Followers

Tuesday 3 July 2012

Gabungan Tiga Wilayah


Hai semua.  Lama sudah CB ndak menulis di ruangan 1Klik ni.  Bukan apa, kebelakangan ni, sibuk dengan hal peribadi dan hal kerja.  Tapi ndak, hari ni CB mahu kongsi 1 maklumat penting sama kamu semua.

Kalau perasan, kita selalu akan jumpa perkataan “di negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak”.   Sebagai pengetahuan, Sabah dan Sarawak memang dah lama diisytiharkan berada dalam Malaysia, jadi bagi CB ndak payah lagi mo sebut perkataan “TERMASUK SABAH DAN SARAWAK” tu.


Dua negeri ni sudah pun secara rasmi bergabung dengan Tanah Melayu dan menjadi negara Malaysia sejak 16 September 1963 lagi.  Jadi maksudnya, tahun 2012 ni genaplah 49 tahun Malaysia ditubuhkan.

Dulu memang Sabah Sarawak dipanggil sebagai Malaysia Timur sementara Semenanjung sebagai Malaysia Barat.   Tapi sekarang kita gunakan sebagai Semenanjung dan Sabah Sarawak (SS) sahaja.

Orang Melayu yang duduk di Semenanjung orang Malaysia. Kadazan, Bajau, Sungai, Iban, Bidayuh, Murut yang tinggal di SS pun Orang Malaysia.  Ndak wujud perbezaan di sini. 

Lebih penting, penduduk di SS tidak menerima tarikh 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan kerana waktu tu mereka masih berada di bawah tanah jajahan British.  SS hanya bebas pada 16 September 1963 dan atas faktor inilah perayaan penubuhan hari negara bangsa boleh diraikan bermula 31 Ogos hinggalah 16 September setiap tahun supaya semua pihak puas hati.

Bah, kamu sudah tahu serba sedikit pasal Semenanjung dengan kemerdekaannya dan SS dengan Hari Malaysia. Apa yang penting, jaga sensitiviti setiap kaum supaya ndak ada yang terguris kerana yang pasti kamu, kamu, kamu dan kamu termasuk CB sendiri adalah rakyat Malaysia.






Cik Bibiran: Sudah mula cuci bendera Jalur Gemilang sebab ndak sabar mo kibarkan di balkoni rumah. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...