Followers

Monday 6 August 2012

Wira Malaysia


Assalamualaikum semua J

Siapa wira kita? Siapa lagi kalau bukan Datuk Lee Chong Wei. Semalam baru berlangsungnya satu perlawanan yang menentukan pingat emas di perlawanan akhir badminton lelaki perseorangan. Rakan – rakan tengok tak? Sofystella memang tidak lepaskan peluang untuk menyaksikan Datuk Lee Chong Wei beraksi dengan musuh tradisinya iaitu Lin Dan dari China.

Secara keseluruhannya, Sofystella dapat lihat pada set perbukaan pertama beliau menunjukkan persembahan dengan baik dengan kemenangan 21 – 15. Beliau bermain dengan penuh ketenangan. Di sebalik ketenangan itu, keadaan lebih tegang apabila Lin Dan bangkit menyamai kedudukan 21 – 10. Datuk Lee Chong Wei ketinggalan jauh pada set kedua. Antara mereka perlawanan ternyata sangat sengit, tak senang duduk Sofystella menonton perlawanan tersebut.



Di set terakhir, Datuk Lee Chong Wei telah bertungkus lumus, berhempas pulas dan menghabiskan tenaganya untuk mempertahankan kemenangan pada set pertama. Namun, perbezaan mata tidak terlalulah ketara seperti dalam set yang kedua. Sofystella rasa beliau telah buat dengan sebaik mungkin dan kita rasa bangga dengan usaha beliau. Rasa sebak apabila beliau memohon maaf kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas. Datuk Lee Chong Wei tidak perlu mintak maaf kerana kesunguhannya dapat dirasai dalam sanubari Sofystella dan kita semua.

Akhirnya beliau tewas di tangan Lin Dan dalam memburu emas dengan keputusan 21 – 19. Sofystella akui kita semua rasa kecewa tetapi kecewa lagi Datuk Lee Chong Wei dengan kekalahan ini. Pada perlawanan kali ini, Lin Dan begitu tekanan menentang Chong Wei kerana terasa tercabar dengan asakkan dari Chong Wei. Namun, Lin Dan pandai mencuri peluang di set kedua dan ketiga.

Datuk Lee Chong Wei tak dapat menahan kesedihan selepas berakhirnya perlawanan tersebut.

Semasa penyampaian hadiah dan pingat. 




Walaubagaimanpun Sofystella rasa bangga dan kagum dengan pengorbanan Datuk Lee Chong Wei kerana mampu bangkit dari kecederaan dan membuktikan beliau mampu buat yang terbaik. Terima Kasih dan taniah buat Datuk Lee Chong Wei.




Sofystella : Tidak pernah rasa emosi sebegini walaupun Datuk Lee Chong Wei tak pernah kalah di hati kita semua J





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...