Kerja merupakan satu ibadah yang perlu diselesaikan. Keberkatan gaji yang kita dapat bergantung kepada kerja yang dilakukan. Jadilah kita sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dan cemerlang. Perlulah juga menjaga silaturahim sesama rakan sepejabat supaya dapat menjalankan tugas kita dengan hati yang tenang dan tanpa ada rasa syak wasangka. Ingat ye kawan-kawan, kita perlu sentiasa bersangka baik sesama manusia. Apa pun ia bermula daripada hati yang bersih dan insyaALLAH akan mendapat keredhaan ALLAH.
Perkara penting yang harus diingati juga, sentiasalah menjadi seorang yang bersyukur dengan nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita. Sentiasa bersyukur dengan pekerjaan yang telah ALLAH berikan. Ramai di luar sana yang masih tidak mempunyai pekerjaan. Apa lagi kawan-kawan cintailah kerja anda semua. Anggap segala cabaran dan halangan itu sebagai satu proses dalam lapangan pekerjaan. Cuba menerimanya dari sudut yang positif. Percayalah apabila kita sentiasa positif, semakin banyak aura positif akan berada di dalam badan kita.
Cik Rama-Rama: Justeru sama-samalah kita MENCARI keredhaan Allah untuk mendapat keberkatan duniawi dan ukhrawi..
Sampai ketemu lagi..
Sampai ketemu lagi..
8 comments:
bersyukur dpt bkhidmat dalam sektor kerajaan - dan setiap nikmat akan digunakan dngan baik...
berkerjalah dgn ikhlas kerana kerja suatu ibadah...
good artikel to u
Berkerja dengan ikhlas dan rajin melaksana dapat membantu kite supaya tidak malas..sesetengah msyrkt malas dan m'agap ia sbg beban pdhl itu adalah periuk nasi kite..seharusya kite bersyukur dan m'agap ia sbg tindakan positif krn kerja yang baik adalh ibadah..=)
<----- tak kerja lagi. harap2 tak susah la nak cari kerja nanti dengan kelulusan yang bakal ada nanti. amin
kerja bukan je periuk nasi..tapi amanah untuk kita laksanakan,,,
iye mungkin saya tak punya pengalaman kerja berpangkat besar..tapi saya pernah tolong ayah saya bekerja di kebun..
walaupun kerja tu tidak berpangkat...kerja kebun macam tu pun tetap amanah...
iye la,,,kalau nak tanam sayur yang x berkualiti..macamana dengan orang kampung saya? dorang nak makan apa...
Kerja merupakan suatu ibadah sekiranya niat kita betul. Ramai di luar sana yang masih tercari-cari kerja. Dalam Islam, menuntut kita supaya mencari rezeki yang halal. Justeru itu, kita mestilah melakukan kerja yang halal. Malah, harus bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu selain daripada ikhlas, jujur dan bertanggungjawab. Barulah, kehidupan menjadi berkat. (^_^) Insyaallah...
wan tak kerja lagi..ehehhe..duk rumah sekadar jd designer part time..Alhamdullillah duit balaa skang dah tak mintak pun kat org tua..
Post a Comment