Followers

Wednesday 25 July 2012

Kesihatan : Kecederaan Kepala


Kecederaan otak boleh berlaku akibat daripada beberapa bentuk trauma di kepala iaitu :
  • Hentakan yang kuat secara langsung
  • Hentakan yang kuat secara tidak langsung

Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan
  • Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak
  • Bengkak pada tisu otak
  • Kerosakan otak yang teruk.

Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan kematian.
Kecederaan kepala juga boleh berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain, terutamanya leher.
Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?
Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko mendapat terhadap kecederaan kepala.
Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah
  • Pengguna jalanraya
  • Pekerja-pekerja binaan
  • Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.

Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?
Pesakit yang mengalami kecederaan kepala mungkin menunjukkan tanda/gejala berikut:
  • Terlibat dalam trauma atau kemalangan
  • Bengkak atau luka pada kulit kepala
  • Sakit dan pening kepala
  • Kabur pandangan
  • Muntah
  • Hilang ingatan
  • Sawan
  • Tahap kesedaran berkurangan/pengsan



Klik Sini Untuk Seterusnya
Berita di sunting dari sumber :My Health

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...