Followers

Friday 27 July 2012

Ramadhan: Bulan Meningkatkan Amalan Dan Muhasabah Diri

Assalamualaikum dan salam Ramadhan saya ucapkan kepda semua yang beragama Islam. 

Walaupun agak terlewat tetapi kemeriahan suasana menyambut puasa masih lagi terasa bahangnya. Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang kita nantikan setiap tahun kerana kita sedia maklum dalam bulan ini sahaja adanya ibadah berpuasa yang menjadi rukun sebagai seorang Islam. 

Dalam ruangan kali ini saya nak menyatakan bahawa bulan Ramadhan ni merupakan bulan di mana semua orang berlumba-lumba untuk meningkatkan amalan serta  mendapatkan pahala yang banyak seperti yang dijanjikan allah.

Sungguhpun peningkatan amalan dilakukan dengan adanya solat sunat Terawih dan sembahyang dimalam hari dalam bulan ini, amalan-amalan lain juga turut dilakukan seperti bersedekah dan sebagainya. Dalam bulan ini tentu ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada setiap insan yang memerlukan. Disamping kita meningkatkan amal ibadat, muhasabah diri juga perlu dilakukan bagi setiap diri individu. Hal ini kerana sekiranya amalan setinggi gunung dilakukan tetapi tidak bertaubat dan membersihkan keseluruhan jiwa, ia akan dilihat tidak mempunyai makna yang mendalam untuk memberi kesan secara keseluruhannya terhadap apa yang dilakukan.

Oleh itu, setiap individu perlu meneliti setiap perkara yang dilakukan misalnya bagi yang bekerja iaitu menepati dan mengisi waktu bekerja dengan perkara yang berkaitan untuk mengelakkan berlakunya subhah dalam rezeki yang kita perolehi. Hal ini penting kerana sumber yang halal akan menjamin peribadi yang baik bagi seseorang insan. 

Justeru itu, sekiranya kita terambil hak-hak orang lain hendaklah dipulangkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan taqwa. Keadaan ini akan memberikan kita ketenangan yang abadi kerana dapat menyucikan harta dan diri daripada terus dibelenggu rasa tidak selesa. 

Sekian dulu untuk kali ini.

P/s: Setiap amalan yang kita lakukan perlu dengan hati yang ikhlas supaya mendapat keredaan Allah.

            

2 comments:

Anonymous said...

Sdr Abdul Rashid,
Walaupun posting sdr hanya membicarakan perkara biasa mengenai ibadah puasa, tetapi rasa saya, ia elok diberi perhatian oleh kebayakan kita untuk mencapai tahap ibadah puasa yang berkualiti. Hal mengenai "sedekah", bersikap amanah dalam bekerja untuk memastikan rezeki yang diperoleh mendapat keberkatan serta halal dan pembersihan jiwa , adalah perkara yang patut diberi perhatian oleh kita semua. Alangkah baiknya jika perkara itu diberi kupasan dalam ruangan Rakan 1Klik untuk tatapan dan diambil manfaat oleh para pembaca. Ini kerana, dalam hal sedekah contohnya, rasa saya, ramai yang masih kurang jelas mengenai golongan yang layak menerimanya dan syarat-syarat lain berkaitan amalan itu.

Saya juga ingin mencadangkan bahawa untuk mengelak blog Rakan 1Klik kelihatan seperti blog "Kesihatan", topik yang dibicarakannya perlulah lebih pelbagai.Lebih elok jika perkara yang disiarkan bersifat "original", bukan yang dikutip dari laman lain kerana pada zaman ICT, orang mudah mengesan sama ada sesuatu tulisan itu karya sendiri atau cedokan.

--Bujang Sarawak

Rashid said...

Terima kasih atas komen yang diberikan oleh sdr bujang sarawak....semoga dengan komen yang diberikan akan dapat untuk meningkatkan lagi mutu penulisan yang lebih baik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...