Followers

Tuesday 5 June 2012

Hanya Sesingkat Dua Minggu

Cik Taring kembali lagi, macam entry before ni. Cik Taring ada cakap nak update entry lain kan, jadi Cik Taring tunaikan janji. 

Kalau cakap pasal perempuan ni kan mesti tak lari dari cakap pasal cantik kan, ada ke kome-kome orang perempuan yang tak nak cantik? Tak ada kan, belaka belaka semua nak tip top cun melecun kan. Kalau cantik bab muka ni banyak sangat dah dekat puan googel cara cara nak cantik. Bukan main panjang lebar entry yang orang buat pasal nak cantik ni kan.

Cik Taring nak kongsi dengan kamu semua pasal mencantikkan rambut. Tak kisahlah lelaki ke perempuan ke mesti risau kan kalau rambut banyak gugur, Cik Taring pun ada masalah ni juga. Risau dan takut bila tengok banyak rambut yang gugur, takut nanti lama lama jadi botak pulak.

Secara puratanya rambut akan gugur 100 hingga 150 sehelai sehari. Keguguran rambut yang teruk boleh buatkan kita hilang keyakinan kan lebih-lebih lagi yang tak pakai tudung mesti lagi rasa rendah diri dan malu nak tonjolkan diri. Kalau korang nak tahu masalah keguguran rambut ni masalah kelima tertinggi dekat malaysia ni. See! kiranya ini masalah tahap kritikal juga kan. Faktor ini berlaku disebabkan pelbagai faktor alam sekitar, malah ia berkait rapat dengan gaya hidup seharian seperti produk rambut yang tak sesuai dan aktiviti berenang juga boleh menyebabkan rambut mudah gugur.



Ia berpunca daripada enzim semula jadi merosakkan gam folikel pada akar rambut yang menyambungkan rambut pada kulit kepala. Kulit kepala yang tak sihat menyebabkan akar rambut jadi tak sihat dan menghadapi masalah keguguran rambut.

Cik Taring saran kan pada korang cuba dan review dulu produk dove hair fall rescue system ni. Kalau korang rasa yakin dengan produk ni, guna lah dengan penuh keyakinan okey. Sebab kalau kita nak buat sesuatu tuh mesti kena yakin insyallah pasti dapat hasilnya


>_______<
dove hair fall rescue system
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...