Followers

Monday 9 July 2012

Punca Wajah Jerawat

Stres kan kalau jerawat timbul, walaupun seketul jerawat timbul Cik Taring memang stres gila. Jealous sangat bila tengok muka orang lain licin dan bebas jerawat. Jenis muka Cik Taring ni berminyak so sangat susah nak halau jerawat dari tepek dekat muka ni, korang ada petua tak nak nyahkan jerawat selama-lamanya dari muka!?

Arghhh, stres dengan jerawat ni! Macam nak picit-picit je kesemuanya. Pasti masalah jerawat ini menakutkan korang kan. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat so korang kena hati-hati dengan jerawat ni. Selain faktor kebersihan, stress dan hormon, makanan yang tidak sihat juga pembawa masalah jerawat.

Antara makanan yang sering jadi punca tumbuhnya jerawat.
Makanan yang digoreng
Jenis minyak yang korang makan setiap hari boleh memberi kesan yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya korang mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawat dan penyakit kulit yang lain akan wujud. Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah:

1. Kentang goreng
2. Donat
3. Ayam goreng

Makanan tinggi gula
Korang tahu tak gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan jerawat? gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat. gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. Makanan tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah:

1. Ais krim
2. Coklat
3. Biskut
4. Bijirin

Makanan tinggi karbohidrat
Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya korang makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya:

1. Beras putih
2. Pasta
3. Roti putih


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...