Followers

Friday 10 June 2011

Demi Masa


MASA. Putaran yang tidak pernah berhenti. Kita menjadi penghambat masa yang sering tercungap-cungap. Penat,  tergesa-gesa, nak cepat atas kadar segera, tengok-tengok dah masuk waktu lain. Sedar tak sedar dah masuk bulan Jun dah pertengahan tahun.  Kerja masih bertimbun. Hari ini tak selesai bawa esok pun tak selesai. Tapi jam terus berputar.

MASA. Perjalanan di bumi Allah semakin singkat. Makin dekat kepada masa kematian kita. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Jadi menghitung baki tik tok tik tok jarum jam menjadi semakin penting dalam perjalanan hidup ini. 

MASA. Apabila kita sudah seimbang antara urusan duniawi dan ukhrawi . Bagi diri ini masih banyak kelemahan di sana sini. Oleh itu muhasabah la diri kita pada pertengahan 2011 ini.








Siti Dewi: Sesungguhnya kita rugi andai tak berubah

14 comments:

annurislam said...

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Dipetik dari :
Tafsir Surah Al ‘Asr

Cikbintang said...

stuju dgn annur islam...neway masa xkn mnggu kita...so kita yg kne hargai die n kejar die......sbb tu org slalo kata..masa mencemburui kita

Joel Leslie said...

Jgnlah kita bazir masa sbb masa tidak akn pernah berhenti bergerak. Masa itu emas.Masa itu sangat penting. Masa berlalu dengan pantas tanpa menunggu kita.

Kita tidak tahu bila tiba masanya utk kita pula utk meninggalkan dunia ini. Kita harus menggunakan masa kita dibumi ni sementara kita masih sempat.

Betapa pentingnya masa itu, setiap minit yang menjadi masa silam, pasti akan tertulisnya suatu kenangan atau kisah silam - bertambahnya pengetahuan dan pengalaman. Contohnya, daripada seorang bayi yang tidak boleh berkata-kata, kemudian bertukar menjadi seorang yang petah bercakap... di situ dapat kita lihat betapa pentingnya masa.

Konklusinya, masa terlalu bernilai kerana ia takkan kembali walau sesaat. Gunalah masa dengan betul.

Joel Leslie said...

Ini saya petik dr sebuah buku yg sangat sy sukakan :

Untuk mengetahui nilai masa SETAHUN, tanyalah pelajar yang gagal dalam peperiksaan akhir.

Untuk mengetahui nilai masa SEBULAN, tanyalah ibu yang mengandung tidak cukup sebulan.

Untuk mengetahui nilai masa SEMINGGU, tanyalah editor suratkhabar mingguan.

Untuk mengetahui nilai masa SEJAM, tanyalah pasangan yang menunggu kekasihnya ketika keluar “dating”.

Untuk mengetahui nilai masa SEMINIT, tanyalah orang yang ketinggalan keretapi / LRT.

Untuk mengetahui nilai masa SESAAT, tanyalah orang yang mengelakkan kemalangan.

Untuk mengetahui nilai masa MILISAAT, tanyalah atlit yang memenangi pingat perak dalam sukan Olimpik.

wahhh, Masa memang penting. Tidak kira ke mana sahaja kita pergi, masa pasti akan berjalan. Adakah kita yang mengejar masa atau masa yang mengejar kita.

rusna wana said...

Kita tak boleh lari daripada masa - masa sentiasa mengejar kita...klu nk diikutkan, masa tidak pernah mencukupi - masa sentiasa mencemburui kita..setiap orang kalau ditanya, akan berkata, cepatnya masa berlalu, tak sempat nak buat itu dan buat ini.Sesungguhnya manusia itu kerugian melainkan orang2 yg beriman- kerana dia mempergunakan masa sepenuhnya kepada perkara kebaikan dan melakukan amal yg baik..

The Girl of The Future said...

Time waits for noone..

Mia pun pernah dengar nie : Di saat kita lahir, Kita mula mati.. kerana masa mengejar tanpa belas kasihan.. menyarankan agar menghargainya selalu dan memanfaatkan dengan benar...

Thanks!

amiraliyana said...

terima kasih atas peringatan ini.

Unknown said...

setiap orang menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai mengurus masa.

p/s : pandai-pandailah kita mengurus masa dengan sebaiknya:)

Ummu Ukasyah said...

senang je nak mengurus masa andainya kita berdisiplin dalam kehidupan harian.

Misalnya, solat lima waktu sehari semalam yang Allah telah wajibkan adalah titik tolak pengurusan masa yang berkesan bagi sesiapa yang memikirkannya.

Jika solat hancur, maka hancurlah masa individu itu. Fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

masa itu emas.
setiap masa amat berharga dlm kehidupan kita kerna masa tdk dpt diundur..
so hargailah masa sewenang-wenangnyer

Wan_hazel said...

bagi Wan masa nie memang penting sangat,,,dan mas atak leh t=nak diundur pun..sebab tu org kata masa itu emas..masa macam oksigen gak...Tak de oksigen mati..tak de masa binasa..so hargailah masa..dan masa tak tunggu kita pun..kejar lah sesuatu tu selagi ada masa..Ingat jugak..kematian pun tak kira masa..semua nya bergntung pada masa

Anonymous said...

ungkapan masa itu emas sebenarnya sangat sesuai kan...

tapi kalo nak ikot masa ag berharga dari emas permata...

kalau kite lewat even seminit or sesaat hadir dalam exam...kite akan gelabah untuk full paper exam tu kan...

moralnya,,,be punctual~

Wan_hazel said...

betul2...masa nie amat pnting..bagi org bawahan kene ekot time..tp bila dah jadi boz or org besar..tak ekot amsma pun ok je..tak taw lah napa macm tu..tp tu lah.semua macam tu..

aqishah said...

menjelang ramadhan ni muhasabah diri banyak2 dan tingkatkan keimanan kita... demi masa sesungguhnya manusia didlm kerugian kecuali org yg bertaqwa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...