Hai kawan-kawan! Nama saya Shinny. Dalam ruangan Blog Rakan 1Klik saya akan berkongsi dengan kawan-kawan berkenaan apa saja tentang masyarakat India di Malaysia. Saya pun berbangsa India dan mudahlah saya berkongsi informasi dengan kawan-kawan. Hari ini, saya akan bercerita tentang seni mempertahankan diri yang popular di kalangan masyarakat India iaitu Silambam.
Kalau kawan-kawan nak tahu, silambam berasal dari Bukit Kurinji, Selatan India. Perkataan silambam pula, asalnya daripada perkataan ‘silam’ atau ‘silambu’ yang bermaksud bukit dan ‘bamboo’. jadi, apabila gabungan dua perkataan ini, maka timbullah perkataan silambam yang bermaksud ‘buluh dari bukit’. Di Malaysia, Silambam dipercayai sampai sekitar abad ke-18, iaitu ketika penjajah Inggeris membawa masuk pekerja-pekerja ladang dari India. Silambam ni, kawan-kawan, menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seperti disiplin, tinggi berpengetahuan, berperikemanusiaan, mementingkan keamanan, kesetiaan dan banyak lagi.

Kawan-kawan nak tahu? Seni bela diri ini menggunakan tongkat yang berukuran sekitar 1.68 meter (lima setengah kaki). Panjang tongkat ini pula berkait dengan ketinggian pengamal silambam yang sepatutnya mencecah dahi antara tiga jari dari atas kepala. Tapi, lain keadaan/situasi lain pula panjang tongkatnya. jadi, latihan pun berlainan mengikut kepanjangan tongkat. Selain itu, pengamal silambam juga menggunakan beberapa pola pergerakan berasaskan pergerakan haiwan, terutamanya ular dan helang.
Sampai ke hari ini, Silambam telah berkembang menjadi sukan olahraga yang dipertandingkan dan dipelajari oleh peminat seni mempertahankan diri tanpa mengira kaum dan yang bagusnya pula, ia selaras dengan gagasan 1Malaysia.
Shinny;: Jumpa lagi di keluaran akan datang...
6 comments:
hmm tak pernah dgr plak..kabadi penah ler...
Hmm, baru tau mengenai serba ckit seni m'pertahankan diri dalam masyarakat india nie..
Setiap kaum dalam negara kite nie mempunyai keunikan masing tapi kite tetap 1Malaysia..same2 la kite berkongsi idea sesama kaum..=)
hi Shinny!
tq atas perkongsian ini..=)
wan lebih suka kung fu dari semua jenis seni pertahanan diri..and skang nie lak ade yang freestyle..pun syok gak..tapi semua nie ak leh guna sebab dah ade pistol..tembak skit terus rebah..hehhee..
Nice info.
Semasa Majlis Perpisahan Ketua Pengarah saya dulu, salah seorang dari kami ada mempersembahkan Silambam. Persembahan tu cukup menarik minat penonton. Sangat unik.
unik~
pasal guna tongkat...biasa seni mempertahankan diri guna peralatan macam pedang, n keris, ni guna alat yang tidak membahayakan....
terbaek...
kalau da belajar seni ni bole lawan ngan roronoa zoro kan,,,sentoryu~
Post a Comment