ni juga disediakan bengkel kemahiran dan keusahawanan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan kepada wanita yang ingin memajukan diri dalam perniagaan.  

Bagi saya, pelancaran program ni menampakkan keikhlasan dan kesungguhan kementerian yang membela nasib wanita terutamanya golongan miskin dan sederhana untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Yang menariknya ialah program ni menggalakkan kerja dilakukan di rumah. Jadi, bagi wanita yang menjadi suri rumah bolehlah mengambil kesempadan daripada program ni untuk menambah pendapatan. Bagi yang lain tu, kalau nak tempah boleh la. Layari ja www.emak.com.my.
 







Anom: Nak try tempah baju laa..  

Monday, 28 March 2011

Betul ke Lebih Senang Bela Lembu Daripada Jaga Anak Perempuan?



Kalau anak perempuan buat hal atau menimbulkan sebarang masalah mesti orang selalu ibaratkan seperti “jaga lembu sekandang lebih senang daripada jaga anak perempuan seorang’. Betul ke? Sebagai perempuan saya rasa sangat marah dengar perumpamaan ini. Perempuan ni golongan yang menyusahkan ke?

Apa kata kita berfikir dil uar kotak sikit dan lihat perumpamaan dengan lebih luas. Perempuan ini adalah insan istimewa dan terbukti melalui sejarah peradaban manusia bahawa perempuan mampu ‘menggoncangkan dunia’. Oleh itu, anak perempuan sebenarnya memang memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih. Selain ilmu anak perempuan perlu diajar bertatasusila, sopan santun dan berbudi pekerti. Tambahan lagi bagi Muslim, seseorang anak perempuan perlu diajar tentang bersuci, beramal ibadah dan mengetahui mengenai pemasalahan wanita menurut Islam. Pendek kata, banyak perkara perlu dititikberatkan dalam membesarkan anak perempuan. Semestinya tak semudah jaga lembu sekandang yang hanya perlu diberi makan dan minum dan dilepaskan untuk meragut, kemudian dihalau masuk kandang semula.

Jika betul didikan dan ajarannya seseorang perempuan itu akan hebat daripada pelbagai segi, ilmu, budi pekerti dan kewibawaan maka beliau akan melahirkan generasi yang lebih hebat. Jadi, apa lagi, marilah kita jadi dan menjadikan PEREMPUAN itu ‘hebat’...We are what men lack off.










Anom: Menginsafi diri untuk membesarkan dua anak perempuan agar mereka kelak menjadi insan yang akan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara (nada semangat).   

Tuesday, 8 March 2011

Skim Kerja Dari Rumah Dan Waktu Kerja Anjal


Kan bagus kalau organisasi awam dan swasta menawarkan skim kerja dari rumah dan waktu kerja anjal (flexi working hours) macam yang disarankan oleh PM di Majlis Sambutan Hari Wanita 2010. Macam pioneered projek kerja dari rumah yang dijalankan oleh JKR. Projek ni mostly melibatkan wanita dan terbukti membawa faedah kerana produktiviti mereka berganda malah kos perjalanan berkurangan.

Kalau organisasi di Malaysia tawarkan skim kerja ni, mesti ramai lagi wanita akan terlibat dan kekal dalam bidang pekerjaan. Jadi, target sebanyak 70% wanita terlibat dalam bidang pekerjaan mesti dapat dicapai berbanding sekarang ini hanya 46% sahaja wanita dalam sektor pekerjaan. Apa taknya, kerjaya boleh dibina dan rumah tangga pun terjaga, work-life balance.. Kan best…Inilah yang dinanti-nantikan oleh semua wanita Malaysia…





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...