Followers

Thursday 24 March 2011

Susu Ibu Tiada Tandingannya


SUSU IBU.. bagi aku, ia satu pemberian yang tidak ternilai bagi ibu kepada anaknya. Mana nak dapat di kedai-kedai kan? Walau setitik pun kita takkan dapat membelinya. Cubalah mummy mummy pusing kat mana-mana pasar raya, tak mungkin akan terjumpa susu ibu yang dah siap dikotakkan atau bungkus dalam tin. Tak kiralah apa pun panggilan anda, mama ke, ibu, ke mummy atau emak ke...saat pertama kali menyusukan anak adalah detik indah yang tidak akan pernah pudar dalam ingatan.Chewah! Jiwang pula aku ni...

Aku masih ingat lagi sewaktu pertama kali aku menyusukan puteri kesayanganku Aireen Rizq Danieesya. Aku sangat kagum dengan ciptaan Allah. Tak terfikir akal bagaimana bayi yang baru beberapa jam lahir ke dunia dah pandai menyusu. Itulah  kebesaran PENCIPTA.  Pertama kali melihat Aireen menyusu aku terus ingin memberikan Aireen susu badan sepenuhnya hingga dia berumur 2 tahun. Wah..besar betul cita-cita aku, kan... Bukannya aku tau  pasal penyusuan susu ibu, tapi aku masih bercita-cita sebegitu rupa. Hebat!!!

Mummy mummy nak tau? Selama dalam proses berpantang aku agak rajin juga lah membaca mengenai penyusuan susu ibu. Ada yang aku beli dan pinjam dari perpustakaan di pejabat   terutamanya mengenai penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu yang bekerja. Nampak macam ‘kacang’. Tapi nak buat jadi nyata... huuuu agak sukar. Mesti kena rajin. Kalau  boleh diberi markah dari 1-10, mummy mummy  sekurang-kurangnya  perlu dapat markah 9.9 untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu ni.   

Nasib baiklah, masa aku mengandung Aireen dulu,  breast pump antara senarai barang-barang keperluan bayi yang aku beli. Walaupun masa tu aku manalah ada pengalaman bersalin lagi, tapi aku teringat pada kakak aku yang ada masalah bengkak buah dada. Gara-gara tak menyusukan anak la tu... Gerun. Aku pun ada juga sedikit ilmu  yang dipelajari daripada kakak-kakak kat ofis yang sangat berpengalaman. TQ kakak-kakak opis!!


Cat: Cukup dulu  setakat ini pembuka kata . TUNGGU yer..banyak lagi cerita tentang SUSU IBU yang nak aku ceritakan…. 


14 comments:

LuvTrisya said...

Bagus. Teruskan usaha anda.

Rakan 1Klik said...

Terima kasih atas sokongan. :)

mar said...

Jika keazaman dan keinginan yang kuat pasti kita dapat lakukan, lebih2 lagi dengan sokongan daripada pasangan.

story of my life said...

saya sokong entry ini!

rusna wana said...

bertuahnya dapat myusukan bayi -

Unknown said...

setuju!
=)

Unknown said...

stuju jugak!hehe

Sarah Naiema said...

Susu ibu adalah susu paling khasiat dan m'punyai zat yang sesuai untuk bayi yang baru d'lahirkan..Sokongan dari suami m'beri semangat t'hadap para ibu2...=)

amiraliyana said...

<-- bukan mummy lagi.. hehe

terima kasih atas entry ni.berguna jugak satu hari nanti.=)

teruskan berusaha kak!;p

Ummu Ukasyah said...

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [QS al-Baqarah : 233]

Alhamdulillah.. semangat saya untuk menyusukan anak sampai 2 tahun berkobar-kobar.

Untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu tidak mudah seperti yang disangka. Tetapi dengan semangat yang tinggi dan dengan ilmu yang sentiasa dicari, penyusuan susu ibu akan berjaya.

Mulakan dengan diri sendiri, akan menarik lebih ramai lagi ibu-ibu di luar sana untuk memberi yang terbaik untuk anak. Jadilah contoh yang terbaik dengan susu ibu, baru orang akan tertarik.

Menyusu susu ibu sebenarnya perkara mudah tetapi sebab KEMALASAN, KEKURANGAN ILMU,KURANG KEYAKINAN ditambah lagi dengan mitos datuk nenek moyang, ini yang menyebabkan penyusuan susu ibu tidak berjaya.

I love breastfeeding. :)

Wan_hazel said...

susu badan boleh buatkan anak jadi lebih pandai dan bijak..dan dah terbukti pun

Wan_hazel said...

pendapat dan pandangan wan mengenai entri cat lak..entri bkisarkan kekeluargaan banyak info untuk ibu ,,dan apa salah nya kalau selitkan info tentang bapa.

Anonymous said...

susu ibu memag xda dijual kat mana2 pasaraya...

tapi skang ada hormon untuk bagi ada susu kan...bagi ibu2 yang bermasalah dalam penghasilan susu yakni masalah hormon,

hormon ni jugak bagus untuk ibu2 angkat yang x mampu melahirkan anak.. yela...dapat merasa menyusukan anak mungkin pengalaman yang ingin dorang simpan sepanjang hayat kan...

nak tambah ckit ag ye...kalau susu ibu ni x berharga mesti agama kita x melarang perkahwinan antara adik beradik susuan kan =)

Wan_hazel said...

betul tu..susu ibu tu memang sgt bharga..ada darah dging dlm susu ibu tu yang menyebabkan kita bersaudara,,sebab tu lah perkahwenan anatar adik bradik dan saudara terdekat dilarang..risau kan ada maslah kesihatn macam sindrom..Agama dah larang so kenalah ikut,..dari segi sains pun dah terbukti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...