Followers

Tuesday 19 April 2011

Pesta Kaamatan



Hai semua!  Baru-baru ni Cik Bibiran bercerita fasal tarian sumazau dan Unduk Ngadau, kan?  Untuk pengetahuan semua, kedua-dua topik ni sangat berkait rapat dengan Pesta Kaamatan kerana sempena pesta itulah mereka akan menari tarian sumazau dan mengadakan pertandingan mencari Ratu Unduk Ngadau.

Oleh sebab itu pada 30 dan 31 Mei setiap tahun merupakan cuti umum untuk semua penduduk di Sabah untuk merayakan pesta tersebut.  Pesta Kaamatan atau dalam bahasa kadazan “Magavau” merupakan perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” (semangat padi) dan menjadi tradisi sejak zaman-berzaman.

Sejarah pesta ini bermula dengan cerita lisan iaitu Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun.

Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) dengan harapan rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan selain sebagai penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

 






Cik Bibiran: Ok, jumpa lagi di topik seterusnya. Bye-bye semua.  

21 comments:

aqishah said...

syoknya kalo cuti pesta keamataan 2 hari... bestnya duduk d sabah kan

Joel Leslie said...

ada blajar semua ni dlm buku teks sejarah form 1 .. mmg sngt interesting :) zumazau, unduk ngadau, magavau, bambazon, dll.

rusna wana said...

beestnya- dapat cuti 2 hari...

Cikbintang said...

cikbintang blaja gak bnda ni....
perayaan kt msia..
sbb amek kos pelancongan..
kne tau smuanye
kalo x..xde pon phm perayaan laen dr perayaan sdri =p

aqishah said...

cik bibiran x sabar la nak cuti bln 5 kan kan kan

story of my life said...

bab cuti ni yg paling best...kalo duduk sabah syok la leh sambut sesama..

Unknown said...

bulan depan lah pesta keamatan,30 dan 31 may,hehe...pengetahuan am neh:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

baru tau ada perayaan ne

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bolehla tempah tiket ke sana.. lebih mendalam tahu mengenai perayaan ne nanti

Anonymous said...

Ingat cik bibiran xmau reply, rupanya baru tau dia tgh cuti bersalin... Tahniah cik bibiran!

CikBibiran said...

Hi semua... Cik bibiran ndak cuti ujung mei sbb kebetulan pun CB baru ja abis cuti bersalin.. Malu pulak bah mau cuti balik kampung lagik.. Ehehehehe.... Tapi ramai yg amik peluang buat kenduri kawin.. Kazen CB sendiri kawin 3hari 3malam.. Xsempat nak join majlis kawin dia...

The Girl of The Future said...

kat sekolah, ada gak sambut tapi sambut sama dengan Hari Gawai.. kan best, org sarawak pun sambut sama.. heheh.. sebab dlm sekolah, ada juga transefer dari sabah pergi Kolej TDTHB, Miri.. Bangga ekh.. :)
Selamat hari Kaamatan.. :)

Sarah Naiema said...

Mesti suasana pada Pesta Keamatan nie sangat meriah kan? dengan adanya tarian sumazau dan unduk ngadau..

Oo, begitu sejarahnya... Sejarah pesta nie membuatkan Pesta keamatan nie sentiasa diraikankan..^^

CikBibiran said...

pesta kaamatan sgt meriah..... bg kadazan, perayaan ni mmg penting... ramai kawan2 CB yang berbangsa kadazan seolah WAJIB balik kalau mo sambut kaamatan nie... hmmm, kdg2 CB pikir, da ramai da org2 sabahan and sarawakian yg berhijrah ke semenanjung.... patut x gawai dan kaamatan disambut di semenanjung jugak?

Wan_hazel said...

betul2..seronok..kawan kawan wan sanggup balik kampung..seronok kata nya..

CikBibiran said...

Wan Hazel: mmg kalau bg org kadazan dusun, ni laaa masanya dorg akan balik untuk berkumpul ramai2 sambut perayaan nie.... kawan2 CB yang kaun kadazan pun mmg awal2 sudah book tiket balik sabah sejak awal tahun lagik.. takut tiket abis.... ahahaha

Wan_hazel said...

tringin gak nak merasa kehebatan pesta nie..tu lah kan..book tiket awal2 sebab takut tak dapat balik..seminggu cuti pun balik...mesti best..

CikBibiran said...

WAN HAZEL: eh, dorg mesti balik paling kurang seminggu..... kalau CB sendiri balik kampung pun sure akan balik paling kurang eminggu... kl-sabah bukan dekat...... paling penting, bukan slalu dpt balik....

Wan_hazel said...

yep betul tu..rugi kalau tak balik masa perayaan yg best...CB pernah ke sambut perayaan lain..contohnya perayaan hari raya aidilfitri??sharelah pngalaman..

CikBibiran said...

WAN HAZEL: CB mmg muslim... raya tuh sgt wajib balik kampung.... oooo, kalau nak cerita pasal pengalaman raya di sabah, boleh aja.. tp kena tunggu Q laa.. sbb CB suda submit byk stori kat admin... btw, thanks for the suggestion... CB mo taruk dlm list tajuk2 1klik dulu.. takut nanti terlupa...

Wan_hazel said...

CikBibiran

owh...CB muslim sabah..sorie tak taw CB..Raya memang wajib kan..ehehhe..Ok CB..kene ekot Q ke CB..Baru wan taw.hehehe..meti wat taw...tak lama lagi nak posa nie..ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...