Followers

Thursday, 19 July 2012

Kunci Kejayaan Wanita

Semasa berucap merasmikan Sidang Kemuncak Wanita ke-10 dua hari lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menggesa kaum wanita di negara ini untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang khususnya perniagaan, komunikasi dan teknologi di samping bersedia menghadapi cabaran baru.

Beliau turut menggariskan empat kriteria utama bagi memandu wanita mengatasi halangan serta berjaya dalam bidang yang diceburi.

Pertamanya, wanita perlu bersedia mendepani cabaran-cabaran baru selain membina keupayaan untuk bersaing serta berada selangkah di depan pada setiap masa.

Kedua, memupuk sikap positif dan yakin dengan keupayaan diri untuk atasi apa jua halangan. Kerana dengan sikap positif wanita akan mampu meneroka peluang-peluang baru dan menjadi perintis dalam bidang masing-masing.

Kriteria ketiga pula, untuk berjaya sebagai perintis wanita perlu memiliki sesuatu yang istimewa untuk ditawarkan yang memberikan manfaat sebenar.

Kriteria keempatnya ialah dengan mewujudkan peluang-peluang yang membolehkan wanita mencapai kecemerlangan.
 








Anom: Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian akan menggegarkan dunia. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...