Followers

Wednesday, 6 April 2011

Restu Ibu Bapa



Sejak akhir-akhir ini Cik Rama-Rama sering mendengar berita sedih tentang kawan-kawan Cik Rama-Rama. Kebanyakannya mengenai masalah dalam perhubungan yang tiada restu ibu bapa. Ada yang baru mendirikan rumah tangga, ada yang sudah ada anak dan ada juga yang sudah bertunang. Tetapi semuanya terputus di tengah jalan. Bila difikirkan dari satu sudut kenapa terjadinya perkara ini? Adakah tiada restu ibu bapa itu sudah diketahui sebelum wujudnya perhubungan itu? Bak kata pepatah ‘Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapa’ tetapi diteruskan juga perhubungan itu.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzillah Kamsah, restu ibu bapa sangat penting kerana tanpa restu mereka ia membawa mala-petaka dan bencana. Kebanyakan perceraian yang berlaku boleh dikaitkan dengan ketiadaan restu ibu bapa. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud ;

“Redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan kemurkaanNya terletak pada kemurkaan kedua-duanya (ibu bapa).” (Riwayat Al-Tabarani).

Jika perhubungan itu masih tiada ikatan, kedua-duanya perlu bermusyawarah antara satu sama lain untuk mendapatkan satu jawapan yang pasti. Jika masih tiada kata putus, beristikharahlah dan berdoa meminta petunjuk Illahi kerana perancangan ALLAH lagi hebat. ALLAH memberi apa yang perlu bukan apa yang kita mahukan. Bersama-samalah MENCARI sinar kebahagiaan tanpa menyakiti hati sesiapa.
 






 Cik Rama-Rama: Ibu bapa adalah satu-satunya yang kita ada dan tidak boleh diCARI ganti tetapi pasangan hidup boleh diCARI. Renung-renungkan.

24 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

ibu bapa tanggungjawab kita...jangan abaikan mereka...

rusna wana said...

ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku..walau dimana aku berada, ibu tetap yg teratas..yg terutama..yg terpenting..suami no.2 yer....

PS Mubin said...

satu penghargaan buat ibu-ibu

Cik Rama-Rama said...

Ayuarjuna, rusna wana dan myspace : Gembirakanlah mereka selagi mereka ada.. :)

yantz-yeem said...

sayangilah ibu bapa kita kerana mereka lah yang melahirkan dan mmbesrkan kita

SarahZin said...

tapikan ..kena kaji jugak..mesti da sebab y mak bapak xmau restu =) yelah..lau nak kawen ngan samseng..cam jahat sangat lak lau mak ayah bagi restu..kita kena ingat..mak ayah cuma nak lihat anak2 bahagia..bukan kawen tuk sebulan 2..huhu

Miss Red Apple said...

paling penting jaga hati ibu dan bapa

Sherry Go Sharing said...

we must be thankful dad and mom that give us life

story of my life said...

syurga itu di bawah telapak kaki ibu... sedeynya... (tetiba nk dgr lagu MAMAT plak...

Unknown said...

ibubapa !
kite kena menghargai diaorang sbb diaorang yang besar n didik kite.
**terase nak nanges pulak kalau bab mak abah ni :B

story of my life said...

hmmm tetiba akak sedih plak baca komen nabila nih... huhuhu :(

Fieda said...

sedey....tetiba teringat mak kt kg....huaaa.....:(

Anonymous said...

ibu memang benda yg bernilai kpd kita, tanpa dia sapelah kita...~

aqishah said...

yup btul... ibu bapa kita tidak bole dicari ganti....

pasangan hidup boleh dipilih...

sayang ngan rindu plak ngan my family

Cute MuM said...

alhamdulillah hubungan kami direstui...
harap perkahwinan kami akan kekal hingga ke akhir hayat..
AMIN..

Joel Leslie said...

jgnlah kita derhaka .. ibu bapa membesarkan kita sejak dulu lagi .. semasa mereka dh tua, mereka pula tangungjawab kita .. kita harus jaga mereka, sayang mereka, lindungi mereka, dll .. tanamakan sikap kasih syg dlm keluarga, keluarga pun bahagia sentiasa :)

rusna wana said...

kalau ada masalah - ibu lah tempat aku berbicara..klu ada masalah ibulah orang pertama yg aku ingat -

Unknown said...

stuju dgn kata2 cik rama2....ibubapa segala2nya buat kita!huhu,,,windu kat mak abah!

Sarah Naiema said...

Apabila kite belum mendirikan rumah tangga, ibubapa adalah utama..Dan apabila kite telah mendirikan rumahtangga suami perlu diutamakan tetapi jaga la hati ibubapa juga..untuk seorang wanita..^_^

The Girl of The Future said...

Seorang ibu mempunyai beribu-ribu anak
Tetapi,
Beribu-ribu anak mempunyai seorang ibu..

Hargailah org tersayang selagi mereka masih ada.. dan doakan mereka selalu kerana itu yg akan dibawa pergi ke alam akhirat

amiraliyana said...

betul2. apa2 pun kita nak buat mesti kena ada restu ibubapa kita.

Wan_hazel said...

betul..semua nya perlu restu..baru berkat kehidupan...

Anonymous said...

macam kata CRR semua perkara perlukan restu ibubapa...
fikir balik kenapa ALLAH letak syarat kita kena dapat redha ibubapa baru Dia nak redha kita...

mungkin sebab nak menghargai jasa mak ayah yang melahirkan dan membesarkan kita...

mungkin jugak kita kena dapat restu mak ayah sebab kalau nak kawen pun xda restu ibubapa nati kita jugak yang susah...
kalau kata laki/isteri kita tu wat hal..kita nak balik kat keluarga pun malu lan pasal masa nak kawen xmau mintak restu

Wan_hazel said...

kaseh suchi

restu ibubapa penting..macma yg kaseh kasi taw tu..semua nya da sebab..law kawen tanpa restu..maka jahanam lah hidup keluarga tu..tak kan aman punya..hati maka kalau dah terusik..naye kehidupan kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...