Followers

Wednesday 4 May 2011

Long Atau Naga Cina: Haiwan Mitos Masyarakat Cina II


Seperti yang dijanjikan, ini sambungan artikel saya, tempoh hari.

Selain itu, naga juga digunakan untuk melambangkan jantina seseorang. Semasa perkahwinan, gambar naga dan burung feng (phoenix) diletakkan. Naga bermaksud lelaki manakala burung feng melambangkan perempuan. Penggunaan naga dan burung feng digunakan dalam perkahwinan adalah bertujuan untuk mendoakan sepasang pengantin agar dapat bahagia dan gembira selama-lamanya


Dalam kalangan masyarakat Cina, pepatah Cina ada menyebut: wang zhi cheng long (harapkan anak dapat menjadi naga). Naga di sini bermaksud menjadi pegawai kerajaan tertinggi seperti  menteri, timbalan menteri, presiden dan sebagainya dan bukannya menjadi naga.  Bagi masyarakat Cina, mereka amat mengharapkan anak mereka menjadi pegawai kerajaan tertinggi kerana ia dapat mengharumkan nama keluarga dan nenek moyangnya di negara China.

Dari segi mimpi, sekiranya seseorang termimpi seekor naga. Ia merupakan petanda yang baik kerana naga biasanya akan membawa mesej tertentu. Contohnya, ia dipercayai seseorang itu akan menjadi menteri atau timbalan menteri atau memegang jawatan tertinggi dalam masa terdekat, melambangkan seseorang itu bertuah dan akan mendapatkan kekayaan dan kegembiraan dalam masa terdekat.

Di samping itu, memandangkan masyarakat Cina menganggap ras sendiri adalah ras yang paling mulia dan suci, mereka  akan mengaitkannya dengan naga. Bagi mereka, populasi bangsa Cina yang bertaburan di pelosok negara dan kawasan dianggap sebagai long de chuan ren atau keturunan naga. 


Soon: Semoga berjumpa lagi...

7 comments:

Emmymazli said...

Saya pun teringinlah nak mimpi naga.. heheheh.. tp takmo jawatan tinggi.. but nak kaya jer... boleh tak gitu....?? heheh

The Girl of The Future said...

tapi kan, Mia mimpi naga kejar Mia.. blh kirakah tu.. :)
tapi Mia tak berapa percaya sangatlah, just utk tambahkan ilmu pengetahuan.. thanks.. :)

Sarah Naiema said...

Macam tu pula.. Banyak maksud naga dalam masyarakat cina nie..

Setiap kaum m'punyai keunikan masing2..^^

amiraliyana said...

lain kaum lain kepercayaan yaa.. macam2

Unknown said...

owh, tak pernah pulak nana mimpi naga..hehe..kalo ular pernah,huh..takot...

ita said...

menarik lah fakta kali ni... ni yang nak mimpi pasal naga ni...

Wan_hazel said...

mimpi naga..law melayu mimipi kene patuk ular mknanya tak lama lagi adalah org nak menunang..tu bg wanita lah,..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...