Followers

Saturday 5 March 2011

Iklan dan Mesej




Pada pandangan saya, iklan Lifebuoy  yang sering bersiaran di kaca TV berjaya membawa mesej personel hygiene yang terbaik untuk diamalkan. Dengan hanya mencuci tangan, ianya nampak mudah tapi sebenarnya memerlukan disiplin yang tinggi untuk dijadikan satu kebiasaan dalam diri setiap individu.

Teringat sewaktu menjadi student nurse, teknik sepuluh Langkah Mencuci Tangan menjadi salah satu cross yang wajib lulus...memanglah nervous bila practical ini di monitor oleh Staff Nurse Clinical yang ‘garang’. Berbisik-bisik bersama colleague, “setakat benda remeh ni pun, nak bising-bising...menyampah”. Sampai masa untuk mendapatkan cross, lima kali perlu di ulang kerana terlupa step dan bebelan Staff Nurse menjadi halwa telinga hanya kerana terlupa menutup kepala paip! Memang malu dan hati rasa merajuk tapi bila dikenang kembali, melucukan kerana merajuk tidak kena pada tempatnya J.

Apapun, setiap yang diajar sebenarnya membawa pengajaran yang kita tidak tahu kebaikannya sehinggalah kita sendiri sedar akan kepentingannya. Untuk itu, bagi setiap kempen kebersihan yang diusahakan perlulah dilakukan secara berterusan dan bersifat komprehensif agar maksud yang disampaikan difahami dengan sejelas-jelasnya dan tidak sekadar melepas batuk di tangga.


Missie68:  Belajar untuk faham erti sebab dan akibat




12 comments:

Anonymous said...

Alah bisa tegal biasa....bolehlah apply persekitaran berkualiti 5S dalam hidup kita seharian...sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal...hehehe

Anonymous said...

Takkan baru nak belajar sebab dan akibat...bukankah setiap yang Tuhan jadikan itu ada sebab dan akibatnya sejak azali lagi

rusna wana said...

pencuci tangan kat rumah aku berbulan2 tak habis2 sebab aku tahu anak2 tak amalkan mencuci tangan sambil menggunakan pencuci tangan dettol....alahai, susahnya nk tanamkan sikap ni...

aqishah said...

jom lebih sihat

sy sokong

Sarah Naiema said...

Btol tu, amalan 5S perlu dititikberatkan..=)

amiraliyana said...

<--- ok.. cuba belajar erti sebab dan akibat.. =)

Wan_hazel said...

betul2...tapi kalau dah nervous semua bende pun tak jadi..hehehe..sebab tu lah perlu bertenang..and kadang2 tenang sangat pun rasa nak terkucil..hahaha..

padlie said...

Nampak remeh tapi di tangan la punca jutaan kuman dan bakteria.

Masa sekolah dulu, Dettol pernah anjur aktiviti mencuci tangan dengan kaedah yang betul. Siap berlagu lagi tu untuk jadikannya aktiviti yang menarik..

Anonymous said...

aah..betul tu..tangan la punca pembawaan bakteria kan...

dulu masa praktikal kat kilang makanan, selamber je pekerja asing packing makanan x pakai sarung tangan...

alasan dorang: glove habis...

walaupun dorang da basuh tangan...sepatutnya mereka kena jugak tunggu ada sarung tangan untuk pastikan kualiti makanan dorang tu baik dari segi keselamatan & kebersihan

Wan_hazel said...

glove tgn tu belum tentu bersih taw..

Cik Nani Noraini said...

Pemenang doktor kecil Lifebuoy ialah doktor kecil dari skolah rendah di perak. :)

bangga kerana CNN juga dari perak.
Syabas!

Wan_hazel said...

Cik Nani Noraini

wan turut bangga..Sebab Mlaysia..ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...