Sekarang ni musim pokok mangga tengah berbunga dengan lebatnya. Ada tiga sahabat sibuk dok tanya fasal macam mana nak bagi buah mangga kekal matang dan boleh dimakan.
Sahabat yang pertama mengeluh kata dia mangga dia berbunga dengan lebatnya tetapi selepas satu minggu bunganya gugur… habis. Dah lemah semangat dan nak tebang pokok mangga tu.
Sahabat yang kedua pula mengadu mangga dia berbunga dan berputik sebesar ibu jari tetapi selepas seminggu habis putik gugur. Sekali lagi nak tebang juga pokok tu...
Saya kata jangan tebang. Nasihat saya siram tanah di kawasan bawah kanopi pokok setiap hari 2 kali sehari sebaik saja kelihatan terbit bunganya.
Sahabat yang ketiga pula bercerita setiap tahun mangga dia berbuah tetapi apabila masak tak boleh dimakan..berulat kata dia. Dia dah bosan dan nak tebang pokok mangga. Nanti sat saya jawab ….
Harum Manis: Bagi keluhan sahabat saya yang ketiga tunggu nasihat saya minggu depan...
10 comments:
shedapnya mangga cicah kicap pedas... fuhhhhh terangkat
Emm, mungkin ada cara2 p'jagaan yang rapi boleh bagi pokok mangga tu segar dan berbuah..=)
ohh tengok nama harummanis teringat buah mangga haru manis. sedap betul..
law durian tak nak berbuah mama wan suruh ketuk paku berkarat kat batang durian..petua kata nya..hehehe
Ayah saya ada beli pokok mangga di PAsar Pagi. Tinggi baru dua kaki, tapi dah berbuah. Kali pertama takde rezeki kami, hanya jadi santapan monyet. Kali ni kami dah dapat merasa.
Kata orang, kalau nak pokok sentiasa berbuah, sedekah2 la kat orang buah tu.. Biar kita tak rasa lagi, lepas ni insyaAllah ada rezeki kita. Ikut pengalaman, ada betulnya..
wan: menjadi ke? macam pontianak pulak gayanye..hahahaha
sedekah tu ada barakahnye kan?
buah pun bole berbuah
kaseh suci..tak menjadi lah..skang dah kene tebang..hehehe...mungkin faktor tanah yang tak ok..law yang dekat kebun banyak lah buah..kat rumah tak de lak.Petua je..kadang bleh guna..kadang tak
Wan hazel: pertama kali ummi dengar ketuk paku kat batang pokok nak kasi berbuah. betul tu kasrh suci.. macam pontianak nak berpaku-paku.
petua nenek ummi, siram bawah pokok mangga dengan air atau bekas basuhan ikan. siram dengan kepala-kepala ikan sekali. barulah mangga berbuah lebat. bukan sekadar lebat tapi sedap isinya bila dimakan. InsyaAllah menjadi.
padlie : betul..betul.. rajin-rajinlah bersedekah supaya buah mangga bertambah-tambah. InsyaAllah.
Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).
Ummu Ukasyah
tak taw lah nama pun petua...percaya dan tak je lagi kan..kalau siram dgn kepala ikan tu dah jadi macma baja dah kan..ade unsur sains tu...bijak2...
kalau kat rumah wan tak boleh sebab byk kucing..ehehhe
Post a Comment