Followers

Monday 7 March 2011

Di Mana Budi Bahasa? Adakah Hilang Nilainya?


Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Kalau kita membincangkan mengenai budi bahasa memang tak habis-habis, sebabnya perkara ini telah dititik beratkan sejak zaman nenek moyang kita. Bukan setakat orang Melayu sahaja tetapi juga semua bangsa.  Menghormati orang yang lebih tua sangat didambakan. 

Kalau pada zaman dulu kanak-kanak atau remaja tidak dibolehkan campur tangan dalam urusan orang tua-tua atau mendengar perbualan mereka. Kanak-kanak mesti duduk jauh dari mendengar perbualan tersebut. Begitu juga kalau nak lalu di belakang orang tua mesti minta kebenaran terlebih dahulu. Lalu di hadapan menundukkan sedikit badan dan menghulurkan tangan tanda hormat. Tapi sekarang adakah amalan berbudi bahasa seperti ini ada kesinambungannya dan dah hilang nilainya? 



Che Ross: Renung-renungkan...

10 comments:

story of my life said...

melentur buluh dari rebungnya...

aqishah said...

budi bahasa budaya kita...

Sarah Naiema said...

sara actually tak suka lau stgh org m'lawan atau bercakap kasar gan orang tuanya walhal orang tua nya bercakap perkara y baik..hormati la orang tua kite s'lagi mereka masih ada..dan warga emas yang lain..=)

amiraliyana said...

berbeza sangat kan bebudak dulu dan sekarang. mana hilangnya budi bahasa dan adat sopan Melayu tu? sob sob.

Wan_hazel said...

budaya melayu tak pernah hilang pun..cuma ibu bapa yang terlalau moden dan nak sangat moden..sampaikan anak anak tak dididik untuk perkara nie..skang nie kalau kita tengok bebudak kampung or bandar memang rata rata dah hilang unsur budaya dalam diri..

Anonymous said...

budaya tu kan jiwa bangsa...bila hilang budaya, hilanglah serinya bangsa kita ni..hilanglah semangat untuk mewasrisi semua yang nenk moyang kita amanahkan..

betul kan..melentur buluh biarlag dari rebungnya..kalau silap lentur rosak la buluh tu...
kalau silap didik rosaklah anak bangsa kita =)

padlie said...

Nilai bangsa kita dah meluntur dari diri. Kita banyak terpengaruh dengan budaya barat..

Jika ibubapa masih mengamalkan budi bahasa, anak2 juga akan mengikutnya..

Anonymous said...

" Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa. "

Pantun 4 kerat yang cukup memberi makna. Jika dihayati maksudnya, pasti boleh memberi impak yang begitu positif dalam kehidupan kita. Nilai-nilai murni seperti berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati antara satu sama lain merupakan sesuatu yang wajar kita contohi. Untuk membentuk masyarakat yang harmoni,haruslah bermula dengan modal insan. Justeru itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peranan ibu bapa, pengaruh rakan dll harus dititik beratkan. Anak-anak muda harus di didik dengan baik & sempurna. insyaallah..nilai murni seperti ini tidak akan hilang di dunia.

Wan_hazel said...

kaseh suchi

macam mana nak lentru bulu kalau mak bapak pun dah hilang unsur budaya nie..so mereka orng melentur buluh tanpa unsur budaya..modern2..celik2 dah pegang HP..online

Wan_hazel said...

padlie

betul2..semua nya mak bapak yg salah..eh yeke??tapi ade gakmak bapak masih kekalkan budaya nie..tapi anak2 kata mak bapak kolot..so mak bapak tak leh disalahkn...pengaruh persekitaran byk memainkan peranan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...