Followers

Showing posts with label Shinny. Show all posts
Showing posts with label Shinny. Show all posts

Wednesday, 7 December 2011

Before Flooding : During Flooding : After The Flood


Good morning friends. Today Shinny want to share with you about the preparation before, during and after flood.  If you find your home is in a flood prone area, modifications may be needed to your home, to help reduce the water intake and assist with recovery. A home with easily removable floor coverings and items, will suffer less damage. Have you checked with your insurance supplier, to see whether flood insurance is available to you and are you covered?

Before Flooding make sure you:
  • Check Emergency : Evacuation and First Aid Kits, making sure they are kept up to date.
  • Keep a list of emergency numbers, with ease of accessibility for anyone in the home.
     
During Flooding make sure you:
  • Listen to the local radio or media for advice and up to date information.
  • Know of your local evacuation centre.
  • Assist in the helping of neighbours if possible. Make sure the elderly or infirm are taken care of.
  • Secure any items that may float away or cause damage. Prepare all motor vehicles : outdoor equipment : rubbish & chemicals, in readiness for flood waters.
  • Make plans for action when water levels reach certain levels. What you are going to move first, where and how?
  • Make any necessary plans for pets and other animals if relocation is needed? Check on your pets food supplies. Move stock & feed to high ground.
  • Relocate all farm equipment to higher ground.
  • Keep all family members away from flood waters. If you do have to enter flood waters, use a stick or pole to check the depth of water.
  • Stay away from fast currents and drains, culverts.
  • Do not eat any foodstuff that comes into contact with flood waters.
  • Boil all tap water during the flood and until known to be safe.
After The Flood on returning to your home make sure you:
  • Get professional advice, as to whether services to your house are OK.
  • Electrical items that have been submerged in the flood waters will need to be checked, before power is applied.
  • Do not eat any foodstuff that has come into with flood waters.
  • Boil all tap water until known to be safe.
  • Make sure you check on your neighbours.
Shinny: As floods often happen very quickly and arrive unexpectedly, there is little time for planning to occur at the last minute. It therefore pays to make sure your family and home is prepared at all times, to reduce the chances of loss.

Thursday, 7 July 2011

Memori Pejuang Bangsa


Hi kawan- kawan. Apa khabar? Tentu semua rakan 1klik sihat kan.

Ok. Hari ini Shinny nak berkongsi maklumat tentang seorang pejuang bangsa yang kita tak berapa kenali ataupun tiada dalam memori kita. Yaa. Sebab itulah Shinny pilih tajuk memori pejuang bangsa. 


Manikavasagam Namasivayam lebih dikenali dengan nama Vasagam dilahirkan pada 2 Julai 1990 di Jaffna, Sri Lanka. Pada tahun 1916, dalam usia yang masih muda, Vasagam datang ke Tanah Melayu yang ketika itu berada di bawah pemerintahan British. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah King Edward, Taiping. Selepas itu, beliau menceburi dalam bidang perkhidmatan kerajaan. Beliau amat meminati bidang sukan dan merupakan peserta terawal mewakili Malaya.

Vasagam bukan sahaja dilahirkan sebagai atlet olahraga bahkan merupakan pemain bola sepak yang mahir. Beliau merupakan pemain tempatan pertama yang memenangi larian 440 ela di MAAA Championships pada tahun 1924 dan 1925. Catatan masa yang dibuat ialah 56.0s yang dianggap sebagai luar biasa ketika itu. Selain itu, beliau melibatkan diri secara aktif dalam bola sepak, olahraga dan menjadi setiausaha pengasas Federation of Malaya Olympic Council (FMOC) pada tahun 1953.

Pada tahun 1954, Vasagam telah merealisasikan penyertaan pertama Malaya ke Sukan Asia di Manila. Beliau memainkan peranan penting untuk Olimpik Malaya dalam kejohanan di Melbourne pada tahun 1956. Beberapa orang anaknya termasuk M. Jagathesan turut menyumbang ke arah pembangunan sukan negara. Jasa Vasagam yang tidak ternilai ialah dengan meninggalkan sebuah pertubuhan kukuh yang menjadi penyambung dalam membina legasi kesukanan negara. N.Manikavasagam meninggal pada tahun 1985 dan pengorbanannya akan sentiasa diingati.

Pesan Shinny, sebagai seorang anak Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab dalam melahirkan sebuah generasi yang tidak lupa pada sejarah dan kita harus membekalkan ilmu yang sangat bermanfaat kepada anak-anak kita.


Shinny: Nanti Shinny akan berkongsi pula segmen lain, ok!

Monday, 27 June 2011

Thaali : Simbol Perkahwinan Masyarakat Beragama Hindu


Selamat sejahtera rakan-rakan 1klik. Apa khabar? Kebanyakan rakan-rakan kita tidak mengenali secara mendalam tentang budaya India kan. Oleh itu, hari ini Shinny nak berkongsi tentang budaya orang India di mana kegunaan Thaali sebagai simbol perkahwinan masyarakat beragama Hindu.


Thaali juga dikenali sebagai mangalsutra atau mangala sutra yang bererti benang yang melambangkan kesempurnaan dan juga adalah simbol perkahwinan masyarakat yang beragama Hindu. Menurut kebudayaan agama Hindu, terdapat lima tanda yang menunjukkan status perkahwinan iaitu mangalsutra, cincin jari kaki (metti), kumkum (pottu warna merah yang letak di dahi), gelang dan tindik hidung (mukkuthi). Thali merupakan benang suci yang mengikat hubungan alam perkahwinan dan cinta antara suami isteri.  

Menurut budaya Hindu, thaali melambangkan ikatan kesatuan antara suami dan isteri. Sewaktu upacara perkahwinan, mempelai lelaki akan mengikat thaali ke leher pengantin wanita. Perempuan yang sudah berkahwin berhak untuk memakai thaali sepanjang hidup mereka kerana diyakini bahawa ia akan meningkatkan kesejahteraan suami dan keluarga dan tidak boleh dipaparkan di depan umum. Hal ini juga dianggap bahawa thaali melindungi institusi perkahwinan dari segala kejahatan. Tiga simpul melambangkan tiga aspek yang berbeza pada seseorang wanita yang berkahwin. Simpulan pertama merupakan ketaatan pada suami, yang kedua untuk orang tuanya dan ketiga merupakan dirinya menghormati Tuhan.

Thaali terdiri daripada benang kuning dengan menggantungkan loket emas dan dipersiapkan dengan kunyit. Boleh dikatakan bahawa thaali setanding dengan cincin dalam perkahwinan orang Barat. Seorang wanita yang sudah berkahwin diharapkan untuk memakai thaali sehingga kematian suaminya. ‘Dharanam Mangalya’ atau ‘Kattu Thaali’ bermaksud mengikat mangalya atau thaali adalah upacara yang paling penting dalam sebuah perkahwinan masyarakat Hindu.

Shinny: Ok kawan-kawan. Ini saja untuk hari ini dalam segmen budaya India. Shinny akan bertemu lagi dengan segmen lain pada masa akan datang. bye-bye.... 

Monday, 30 May 2011

Tarian Klasik India

Salam Sejahtera kepada semua pembaca Rakan1Klik.

Seperti yang dijanjikan, kali ni Shinny ingin berkongsi sedikit tentang Tarian klasik India atau tarian tradisional India. Saya berharap semua pembaca suka dengan tajuk Shinny kali ini.

Tarian klasik India adalah tarian klasik yang berasal dari variasi berdasarkan daerah-daerah di India antaranya Bharatanatyam dari Tamil Nadu, Kuchipudi dari Andhra Pradesh, Manipuri dari India timur laut, Odissi dari Orissa, serta Kathak dari India dan Pakistan.

 Budaya India memiliki seni tari klasik yang beragam dan telah lama tercatat ke dalam teks tertua di dunia yang menuliskan tentang pertunjukkan, Natya Shastra (400 SM). Pada masa lalu, tarian ditarikan untuk menceritakan sebuah cerita sambil diiringi oleh nyanyian dan musik. Tarian ditempatkan ke dalam posisi yang paling utama. Tarian-tarian ini ditarikan di kuil untuk memuja dan bersifat keagamaan serta tema-temanya didasarkan pada cerita-cerita mitologi.

Dengan berjalannya waktu, tarian-tarian klasik mulai berkembang. Ekspresi serta temanya berubah menjadi tema tentang kehidupan sosial. Kini Tarian klasik India telah banyak dikenal di dunia dan menggambarkan kekayaan budaya India.
 

Shinny: Kita akan bertemu dengan sambungannya diikuti tarian Bharatanatyam dalam next episod......SA.....RE....GA...MA......

Thursday, 26 May 2011

Datuk Siva penerima Anugerah Tokoh Guru 2011


Salam Sejahtera kepada semua pembaca Rakan 1Klik.


Hari ini saya nak bercerita tentang seorang tokoh yang terkenal dengan sumbangan dan pengorbanannya. Beliau adalah salah seorang daripada  Empat penerima Anugerah Tokoh Guru 2011 peringkat Kebangsaan ke-40 iaitu Datuk Siva Subramaniam, 64, dari Perak.

Ok rakan-rakan. Mari kita mengetahui serba sedikit tentang beliau dan sumbangan beliau.

Beliau telah berkhidmat selama 32 tahun dalam perkhidmatan kerajaan. Selepas bersara beliau dilantik oleh DYMM Yang di-pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia sebagai Pesuruhjaya selama 6 tahun. Selepas itu, beliau dilantik untuk berkhidmat dalam pasukan khas di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memberi perhatian kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi. Sehingga hari ini beliau meneruskan perkhidmatannya dan memberi sumbangan kepada rakyat.

Sepanjang kerjaya sebagai pendidik beliau telah banyak memberikan sumbangan antaranya memberikan latihan kepada guru-guru dalam pengajaran bahasa Inggeris, terlibat dalam menyediakan modul pengajaran Sains dan Matematik, mewujudkan Kempen Khas Perpaduan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan, mewujudkan Majlis Permuafakatan di kalangan Persatuan Guru, membantu menyelesaikan masalah guru yang timbul dari semasa ke semasa, mentadbir sekolah bersama Majlis Bersama Guru serta bersama mengasaskan Yayasan Guru.

Beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru 2011 dan menerima wang tunai RM10,000, pingat emas, plak dan sijil penghargaan disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada majlis dihadiri lebih 4,000 pengetua, guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan di Pusat Konvesyen Borneo Kuching.

Sebagai seorang rakyat Malaysia kita harus berterima kasih tokoh-tokoh dan guru-guru sebegini yang telah banyak memberi sumbangan untuk negara tanpa mengharapkan apa jua penghargaan. 



Shinny: Selamat Hari Guru… 

Friday, 1 April 2011

Daun Pisang - Simbol Budaya Masyarakat India



"Tak lama lagi perayaan Tahun Baru Hindu.  Nak ikut saya makan nasi daun pisang?" Saya tanya Mimi, sebelum saya memberhentikan kereta di hadapan sebuah restoran popular dengan masakan Chetinaad di Petaling Jaya. Ketika itu, ramai yang sedang makan tengah hari nasi berlapik daun pisang. Budaya ini bukan hanya diamalkan oleh orang India tetapi semua kaum dah mula suka tren begini. Wangi dan sedap katanya. Bagi saya  dan juga mereka yang meminati hidangan dari selatan India ini, makan nasi daun pisang, unik.
Apa yang sangat istimewa tentang daun pisang?
Korang nak tau tak? Sejak dulu lagi, upacara kelahiran, perkahwinan, ritual keagamaan ataupun kematian masyarakat Hindu tak sempurna tanpa daun, pokok atau setandan buah pisang. Dalam masyarakat India, sifat semula jadi pokok pisang yang mudah hidup diumpamakan seperti mengharapkan kesejahteraan dalam hidup. Shinny juga nak bagitau, tradisi masyarakat India sangat mementingkan penggunaan daun pisang sebagai alas makanan sebab nak ganti pinggan mangkuk. Selain itu, daun pisang yang beraroma bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan, tapi… membangkitkan selera. Sedap, tau! Apabila nasi yang panas dihidangkan atas daun pisang, ia akan melepaskan satu tindakan dari lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.
Secara tradisinya, nasi daun pisang ini merupakan makanan vegetarian bagi masyarakat India. Ia juga dapat memupuk semangat setia kawan dan kekeluargaan bila kita ramai-ramai dapat berkongsi apa sahaja yang dihidangkan. Dengan kata lain, tiada sempadan atas daun pisang.

Shinny: Konsep makan nasi atas daun pisang mencerminkan budaya kemasyarakatan di negara ini.

Saturday, 5 March 2011

Silambam – Seni Mempertahankan Diri Orang India



Hai kawan-kawan! Nama saya Shinny. Dalam ruangan Blog Rakan 1Klik saya akan berkongsi dengan kawan-kawan berkenaan apa saja tentang masyarakat India di Malaysia. Saya pun berbangsa India dan mudahlah saya berkongsi informasi dengan kawan-kawan. Hari ini, saya akan bercerita tentang seni mempertahankan diri yang popular di kalangan masyarakat India iaitu Silambam.

Kalau kawan-kawan nak tahu, silambam berasal dari Bukit Kurinji, Selatan India. Perkataan silambam pula, asalnya daripada perkataan ‘silam’ atau ‘silambu’ yang bermaksud bukit dan  ‘bamboo’. jadi, apabila gabungan dua perkataan  ini, maka timbullah perkataan silambam yang bermaksud ‘buluh dari bukit’. Di Malaysia, Silambam dipercayai sampai sekitar abad ke-18, iaitu ketika penjajah Inggeris membawa masuk pekerja-pekerja ladang dari India. Silambam ni, kawan-kawan, menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seperti disiplin, tinggi berpengetahuan, berperikemanusiaan, mementingkan keamanan, kesetiaan dan banyak lagi. 

Kawan-kawan nak tahu? Seni bela diri ini menggunakan tongkat yang berukuran sekitar 1.68 meter (lima setengah kaki). Panjang tongkat ini pula berkait dengan ketinggian pengamal silambam yang sepatutnya mencecah dahi antara tiga jari dari atas kepala. Tapi,  lain keadaan/situasi lain pula panjang tongkatnya. jadi, latihan pun berlainan mengikut kepanjangan tongkat. Selain itu, pengamal silambam juga menggunakan beberapa pola pergerakan berasaskan pergerakan haiwan, terutamanya ular dan helang.

Sampai ke hari ini, Silambam telah berkembang menjadi sukan olahraga yang dipertandingkan dan dipelajari oleh peminat seni mempertahankan diri tanpa mengira kaum dan yang bagusnya pula, ia selaras dengan gagasan 1Malaysia. 

Shinny;: Jumpa lagi di keluaran akan datang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...