Alangkah bahagianya hidup berkeluarga. Ada suami ada anak yang sama-sama dapat mengharungi suka duka, pahit manis kehidupan dan sentiasa memahami antara satu sama lain. Kasih sayang adalah yang paling penting dalam sebuah keluarga bahagia. Kalau kita berharta tetapi tiada ada kasih sayang, hidup kita tidak akan sempurna . Oleh itu pupuk ah semangat sayangkan keluarga agar anak-anak kita menjadi anak yang taat pada suruhan Allah, taat kepada ibu bapa dan menjadi insan yang cemerlang.
Kita juga kena redha dengan ketentuan Allah. Ada kalanya tadi diduga, kesihatan tidak menentu, tapi kita kena bersyukur. Apa pun, jadikan hidup ini ceria dan manis..selalu.
Pesan Mama Manis: jaga kesihatan,
jangan minum air terlalu manis nanti kencing manis
8 comments:
keluarga adalah keutamaanku...anak2 adalah nyawaku...suami adalah yg terbaik buatku..
moga keluarga ku tergolong dlm nie..Aminnnn
alhamdulillah dikurniakan keluarga yg bahagia sekali... amin biarlah sehingga ke hjng nyamwa...
keluarga yang bahagia melahirkan insan yang cemerlang. insyaAllah..
Ya.. kita perlu redha dengan ketentuan Allah. Apa pun badai datang dalam keluarga kita, kita kena tempuhinya dengan tabah.
Ingat bahawa Allah tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita.
nak keluarga bahagia, kena sabar selalu dan redha dengan apa yang ada.
Perbaiki kekurangan diri bukan mencari kekurangan orang lain.
keluarga yang bahagia impian setiap insan...
maka yang belum menemui kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga,,sabarlah,,sesungguhnya ALLAH sedang menguji kamu...
jika ALLAH sudah memberikan kamu kebahagiaan bersyukurlah kamu...& janganlah melupakan tuhan pemberi nikmat kebahagiaan itu..
setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya...
kebahgian tu boleh dicari..berdoa lah agar diberikan isteri atau suami yg soleh dan solehah..dan diberkati kehidupan didunia...
Keluarga yang bahagia mula lahir dari kasih sayang ibubapa.. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.. Seperti mencorakkan kain putih..
keluarga yang penuh berkasih sayang dapat menceriakan dan membahagiakan hidup.. Dapat mendidik anak supaya mentaati pada orang tuanya,pada Allah S.W.T dan orang disekitar..
Tetapi setiap kesenangan dan kebahagiaan akan ada cabaran dan halangan yang harus ditempuhi.. tetapi haruslah ingat setiap cabaran tu pasti ada hikmahnya.. Harunginya lah dengan tenang dan sabar serta redha dengan ketentuanNya..
Sentiasalah berdoa supaya dikurniakan suami, isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah dunia dan akhirat...amin..
Post a Comment