Assalamualaikum, salam ceria dan salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan blog 1klik. Diruangan ini PS Mubin menulis serba sedikit mengenai amalan budi bahasa yang mana amalan tersebut perlu diamalkan di dalam kehidupan kita demi untuk mewujudkan masyarakat yang aman makmur. Pengamalan nilai-nilai murni serta berbudi bahasa adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Nilai-nilai murni serta budi bahasa akan mewujudkan rasa saling hormat menghormati antara satu sama lain dan ianya amat diperlukan untuk kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan harmoni.
Nilai-nilai murni serta budi bahasa penting bagi melahirkan masyarakat yang benar-benar membangun dan bertamadun. Sudah sampai masanya bagi seluruh masyarakat negara ini berjuang dalam mengamalkan dan menghidupkan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni yang luhur dalam kehidupan seharian. Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat, amnya.
Di dalam islam, budi bahasa serta tatasusila kehidupan bermasyarakat sebenarnya telah pun di contohi oleh baginda Rasullullah SAW apabila baginda berjaya merubah sistem dan kehidupan masyarakat arab jahiliyah daripada hidup dengan penuh kebiadapan kepada kehidupan yang penuh sopan santun dan berbudi mulia.
Seseorang yang memiliki budi bahasa dan keperibadian mulia sentiasa berkelakuan baik kepada keluarga, jiran tetangga dan masyarakat seluruhnya disamping mematuhi norma-norma sosial, peraturan dan undang-undang negara. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha mencapai tahap kehidupan dengan berbudi bahasa serta nilai-nilai murni dengan bermula dari rumah sampai ke sekolah, dari tempat tinggal hingga ke tempat bekerja, dari kampung halaman hingga ke bandar, semoga kita menjadi insan yang berbudi bahasa dan mewarisi keperibadian murni berpaksikan ketaqwaan kepada Allah SWT walau di mana sahaja kita berada.
Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi, runtuhlah bangsa
PS Mubin : Semarakkan amalan berbudi bahasa.
1 comment:
penulisan dan penyususan bahasa yg baik..tahniah PS MUBIN...
"budi bahasa budaya Kita" tapi kata2 ini semacam sudah tiada dalam diri kita...budi bahasa telah hilang dek kecanggihan teknologi masa kini..cubalah kita lihat anak2 muda sekarang, rasa hormat pada yg tua sudah luntur, anak2 sudah ramai yg tidak peduli akan ibu bapa sebab kesibukan mengejar duniawi..
tapi saya setuju dgn PS MUBIN, jika kita hidupkan dan nyemarakkan kembali nilai2 murni dan budi bahasa akan dapat melahirkan masyarakat yg benar2 membanguun dan bertamadun..
Dengan sikap dan nilai2 murni yg baik akan dapa mewujudkan rasa saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk dinegara kita ini..
Oleh itu, didiklah anak2 kita sejak kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya supaya kita dalam melahirkan generasi yg berbudi bahasa dan mengamalkan nilai2 murni kelak...
Post a Comment