Followers

Friday 18 March 2011

Jom Kita Lihat Pula Simpulan Bahasa yang Bermula dari Huruf D..




DAPAT TERPIJAK
Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.
Contoh Ayat: Haris sangat gembira kerana dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000 daripada majikannya.

DARAH DARU SETAMPUK PINANG
Maksud: Masih muda.

Contoh Ayat: Jangan dipandang  rendah anak bongsu Pak Yakub itu. Walaupun seperti darah baru setampuk pinang, dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan.

DIAM-DIAM LEPU
Maksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.
Contoh Ayat: Jangan percayakan tutur bicara serta perwatakan Asqal itu kerana dia diam-diam lepu. Nampak saja baik tetapi ramai wanita telah ditipu dan terpedaya olehnya.

DIAM-DIAM PENGGALI
Maksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.
Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali. Bak kata orang dulu-dulu, “Malu Bertanya Sesat Jalan.”
 
DINGIN TANGAN
Maksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya.
Contoh Ayat: Puan Ian dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanam olehnya menjadi belaka.

DUDUK PERUT

Maksud: Hamil.

Contoh Ayat: Encik Arash sangat girang apabila mendapat perkhabaran gembira daripada doktor peribadi keluarganya bahawa isterinya telah duduk perut

12 comments:

SarahZin said...

kali pertama dengar "duduk perut" ..tq

Miss Red Apple said...

selama ni punye la tercarik-carik maksud ~DARAH DARU SETAMPUK PINANG~
Rupenye ade kat sini. thanks ya

story of my life said...

lawaknya duduk perut? pelik betul namanyer..

eManCiPatioN said...

Ana: Ur Welkem Ana. Nanti Jako Geliga cuba sharekan simpulan bahasa yang lain-lain gi..

Sarah & Story of My Life: Pelikkan..hihik. Jako Geliga dulu pon tak tau ada wjudnya perkataan duduk perut.. Selalunya org2 tua kat kampung yg slalu guna pkataan duduk perut..

aqishah said...

banyaknya yg tak tahu.. baru je tau..

indahnya bahasa kita

Unknown said...

banyak neh simpulan bahasa nana xtaw..

Jako Geliga said...

Kepada semua yang telah memberikan komen, Jako Geliga nak ucapkan terima kasih kerana sudi melawati post hamba ni.. hihik.. Jgn lupa tau utk terus bersama mengikuti Simpulan Bahasa yang selanjutnya.. daaa..

Sarah Naiema said...

Banyak betul simpulan bahasa yang sara baru taw..

Diam2 penggali tu bunyinye agak menarik dan mksd dia malu b'tanya sesat jalan..mksd yg kurang sama tapi simpulan bahasa yg lebih m'luas..=)

amiraliyana said...

semua baru tau nih..

Wan_hazel said...

entri jako geliga nie pun wan tak taw semua simpulan bahasa ..lahai..banyak lagi ilmu diluar perlu kita beljar ...terasa diri begitu kerdil

Anonymous said...

wah...macam best je mencuba sesuatu yang baru...(^_^)
semakin banyak kita membaca, rupanya semakin banyak yang kita tidak tahu.
seriusly, saya suka belajar tentang bahasa. kadang-kadang kita tidak sedar akan keindahan bahasa itu sendiri. terima kasih penulis. hari ini saya belajar sesuatu yang baru..(^_^)

Wan_hazel said...

Si kOtAk HaTi

wan suka satera..tp law dalam2 sgt macma nie wan mula lah geleng kpala.tak reti lansung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...