Followers

Friday 6 July 2012

Kesihatan : Jangkitan Virus Interoviral pada Kanak-Kanak

Virus entero terdiri dari kumpulan virus kecil yang dibina oleh asid ribonuklik (RNA) dan protein.Ia terkandung dalam kumpulan virus polio (1,2&3) dan virus bukan polio seperti virus Coxsackie A & B, Echovirus dan Enterovirus.Boleh terus hidup pada suhu bilik dan dalam sekitaran asidik dalam perut manusia.Ia mampu merebak dan menyebabkan jangkitan pada manusia.
Jangkitan virus entero pada kanak-kanak tidak mengenal lelaki ataupun perempuan.Ianya sering berlaku dalam keadaan persekitaran yang sempit atau padat.
Ia merebak melalui lubang dubur ke mulut ataupun dari mulut ke mulut.Ianya boleh dijumpai dalam najis pesakit dan rembasan air liur ,kahak dan hingus.Jangkitan boleh berlaku sewaktu penukaran kain lampin kanak-kanak.
Tanda dan gejala
Kebanyakan manusia yang dijangkiti tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan.Namun begitu tanda-tanda akan kelihatan dalam masa 2-5 hari selepas terdedah atau termakan makanan yang tercemar.
Jangkitan enterovirus mungkin berlaku dengan gejala selsema ringan seperti demam,sakit otot atau ruam.
Penyakit tangan ,kaki dan mulut (biasanya disebabkan oleh Coxsackie virus A16 ,Enterovirus 71) menunjukkkan gejala demam,pecah mulut,ruam dengan lecuran di tangan ,kaki dan punggung dan kurang selera makan.Ia biasanya penyakit ringan dan pesakit sembuh dalam masa 7-10 hari.Ruam akan sembuh dengan atau tanpa rawatan.


Sakit di dalam mulut

Ruam dan lepuh pada tangan

Jarang sekali jangkitan enterovirus menunjukkan tanda meningitis dan myokarditis.jangkitan polio virus akan menunjukkan tanda-tanda poliomyelitis.

Klik Sini Untuk Seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...