Followers

Friday 13 July 2012

Habuan Olimpik 2012

Assalamualaikum, :)
SofySteLLa rasa banga dengan pencapaian sukan Malaysia. Semakin lama, semakin ada pencapaian yang direkodkan oleh atlet-atlet kita. Secara tidak langsung SofySteLLa rasa boleh mengembangkan ekonomi negara.
Sukan Olimpik 2012 pun semakin hampir, ramai rakyat Malaysia menginginkan kejayaan akan dibawa pulang oleh para atlet bagi mengharumkan nama negara  dengan misi ‘Merintis Emas Pertama’ Olimpik. . Begitu juga harapan SofySteLLa... :)
Dengar-dengarnya…
Kalau atlet-atlet bawa berita gembira dengan kejayaan mereka, ada syarikat swasta yang berminat menawarkan imbuhan tambahan RM1 juta, dan  kini keseluruhan hampir RM2.1 juta. Selain itu, Presiden Kuala Lumpur Rackets Club (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam , beliau akan memberikan  jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta itu kepada pemenang pingat emas bagi pemain Badminton.  Ini adalah satu ganjaran yang dberikan untuk para atlet agar lebih bersemangat. SofySteLLa harap para atlet Malaysia dapat membawa pulang pingat emas melebihi sasaran sebelum ini. AMIN :)




SofySteLLa : percaya mereka tidak bertanding untuk wang tetapi mereka akan bersaing di Olimpik untuk kebanggaan negara. Wang bukan segala-galanya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...