Telah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya. Tiba-tiba datang dua orang yang sedang berselisih faham menghadap Baginda. Salah seorang darinya telah berkata:
“Ya Rasullulah, saya pemilik keldai dan orang ini pemilik sapi. Sapinya telah membunuh keldaiku.”
Seorang sahabat mencelah, “Tidak ada ganti rugi ke atas binatang ternakan.”
Rasulullah SAW lalu berkata kepada Saidina Ali, “Adililah antara kedua orang ini wahai Ali.”
Saidina Ali pun bertanya kepada kedua orang itu, “Adakah kedua binatang itu terikat atau bebas, atau salah seekor terikat dan yang seekor lagi bebas?”
Mereka menjawab, “Keldai itu terikat sedangkan sapi itu bebas dan pemiliknya ada bersamanya.”
Dengan penjelasan ini, Saidina Ali pun memutuskan pengadilan, “Kalau begitu tuan punya sapi hendaklah menggantikan kerugian kepada pemilik keldai.”
Kebijaksanaan Saidina Ali ini diberi gelaran oleh Rasulullah SAW dengan nama ‘Aqdlakum Ali’ – yang paling mahir dalam memutuskan perkara di antara kamu adalah Ali.
5 comments:
Alangkah hebat dan bijaknya Saidina Ali dalam membuat keputusan...Hal ini di di akui Nabi S.A.W dalam satu riwayat yang menyatakan bahawa nabi bersabda bahawa aku adalah gedung ilmu dan Ali adalah pintunya...jadi ia jelas mengambarkan kebijaksanaan dan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali R.A.
Betapa adilnya pada zaman Rasullulah S.A.W dan para sahabatnya dalam m'mutuskan sesuatu keputusan..
Setiap masalah pasti ada penyelesaian nya..
Kite hendaklah mengambil teladan daripada cerita2 zaman Rasulullah S.A.W.. Kite patut mengambil setiap iktibar terhadap sesuatu kejadian yg berlaku..
Selesai la sesuatu masalah itu dengan adil dan seksama..=)
pendapat dan pandangan Wan tentang entri abg azlan lak..Banyak entri yang mmbuka minda remaja/belia..dan banyak unsur agama dari yang basic hinggalah benda yang org tak pernah taw..contohnya macam kisah para sahabat Nabi..kisah yang menarik..disamping boleh memberi kesedaran terhadap belia/remaja..malah mampu mecelikkan mata sesetangah ibu bapa...syabas..
abang azlan tulis lagi dengan pendekatan yang berbeza mungkin lebih banyak menrik inta untuk mebaca..contohnya bkarya melalui gambar..
pemimpin yang adil sememangya jadi ingatan buat semua ummatnya...
begitu teliti kepimpinan dan keadilan baginda sehingga menjadi rujukan dalam semua aspek...
sikap adil yang baginda tunjukkan juga membuktikan baginda ialah seorang pemimpin yang boleh membela umatnya yang ditindas
betul tu kaseh...namun skang nie ramai yg berat sebelah dlm meberi keputusan..sedangkan byk pengajaran yg kita boleh timba dari kisah2 lama
Post a Comment