Followers

Showing posts with label Cik Rama-rama. Show all posts
Showing posts with label Cik Rama-rama. Show all posts

Monday, 19 September 2011

Mencari Jawapan

Kadang-kadang kita dihujani dengan pelbagai soalan yang selalu orang cakap soalan cepu emas...mmmm soalan yang susah untuk kita beri jawapannya. Soalan peperiksaan pun ada jawapan yang boleh kita beri tetapi tidak untuk soalan-soalan cepu emas ini. Soalan yang paling susah untuk dijawab kerana jawapannya hanya ALLAH yang mengetahui. 
Kawan Cik Rama-Rama ada memberitahu jawapan yang sesuai kita beri apabila kita didatangi dengan soalan itu. Selalunya soalan yang ditanya adalah “ Kenapa tak kahwin lagi?” Jawapan yang boleh diberi “Hanya ALLAH yang tahu masa yang terbaik untuk kita berkahwin”
Apabila ditanya sudah berpunya ke belum? Kita boleh menjawab “ Ya kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing. Jika ditanya siapa gerangannya bolehlah dijawab “ALLAH akan memperkenalkannya nanti. Bila nak kahwin? Jawapannya adalah “Bila kami dah dipertemukan. InsyaALLAH jemputlah datang ke walimatulurus nanti.
Kita dapat lihat jawapannya simple tapi maksud yang tersirat disebaliknya yang kita perlu mendalami. Apapun hidup harus diteruskan..:). ALLAH adalah sebaik-baik perancang.



 






Cik Rama-rama: Teruskan berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yg soleh/solehah 

Friday, 26 August 2011

Mencari Keberkatan


  
Cik Rama-Rama ada terbaca satu entry di dalam blog yang menulis tentang perkataan “Terima Kasih”. Perkataan ini sememangnya simple tapi mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya. Ucapan terima kasih ini kita selalu ucapkan pada sesiapa yang telah member pertolongan kepada kita dalam sebarang bentuk. Secara automatik kita akan mengucapkan terima kasih.

Sebenarnya ucapan terima kasih itu boleh dilafazkan pada sesiapa sahaja. Bukan hanya tertumpu pada pertolongan. Jika kita dimarahi, kita juga perlu berterima kasih pada yang memarahi kita kerana dengan marah itu membuat kita berfikir akan kesalahan kita. Kita akan sedaya upaya memperbaiki kesalahan kita kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Peluang ini boleh diambil dengan memperbanyakkan muhasabah diri.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada orang yang telah menyakitkan hati kita kerana dengan perlakuan itu menjadikan kita seorang yang lebih kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan kita. Kadang-kadang kehidupan kita akan menjadi lebih baik lagi selepas peristiwa itu.

Konklusinya ucapan terima kasih itu member makna yang mendalam. Anggaplah apa yang terjadi itu sebagai pengajaran buat kita. Secara tidak langsung ia membuat kita berfikir dan menjadi seorang yang matang. Pengalaman juga berupaya mendewasakan kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan seorang insan yang bergelar manusia.



 






Cik Rama-rama: Sesuatu yang terjadi itu ada hikmah di sebalik semua itu. Apa pun senyum dan teuskan kehidupan. 

Friday, 12 August 2011

Mencari Makna Kehidupan


Ada pepatah Inggeris mengatakan “ when it mean to happen, it will happen. If not there is another plan for you “. Pepatah ini memberi makna yang mendalam sebenarnya. Ia dapat membuat kita banyak muhasabah diri dan menjadikan kita seorang yang redha dan tabah dengan apa yang terjadi di dalam kehidupan kita. 

Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui isi hati setiap makhluknya. DIA juga mengetahui waktu yang sesuai kepada dua individu yang bakal bertemu. Jadi sebagai makhluk ALLAH kita boleh meneruskan hidup seperti biasa. Satu keajaiban akan berlaku sekiranya kita tidak terlalu mengharapkan sesuatu yang kita ingini berlaku. Cik Rama-Rama mengingatkan diri sendiri untuk expect less from others. Ini adalah kerana kita tidak selalunya memperolehi apa yang kita mahu tetapi kita memperolehi apa yang kita perlukan.






 Cik Rama-Rama: Setiap pertemuan yang ALLAH temukan ada signifikan yang hanya DIA ketahui

Wednesday, 15 June 2011

Jom Kitar Semula



Cik rama-rama masih lagi menulis tentang mesra alam. Alam sekitar merupakan satu ciptaan atau anugerah Tuhan kepada kita. Kesemua ciptaannya mempunyai fungsi yang tersendiri di mana kita amat memerlukan. Kita sebagai manusia perlu tahu bagaimana hendak menjaganya sebaik mungkin. 


Kitar semula adalah satu sifat yang boleh dicontohi. Barang-barang seperti tin minuman, botol-botol mineral, surat khabar lama, buku-buku dan majalah yang tidak digunakan. Tong kitar semula sudah disediakan bagi kemudahan kita untuk mengitar semula barang-barang terpakai yang kita ada. Di samping itu, kita juga boleh ke pusat kitar semula untuk menjual semua barangan terpakai tersebut. Dapat juga kita menambah pendapatan dan pada masa yang sama menyelamatkan bumi kita.

 






Cik Rama-rama: Semuanya bermula dengan diri kita. Kita lah yang perlu mengorak langkah untuk menjayakan semua aktiviti kitar semula ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...