Followers

Monday 13 June 2011

Polisterin atau Sebaliknya


Teknologi hijau adalah merupakan suatu pendekatan yang telah lama di perkenalkan  dan baru-baru ini kempen teknologi hijau ini telah di lakukan secara meluas…Justeru itu di sini saya ingin menceritakan mengenai usaha yang boleh dilakukan oleh kita selaku pengguna untuk  melestarikan alam disamping menjaga kesihatan kita…

Kita sering melihat penggunaan bekas air dan makanan polisterin yang digunakan untuk membungkus makanan yang dibeli dari gerai-gerai…Tahukah kita bahawa kandungan bahan kimia yang terdapat dalam pembuatan polisterin itu dapat memudaratkan kesihatan kita…Keadaan ini akan menyebabkan kita mendapat pelbagai jenis akibat tindak balas kimia yang berlaku. 

Justeru itu, sekitar tahun 2008, Universiti Sains Malaysia telah memperkenalkan bekas pembungkus makanan yang diperbuat daripada sisa kulit buah-buahan seperti nangka dan sebagainya bagi menggantikan penggunaan polisterin yang dilihat mesra alam dan selamat untuk digunakan..Jadi di kesempatan ini saya ingin menyeru diri saya dan semua masyarakat supaya berusaha untuk melakukan apa yang termampu supaya kelestarian alam sekitar dan kesihatan kita ini dapat untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang kerana persekitaran yang baik akan menjamin kesihatan yang baik juga kepada kita…


Rashid: Bagi kawan-kawan marilah kita sama-sama menjayakan kempen teknologi hijau ini kerana sangat banyak manfaatnya pada masa akan datang…..Mencegah adalah lebih daripada merawat….

13 comments:

amiraliyana said...

tapi ramai pengusaha makanan yang masih menggunakan polisterin untuk membungkus makanan.

di sesetengah universiti pun masih ada yang menggunakan polisterin untuk membungkus makanan. pelajar tiada pilihan terpaksa guna jugak.

walaupun bukan semua tapi masih ada segelintir peniaga di universiti2 berkenaan yang masih menggunakan.

mungkin tiada pendedahan yang secukupnya.

annurislam said...

Wahh..dah ad pembungkus makanan yang diperbuat daripada sisa kulit buah-buahan ke?? Tak penah dengar pula sebelum nie..Tahniah kepada USM kerana berjaya menghasilkan idea yang kreatif nie..Sekurang kurang nya kulit buah tersebut dapat digunakan untuk tujuan yang baik dar dibuang begitu sahaja..Saya dengar botol minuman ECO keluaran Tupperware pun diperbuat daripada sayuran..Sejauh mana kebenaran kenyataan ini saya pun tidak tahu..Mungkin juga benar sbb dh ada botol dari kulit buah tue..Wahh, semakin intelligent saintis2 sekarang..Kagum2..Sama2 la kita menjaga persekitaran dan kesihatan bersama..:)

Joel Leslie said...

sy sngt tertarik dngn topik ini. walaupun bnyk sudah usaha utk mengurangkan penggunaan bekas air dan makanan polisterin, tetapi ciptaan brgan mcm ini merupakan sesuatu yg inovatif, kreatif & juga berpandangan jauh. dekat kolej joel skrg ni, kuantiti bekas air dan makanan polisterin masih bnyk. sy harap kolej joel akn cuba mengubah kolej kami menjadi yg lebih mesra alam. bukan shj baik utk alam sekitar, malah baik buat kita. Nak ucapkan TAHNIAH kpd USM kerana dpt menghasilkan bekas pembungkus makanan yg mesra alam ni. sy berharap produk ini akan digunakan selalu ;)

marilah kita sama-sama menjayakan kempen teknologi hijau !!

Azie Azman said...

kita kurang lagi kesedaran mengenai polistren ni kan..
azie pun hari-hari beli makanan dalam polistren..huhu..
harap-harap satu hari nanti penggunaan polistren dapat dihapuskan =D

acid said...

Kalau x silap UIA dalam tahun 2008 juga telah menggunakan bekas makanan dpd kulit buah-buahan ni....cuma mungkin pengeluaranya yang belum lagi secara meyeluruh...Setiap apa yang hendak dilakukan perlu menyeluruh tetapi mungkin pengenalan terhadap pengunaan bekas makanan dpd kulit buah-buahan dan sayuran ini masih belum cukup popular dikalangan kita semua....selagi mana kita mampu sama-sama lah kita cuba untuk mengurangkan penggunaan polisterin ini sb ia untuk kebaikan kita bersama....

Anonymous said...

ada setengah penjual masih menggunakan belkas makanan polistren..tapi ada jugak bungkus guna surat khabar tapi berlapik dgn plastiklah..
hope suatu hari nanti ada perubahan..~

Ummu Ukasyah said...

Marilah sama-sama menjayakan kempen teknologi hijau.

Kurangkan penggunaan polisterin dalam kehidupan.

semuanya bermula dari kita sendiri, ingatlah bahawa setiap dari kita memainkan peranan penting dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

marilah kita berubah dari saat ini.

Sayangilah diri dan generasi masa depan.

The Girl of The Future said...

masih sebati lagi penggunaan Polistren.. ada juga yg menggunakan plastik dan suratkhabar <-- sebenarnya bahaya juga makan dengan suratkahbar.. =) ...

diharapkan, penggunaan perkakas eco-friendly pada masa akan datang, demi bumi kita... =D

rusna wana said...

pihak2 tertentu selalu sebut pasal keburukan penggunaan polisterin ni...dan kita dah tahu kesan daripada pengunaan bekas ini, tapi persoalannya, kenapa kita masih menggunakannya...tak de artenatif lain nak guna...dan kenapa XXXXX masih mengeluarkan bekas polisterin ni dan kenapa tidak terus menyekat atau menghentikannya....?
so, kesedaran ini kena datang daripada pengguna sendiri iaitu kita yg menggunakan.... kalau nk bungkus makanan tu, kita bawa bekas 'apple lady' kita sendiri, atau kita makan je kat kedai tu..
tapi setakat mana kita boleh bertahan..? mampukah kita..? mampukan anda? dan mampu ke saya untuk tidak menggunakan polisterin ni...????

Wan_hazel said...

keburukan selalu didedahkan tapi pnggunana makin berleluasa lak...macma mana nak halang..dah jadi budaya lak guna polstrn nie

Anonymous said...

wah...bangga i jadik student USM...rupanya suma org tau kat USM guna ekopack....

hmm..i kat sana ag jimat..bawak tapoware nak tapau nasik...hehe....
bekas air pon bawak jugak wat isi air dari kafe,,bawak makan kat bilik..

kalau IPTA lain nak ikot jejak USM bukan pensyarah yang kena mulakan langkah ni...student dengan kelab apa2 bole buat sbg langlah permulaan~

Wan_hazel said...

waaa..best nye kaseh suchi...law semua amalkan bende macma tu kan seronok..leh jugak jaga lam dan tak membazir...bagus2

aqishah said...

berlambak bekas polisterin makanan ni.. masih juga d jual.. walaupun kesannya akan datang bole memudaratkan kesihatan kita..

katakan tak nak pada polisterin..

kena kempen habis2an la sama macam kempen no plastik bag tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...