Followers

Monday 18 June 2012

Wanita Ibarat Epal

Siapa suka makan buah epal! Angkat lubang hidung hehehde. Cik Taring suka sangat makan buah epal, kalau ada pasar malam sure Cik Taring beli. Paling suka epal hijau lah :-)

Topik hari ni buka Cik Taring nak cerita pasal buah kesukaan Cik Taring tapi pasal sesuatu yang berkaitan dengan epal kegemaran Cik Taring kekekeke.



Wanita Ibarat Epal

Epal yang kurang berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?

Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan martabatnya begitu tinggi sehingga tiada sesiapa yang berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi mengirini 

Pengajarannya, janganlah dikau wahai wanita merendahkan darjatmu hanya semata ingin berteman. Setiap dari kita sudah tetap akan jodohnya, tetaplah berada pada darjat istimewamu, pastinya lelaki yang terbaik sahaja berjaya ke tempat kedudukanmu.

Jangan pula terlalu bangga diri, keras hati, dan merasakan dirimu terbaik kerana tiada lelaki ingin wanita sebegini. Biarlah malumu menjadi perhiasan, akhlakmu menjadi perlindungan, dan kelembutanmu sebagai kelebihan.
Sumber : Diarihati.com
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...