Followers

Thursday, 9 June 2011

Pemanasan Global dan Kesannya


Salam 1Malaysia semua.


Sempena kempen  ‘Pemanasan Global’ pada masa kini, Cikgu Bedah ingin menyentuh tentang apa yang dikatakan pemanasan global dan kesannya kepada kita semua. Untuk pengetahuan semua, pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal.

Pemanasan berlaku di seluruh dunia sebenarnya berpunca dari aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi.

Kesan yang dirasai oleh kita semua antaranya, kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material pula, itulah yang menyebabkan kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran dan kesan kemanusiaan termasuklah hilang nyawa dan kecederaan.

Sebelum ni, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara, sebab aktiviti pembakaran hutan di negara tersebut.

Tapi, jika dikaji semula, sebenarnya tak banyak berlaku perubahan pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu atau tak. Nak tahu kenapa ia berlaku? Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).

Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara.

Jadi, beringatlah dari sekarang. Kalau kita tak bersama-sama menangani masalah pemanasan global ni,tak mustahil bumi kita akan tenggelam satu hari nanti. Apa yang boleh kita lakukan? Cikgu Bedah sarankan, kita tanam pokok di kawasan rumah sekurang-kurangnya 7 pokok. Selain itu, jangan amalkan pembakaran terbuka. Kalau ada jiran tetangga yang buat perkara tu, silalah tegur-tegur,kan. Untuk kebaikan bersama…










 Cikgu Bedah: Sama-sama kita banteras aktiviti pemanasan global

15 comments:

The Girl of The Future said...

tanam pokok?? pokok bunga kira juga ker? =)

Yes, sebagai penduduk bumi, haruslah kita meggalaskan tanggungjawab untuk lindungi bumi yg satu sahaja..

Kalau bukan sekarang, bila?
Kalau bukan kmu dan saya, siapa?
Kita juga yang menerima padahnya
jadi, marilah menyelamatkan bumi tercinta.

Thanks... =)

Sarah Naiema said...

Betul tu, aktiviti manusia banyak m'yebabkan berlakunya perkara2 seperti tu..

Kite sepatutnya mempunyai sustainable development untuk menangani punca masalah nie berlaku.. Cuba berpikiran secara kreatif untuk menangani masalah nie supaya semuanya berjalan lancar cuma kite dapat menangani effect saja..

Sara pernah g Petronas, kami semua g kat diorang punya plan.. Untuk menghasilkan product diorang, banyak carbon dioksida dilepaskan..diorang abik cara alternatif untuk m'halang masalah nie dengan menanam pokok disekeliling petronas tu.. Tujuannya adalah untuk m'halang berlakunya pemanasan global tu dan keep sustain..

Setiap industri patut ada cara untuk mengatasi effect yang dikeluarkan oleh mereka.. Selain itu, sstgh orang patut m'gurangkan pembakaran terbuka tu..

go green go! =)

Joel Leslie said...

thanks utk info ni (: selama ini bnyk kes2 jerebu dan kita selalu blame negara jiran kita, Indonesia sbb aktif dlm pembakaran hutan. lepas membaca entry ni, sy blajar bhw ia adalah kesalahan semua manusia kerana tidak prihatin terhadap bumi yg 'sakit'. Bumi 'sakit' kerana kita tidak mengambil apa2 tindakan untuk 'menyembuhkan' bumi kita ni. Saya akn pastikan yg sy akn berusaha utk menjadikan negara kita ni .. a better palce to live in :) hopefully bumi kita tidak tenggelam satu hr nnt.

INNANIE ARIFFIN said...

support this campaign!!! its really good. we should love our environment!

Cikbintang said...

cikbintang blaja bnda ni smua..dlu xde kesedaran pon...
g pon kalo kita g tmpt mcm petrosains ke..pusat sc negara ke..
smua ade pndedahan trtntu...kita xde kesedrn utk ini...

amiraliyana said...

pokok2 bunga masuk sekali la kan?hehe sebab kat rumah mira pokok2 bunga memang banyak. huhu

Cikgu Bedah said...

Tanam pokok bunga pon termasuk juga. Sebab semua tumbuh-tumbuhan membekalkan gas oksigen ke atmosfera yang diperlukan oleh manusia dan juga haiwan. Ia juga turut mengimbangi kandungan gas di udara.

amiraliyana said...

kalau camtu minat mama mira ni dapat memabantu membendung masalah pemanasan global ni la jugak yaa.=)

Joel Leslie said...

CIkgu Bedah, betul apa cikgu betul katakan itu. :)

sy pernah blajar ttg itu dlm matapelajaran sains. Semua jenis tumbuh-tumbuhan mengambil karbon dioxida yg dilepaskan dengan pelbagal cara contohnya pernafasan, pembakaran dan penguraian. Selepas itu, tumbuh-tumbuhan mengeluarkan oksigen yg diperlukan oleh benda2 yg hidup. Oksigen amat penting kerana tanpa oksigen, hidupan di bumi tidak dpt hidup.

Bukan shj tumbuh-tumbuhan membekalkan kita dngn oksigen, ia juga mencantikkan halaman rumah dan juga ia dpt menjadi tempat berteduh drpd sinaran matahari ;D

annurislam said...

Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

Marilah kita sama-sama menginsafi diri kerana hanya bumi ini sajalah tempat tinggal kita. Tiada lagi planet lain yang boleh kita jadikan ganti selain bumi.. Hargailah pemberian Allah yang paling bermakna ini. Janganlah kita cemarinya lagi. Jangan sampai anak cucu kita menyalahkan kita disebabkan kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini...

Unknown said...

jangan lupa aktiviti pemanasan global jugak meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia.moga kita semua dapat menangani masalah pemanasan global dengan sebaiknya. amalkan saranan dari Cikgu Bedah:)

Anonymous said...

kena bg support ni..;)

AtiQah said...

pemanasan global... masalah nie sudah lama bertapak dan menjadi duri dalam daging kehidupan kita kini.. akibat daripada masalah ini hanya akan menambah sahaja masalah yg sedia ada seperti menyiram minyak ke api.. sebagai contoh apabila panas kita menggunakan atau semakin menurunkan suhu aircond di rumah ataupun d premis2.. ini secara tidak langsung menambah masalah kita yg sudah semakin parah ini.. sepatutnya dgn hanya menggunakan kipas angin sudah memadai..

teingat pula adik saya yg suka duk dpn peti sejuk apabila panas.. bukankah ini akan membebaskan sejenis gas yg menyumbang kpd pemanasan global??? setelah d beritahu dan d ajar mengenai keadaan bumi kita ini adik saya semakin berhati2 terhadap apa yg d lakukannya terhadap bumi kita.. kekadang dialah yg menegur yg lebih tua termasuk saya..

huh,, panjang lebar komen saya.. ^^

Anonymous said...

i suka tanam sayur...

pokok bunga x ley makan,,hehehe

slain bole serap carbon dioxide, pookok2 kankong i 2 bole bagi oxygen kat kucing2 i...

cukupla...
menyumbang ckit..daripada dok lepas gas je kan...hehehe

Wan_hazel said...

tanam sayur bole makan,,,ehhehe...sokong2,,tanam pokok buah je lagi best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...