Followers

Wednesday 11 May 2011

Pengorbanan Dan Air Mata Seorang Ibu


Biarpun Hari Ibu telah disambut pada Ahad lepas, masiht idak ketinggalan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua para ibu.  Semoga ibu-ibu  semua memperolehi rahmat dan nikmat dari Allah SWT. 

Sempena Hari Ibu tahun ini  PS Mubin memfokuskan kepada kita sebagai anak-anak.   Cuba tanya diri kita apakah sumbangan dan jasa kita kepada ibu bapa kita.  Cukupkah khidmat dan sumbangan  dan pertolongan yang kita berikan selama ini.  

Kita sebagai anak-anak diajar dan diasuh supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa kita.  Segala  jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak didalam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya.  Mereka berdua bertanggungjawab  mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa.  Mereka juga sanggup mengorbankan  nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran  untuk masa depan anak-anak.  Cuba kita renungkan kembali ketika kita kecil dahulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita . memakai pakaian kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya menjadi insan yang berguna dikemudian hari. 

Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat.  Pengorbanan dan kudrat dicurah tanpa mengira siang dan malam.  Hanya tahu memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungan yang dijaga penuh selama sembilan bulan.    Justeru ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalh hasil dari pengorbanan mereka.  Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini.  Untuk itu kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik kepada mereka.

Kasih sayang seorang ibu mengatasi segala-galanya tidak dapat dinilai dengan emas dan permata. Tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.  Kasih sayang seorang ibu melebihi segala-galanya.  Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anaknya walaupun sesaat.  Kadangkala ibu tidak dapat menyuap  makanan kemulutnya dan melelapkan matanya kerana teringat anaknya dan ada ketikanya air mata berlinang mengalir membasahi pipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anaknya. Harus diingat, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka? Ambillah kesempatan untuk menyayangi ibu bapa kita semasa  semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.
 










PS Mubin: `Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kaki ibu'
Ibu…engkaulah ratu hatiku       

15 comments:

rusna wana said...

ibu ibu engkaulah ratu hatiku - ibu sentiasa yg teratas dalam hatiku...aku pun dh jd ibu, begitu beratnya pengorbanan seorg ibu..syangilah ibu anda..aku sayang ibu sangat2..

Emmymazli said...

really2 miss my mum.. huhuhu

Unknown said...

tak terbalas segala jasamu ibu...ibu engkaulah ratu hatiku...tanpamu siapalah aku didunia ini...huhu....

i love you so much momma!!!!!

The Girl of The Future said...

ibu, anak tau anak bnyk berbuat salah.. minta maaf ibu.. anak tidak dapat membalas pengorbanan ibu, so apa yg blh anak mu hanya menghargai mu dan mendoakan mu selalu

I LOVE YOU, MUMMY

Anonymous said...

jasa maka akan ku kenang hingga akhir hayat.~

amiraliyana said...

jasa ibu memang tak mungkin dapat berbalas. harap2 mira dapat jadi anak yang mengenang budi. kita tak tau di masa depan apa yang kita akan jadi. harap2 apa yang di lakukan tak akan mengenepikan ibu bapa kita. aminn

rusna wana said...

benci..benci...benci dngan anak2 yg melupakan ibubapa mereka...teringat kisah seorang hamba Allah ni, seorang wanita, yg tak mempedulikan ibunya kerana katanya, apabila dah berkahwin , 100% tanggungjawabnya kepada suami..sehingga nk jenguk ibu sendiri pun takde masa kononnya sibuk dan tak tau jalan ke rumah si adik (ibunya tinggal dngn anak lelakinya) pegi dah.!!!ada orang macam ini jugak kan...smoga Allah memblsnya..

Wan_hazel said...

kaish ibu sampai ke syurga..kaish bapa kekal selamanya

Anonymous said...

macamana pula dengan ibu2 yang mengabaikan anak2 nya...
ibu yang mementingkan harta dari anak2nya
ibu yang menjauhkan diri dari anak2nya

kasihan anak2 itu..terpaksa menyanyangi insan yang melukai hatinya kerana insan itu telah melahirkannya ke dunia ini

Anonymous said...

tanpa ibu n ayah x mungkin kita dapat melihat senaran matahari, xdapat merasa manisnya hidup, xdapat merasa nikmatnya sebuah kasih syanag,,,

tanap mereka kita xmungkin akan dpata merasa menjadi ayah dan ibu juga

Ummu Ukasyah said...

“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” [Al Israa’:24]

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” [Ibrahim:41]

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”

Sesungguhnya perngorbanan seorang ibu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit atau kemewahan.

Setelah menjadi seorang ibu, baru saya tahu besarnya tanggungjawab dan mulianya hati menjadi seorang insan yang bergelar ibu.

Banyak pengorbanan yang dilakukan demi anak tercinta, mengandungkan, melahirkan, bersengkang mata, sabar menghadapi kerenah anak, semuanya dilakukan tanpa mengharap balasan. Cuma seorang ibu berharap semoga anak menjadi seorang anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat.

Ukasyah, ummi sayang Ukasyah.

Wan_hazel said...

kaseh suchi

dan amcam mana lak ibu yang buang anak???bagi seorang anak..macma mana jahat pun ibu bapa kita..mereka tetap org yg melahirkan kita..tanpa mareka kita tak de kat dunia nie..

Wan_hazel said...

seorang ibu boleh menjag raai anak..tapi seorang ank???

Cik Nani Noraini said...

to wan hazel,
ibu yang membuang anak sendiri ialah ibu yang tidak bersedia menerima tanggungjawab sbg seorang ibu. Sebab? Ibu tersebut memperoleh anak dengan cara yg tak diredhai Allah.
Cuba kalau ibu tersebut mendapat anak hasil daripada perkahwinan yang sah, dia tidak akan sesekali membuang anak tersebut bukan?
Sekadar pandangan..
Moga Allah redha~

Wan_hazel said...

Cik Nani Noraini


betul tu...tapi kalau kita berfikiran mesti kita tak kan buang nyawa seorang mnusia...di Malaysia nie kurang tempat untuk memberi perlindungan kepasa bayi macma nie..kalau negara luar..mereka org sediakan tempat...

mungkin ada sebab kerajaan tak buat tempat macma tu kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...