Assalammualaikum semua.
Apa khabar? Dah lama kita tak bersua. Dalam coretan saya kali ini, Cikgu Bedah ingin meluahkan rasa kekesalan yang amat menebal atas tindakan sesetengah guru yang di luar kawalan. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita kematian seorang murid darjah 1, gara-gara dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama. Patut ke, hanya kerana wang RM7, pelajar yang masih mentah itu yang didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya, dipukul sebegitu kejam? Di mana akal fikiran dan kewarasan seorang pendidik yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa?
Bila Cikgu Bedah baca, laporan berita itu, pilu… sangat rasa hati ke atas apa yang menimpa pelajar terbabit. Dan seharusnya guru tersebut dikenakan tindakan tegas atas tindakannya yang ‘MELAMPAU’. Memanglah ada para pelajar yang nakal, tapi, lakukan hukuman dengan bijak, jangan dipukul dan dibelasah pula. Sebaliknya, bagi amaran pertama dan jika diulangi, boleh dibawa kepada guru kaunseling. Dan bimbing mereka agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Banyak lagi kes lain yang berpunca dari sikap guru itu sendiri. Ada yang mengedar dadah, mengambil dadah, merogol pelajar, meliwat pelajar, mengambil rasuah dan macam-macam lagi. Haishhhh… Apa kejadahnya semua ni? Geram dan marah betul Cikgu Bedah bila mereka ini mencemar kreadibiliti pendidik yang dipandang mulia selama ini. Seharusnya, sebagai pendidik, kita perlu menunjukkan budi pekerti yang mulia, kerana menjadi contoh kepada para pelajar untuk menjadi ikutan.
Bagaimanalah kerajaan nak bendung perkara ini. Sedangkan ia berpuca dari sikap dan tingkah laku negatif guru terbabit. Mungkin anda semua di luar sana ada yang boleh kongsikan tip dan langkah yang harus kerajaan serta kita semua lakukan bagi atasi masalah ini berulang lagi.
Cikgu Bedah: Harap guru-guru renung kembali ‘TERAS PENDIDIKAN NEGARA’.
20 comments:
guru tempat kedua yg diberi kepercayaan mendidik anak2...
tugas guru bkn mengajar sahaja tetapi membentuk anak didik menjadi org bijak pandai dan juga sahsiah diri...
sedikit tips...
ambil kursus mengawal emosi dlm mendidik anak2 murid...
kesabaran amat penting dalam hal ni
Betul kata aqishah tu. Cikgu Bedah pun setuju sangat kalau nak melayakkan diri sendiri jadi tenaga pengajar, renung-renungkanlah dulu KUALITI yang ada pada diri. jangan menyusahkan orang di kemudian hari & mencemar nama baik guru yang disegani. Terima kasih atas tip yang membina itu.
ssh tuk menilai seseorg....
kalo da guru cmtu cmne lk nt...
xkn nk jd ayah kencing bdri
ank kncing brlari..hurm
guru sepatutnya menjadi pendidik kepada pelajar bukannya pembunuh...
ish2 :( seram juga dngr ada cikgu bunuh plajar. ssh nak bayang .. seorg yg mendidik tiba2 jd pembunuh pula . :(
Itulah kan..dah mcm2 sgt cerita sane sini. Takut ramai yg tak percaya lagi institusi pendidikan negara ni..
seram dengar kes2 mcm nie..sebagai seorg guru sepatutnya tidak harus bertindak ikut emosi..
manusia kan tak pernah lari dari kesilapan.
kita yang masih hidup patut ambil iktibar. dan jadi kan panduan di masa hadapan.
insyaAllah, hidup akan selamat. :)
bila nafsu menguasai diri...anak yang tidak berdosa menjadi mangsa...moga kita semua dijauhi daripada perkara2 buruk
tuela..Aminnnn
itulah kita kena gunakan akal untuk mengawal nafsu...
ini sume x akan terjadi atau berlaku kalo kita berfikir sebelum bertindak... fikirkan dahulu apa akibatnya..
sebagai guru kita amat mulia dimata masyarakat... jgn kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga...
mmm.. guru2 kena bijak menangani budak2.. anak2 sekarang mmg sukar nak ditegur.. nk jadi guru ne kena dtaang dari hati bukan sbb 2nd choice ... barulah nikmat mengajar dan keiklasan tue datang & tidak stress
Guru adalah orang kedua yang dekat dengan anak2 selain dari ibubapa..
Setiap guru harus pandai menggunakan emosi masing2 agar perkara camtu tidak akan berlaku..
Selain itu, guru juga harus diberi kaunseling sbb tak semua guru tiada masalah..mungkin dia terbeban dgn mslh2 t'sebut..
Seperti yang kite taw kewajipan seorang guru adalah mendidik anak2 supaya berilmu dan juga sahsiah serta sikap anak2..Guru haruslah sabar dalam m'gendalikannye bukan bersikap negatif =)
Tidak dinafikan tugas sebagai seorang guru adalah sangat besar tanggujwabnya...Sungguhpun begitu,guru-guru perlu di perkenalkan dengan kursus jati diri dan bagaimana mengawal emosi serta kemarahan...Sb kadang-kadang setiap yang berlaku itu adalah secara tidak sengaja...Mungkin bertujuan untuk menghukum tetapi apabila perasaan marah menguasai diri kita akan terlepas pandang dan mengundang pelbagai insiden yang tidak dijangkakan...Justeru itu,Setiap orang khususnya guru-guru perlu bijak bagaimana untuk menangani masalah jika berdepan dengan pelajar sedemikian...Hal ini kerana denda dan hukuman adakalanya perlu tetapi nasihat dan teguran yang berterusan adalah yang lebih berkesan kerana dari situ kita mendidik dan menerapkan nilai baik dalam diri pelajar...
Setuju sangat dengan Acid dan Sarah. Kalau diwajibkan kursus jati diri untuk semua pendidik lagi bagus. Not only teachers, termasuklah juga pensyarah dan sebagainya
Nyawa pelajar tersebut seperti bernilai RM7 sahaja kerana dibunuh disebabkan tindakan mencuri RM7 sahaja.. kan boleh dinasihati dan diberi hukuman bentuk lain.. bukannya nak dibelasah and didera teruk2.. ish3..
Kesabaran amat diperlukan.. so, bukan pelajar sahaja pergi kaunseling, cikgu2 juga disarankan pergi jika sudah mmg rasa seperti tidak dpt dikawal..
memang tak patut pun buat camtu. kanak-kanak memang nakal tapi jangan la sampai sebegitu kejam. nak jadi guru sekarang ni banyak cabaran dia. jadi, guru harus bijak menangani murid2 yang nakal dan bermasalah. jangan cepat menghukum mereka.
guru x patut bertindak kasar..nak jd guru,kenalah sabar...
budak sekolah sekarang bukan mcm bdk sekolah dl.. lau dulu2 takut nak lawan cakap cikgu tapi sekang saya tengok cikgu yang takut nak lawan cakap anak murid... ini perlu di perbetul kan
org tak marah law org tak wat kecoh..mesti pelajar tu melawan..jd guru kene didik pelajar..jadi peljar kene hormat guru..jgn pijak kpla guru..
Post a Comment