Followers

Monday, 28 March 2011

Pekan Emas Sarawak atau “Gold Town of Sarawak”



Assalamualaikum. 

Bersua kembali kita di ruangan 1klik. Seperti yang dijanjikan, kali ini Sally akan berkongsi cerita mengenai kampung halaman Sally. Bukan apa, sekadar mengubat kerinduan.Kampung Sally ni terletak dalam Daerah Bau yang begitu sinonim dengan hasil buminya iaitu emas sejak tahun 1850an lagi. Pada ketika itu, pencari emas terdiri daripada orang Cina yang berasal dari Sambas, Indonesia dengan dibantu oleh orang tempatan.

Menurut cerita yang Sally perolehi, penduduk Cina di Daerah Bau telah menyerang Rajah Brooke bagi menghalang pengambilalihan lombong emas. Namun begitu, usaha tersebut menemui kegagalan dan kerajaan Brooke mula membuka lombong emas pada tahun 1899 di atas nama syarikat yang dikenali sebagai Borneo Company. Pada masa itu, lombong tersebut di kenali sebagai Tai Parit Gold Mine dan Bidi Gold Mine.

Khazanah alam inilah yang membuatkan Daerah Bau begitu sinonim dengan gelaran Pekan Emas Sarawak atau Gold Town of Sarawak sehingga hari ini.

Untuk makluman teman-teman, Daerah Bau ni hanya 38km jer daripada Bandar Raya Kuching. Di daerah ini juga terdapat tempat-tempat menarik yang semestinya menjadi tarikan pelancong dan penduduk tempatan sendiri. Tempat-tempat tu, biarlah Sally simpan dulu untuk keluaran akan datang yer….sampai jumpa lagi…..






Sally: Ermmm entah-entah kat tapak rumah Sally pun ada emas kot…

11 comments:

nurul nabila bt medan said...

emas ?
wow !
kaya kalau dapat emas

yantz-yeem said...

sarawak besttttt

story of my life said...

tak pernah lagi ke Sarawak..harap2 thn depan ada rezeki..boleh melawat tempat nie nanti..

Joel Leslie said...

weeee ~ bestnyerrrrrrr ! :D :) =) =D

aqishah said...

x pernah gi sarawak lagi...

lombong emas????...

ada lagi ke skrg nih

ngeh ngeh

nanakimie said...

bestnya dpt jenjalan kat srwak!hu

Sarah Naiema said...

Pernah tahu mengenai bumi Sarawak nie penuh gan emas masa belajar Sejarah time sekolh dulu..Mengenai Pekan Emas Sarawak nie sangat menarik =)! teringin sekali nak g sana..

amiraliyana said...

wow! cam best jek tempat ni. patut la jadi tarikan pelancong. sis Sally kenalkan lagi tempat2 menarik kat sarawak ni. mana nak tau satu hari berpeluang ke Sarawak boleh jenguk entry2 kat sini. hehe

Wan_hazel said...

xpernah mek g kampung ktk ya eh..jauh..hehehe..yalah oo..sarawak tok besar glak..mena ya sarawak tuk byk emas n org sarawak pun kaya kaya jak..eheheh..mena ka?/

kaseh suchi said...

ala..pekan emas la pulak...
kelantan ada pasir mas...sarawak ada pekan emas..
memang malaysia ni kaya,,hehehe

Si kOtAk HaTi said...

wah....cantik gambar dlm entry Sally tu...(^_^) Bertuah cik Sally kerana dilahirkan di tempat yang kaya dengan sejarah. Negeri lain pun x kurang hebatnya...heehe sekali sekala tulis pasal tempat atau asal usul kita pun best juga...Sekurang-kurang tahu sejarah sesuatu tempat tersebut..(^_^) Ia adalah sesuatu yang bagus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...