Followers

Tuesday 17 April 2012

Sudah Mendaftar Sebagai Pengundi?


Hai semua.  Ha, hari ni CB mo tanya kamu, sudahkah kamu mendaftar jadi pengundi? Apa, belum????? Cepat-cepatlah bah mendaftar. CB pun sudah mendaftar jadi pengundi sejak tahun 2007 lagi.

Cara mendaftar pun senang saja.  Yang penting kamu mestilah warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas.  Kamu pergi saja ke mana-mana tempat yang telah ditetapkan sebagai pusat pendaftaran contohnya  Pejabat Pilihanraya Negeri, Pejabat Majlis Perbandaran, Pejabat Pos, Majlis Daerah malah kadang-kadang durang buka kaunter pendaftaran di gedung membeli-belah dan tempat-tempat tertentu.  Kamu ke kaunter tu, isi Borang A dan paling penting, jangan lupa kad pengenalan/MyKad kamu ya!

Kadang-kadang CB pelik, ada sesetengah masyarakat kita ni pandang remeh ja hal pendaftaran sebagai pengundi ni.  Durang ndak sedar kah masa depan negara ni terletak di tangan kita? Pada masa inilah kita berkuasa memilih pihak mana yang kita mahu mentadbir Malaysia.

CB sayangkan Malaysia.  CB sayangkan Sabah.  Sebab itu awal-awal CB mendaftar sebagai pengundi di daerah kelahiran CB.  Kalau pilihan raya nanti, CB mo balik daerah CB dan rasai sendiri keseronokan pengalaman mengundi. Setakat tengok di TV mana siyok, bah.

Jadi, apa kamu tunggu lagi. Yang sudah lebih 21 tahun tu, pergilah mendaftar ya.  Pilihan raya umum bila-bila masa akan berlangsung.  Kita mesti jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia! 

CB:  “marilah mari, kita mengundi, tunaikanlah kewajipan pada negara…” la la la 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...