Followers

Friday 29 June 2012

Tip Jika Letih Memandu

KELETIHANsemasa memandu merupakan punca utama kemalangan jalan raya. Kemalangan sebegini boleh terjadi pada bila-bila masa, tetapi masa paling kerap ialah di antara pukul 10 malam hingga 8 pagi dan awal pagi hingga tengah hari.


Kemalangan yang berpunca dari rasa letih lazimnya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain. Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu. Berikut tips untuk mengatasi masalah letih semasa memandu:


  • Perlahankan kereta anda
  • Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai
  • Berbual dengan penumpang jika ada
  • Pasangkan radio anda dan cuba menyanyi bersama-sama dengan alunan muzik yang dimainkan
  • Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum
  • Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap
  • Berhenti sekejap untuk minum
  • Berhenti rehat untuk mandi
  • Bermalam dahulu sebelum memulakan balik perjalanan yang jauh

KAK  SU: Hati-hati di jalan raya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...