Followers

Friday, 11 March 2011

2011- Cepatnya Masa Berlalu...

Diam tak diam dah masuk bulan Mac 2011..cepatnya masa berlalu.

Pada tahun ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan tahun 2011 sebagai Tahun Hutan Antarabangsa  (International Year of Forests) dan Tahun Kimia Antarabangsa (International Year of Chemistry). Dalam bidang sukan dunia pula, Kriket Piala Dunia 2011 sedang diadakan di India, Sri Lanka dan Bangladesh mulai  19 Februari hingga 2 April. Sukan ragbi Piala Dunia 2011 pula akan diadakan di New Zealand mulai 9 September hingga 23 Oktober. 

Ramai juga penganalisis politik, politikus, bloggers dan kaki sembang di kedai kopi yang membuat spekulasi bahawa tahun 2011 merupakan tahun Pilihan Raya Umum Kali Ke-13 akan diadakan. Kemungkinan serentak dengan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak walaupun ramai mengatakan Pilihan Raya Sarawak akan diadakan terlebih dahulu. Satu lagi hari Raya ialah Hari Raya Aidil Fitri yang kemungkinan besar jatuh pada 30 Ogos dan 31 Ogos! Agaknya akan lahir bayi pada tarikh tersebut yang kemudian dinamakan anak itu Fitri Merdeka bin …..

Malah sekarang wujud cerita-cerita di internet terutama di barat bahawa Yakjuj dan Makjuj akan muncul. Dalam ajaran Kristian dikenali sebagai Gog and Magog. Ia juga ada dalam kepercayaan agama Yahudi. Yakjuj dan Makjuj ini dikatakan akan keluar untuk menghuru-harakan bumi pada 12 Disember atau 21 Disember 2011. Kemudian akan turun pula Nabi Isa al-Masih ke dunia…selepas itulah kiamat akan berlaku pada tahun 2012…boleh percaya ke…wallahu a’lam. 


Hikano: Bab kiamat ini Allah jua yang Maha Mengetahui.  

8 comments:

story of my life said...

cepat kan...dah tua plak rasanyer..

rusna wana said...

cepat betul masa brlalu - raya akan tiba - keputusan nk braya tahun ini tak tau lagi..dimanakah akan aku beraya

Sarah Naiema said...

Emm..Masa itu emas.. kite kena hargai masa sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti y b'faedah dan bermanfaat..
Jangan pula diisi dengan aktiviti yg tidak b'faedah..

Mengenai turunnya nabi isa ke bumi dan berlaku nye kiamat tu, kite hanya mampu b'doa pada Allah s.w.t yang maha esa..=)

amiraliyana said...

betul tu. Hari Kiamat hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.

Wan_hazel said...

wan ada gak baca artikel pasal kiamat nie..sebnar kehidupan anak adam nie jauh lagi lamanya..bukan 2012 nie kiamat..Allah je yang tahu..Biala kita war war psal kiamat jatuh pada tahun 2012 nie..kita dah jadi syirik lak..so sebaiknya kita bserah dan sentiasa ingat akan Nya

Anonymous said...

betul kata wan ng mira n hikano jugak la...

kiamat tu kan termasuk dalam perkara2 ghaib,,hanya ALLAH yang maha mengetahui tarkh n waktunya...
walaupon tanda2 akhir zaman skang ni banyak kan,,macam gempa bumi,,hubungan sesama manusia,manusia mengaku nabi,,,tapi hakikat tarikh tu kita x boleh percaya...

yang kena ada dalam fikiran kita satu hari kiamat akan berlaku..bukan tahun 2012 akan berlaku kiamat

pilihanray tu da konfim kot bulan 11 nanti,,hehehe..ramai2 la daftar sebagai pemilih ye..hehe

padlie said...

Dah separuh tahun berlalu.. Apakah kita dah capai matlamat kita pada tahun ini? Kalau belum, kena ambil tindakan pembetulan dengan segera..
Kalau cerita pasal kiamat, macam-macam rumours yang keluar.. Kita kena ingat, kiamat itu satu rahsia yang hanya diketahui Allah..

Wan_hazel said...

kaseh suci dan padlie


belakangan nie banyak bende dah jadi..tak taw lak tu tanda2 kecil kimat or bukan..seharusnya kita bringat bahawa kiamat pasti berlaku..Dan apa yang termaktud dalam Al Quran ada jugak yg menyata tanda2 kiamat..So byk tnda2 yg dah jadi..

Hanya tarikh je yang kita tak taw bila..Mungkin jumaat hadapan atau jumaat2 yang seterusnya..

Bila berbincang tentang topik nie mula rasa byk benda yang masih belum sempurna dalam kehidupan nie,..Wan harapkan kita semua masih sempat bertemu Ramadhan untuk tahun ini..Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...