Followers

Thursday, 12 July 2012

Tips penjagaan mata


Mata adalah anugerah ALLAH s.w.t yang boleh melihat semua ciptaan YANG MAHA ESA. Oleh itu penjagaan mata amatlah penting untuk keterampilan yang menarik.  Dibawah ini SofyStella berikan cara-cara yang boleh  diambil untuk memastikan mata yang bersih dan sihat...

1.  Bersihkan solekan mata
Sebelum tidur, pastikan solekan mata anda dibersihkan dengan sempurna.  Jika tidak dibersihkan, pori-pori kulit akan tersumbat.  Sebaiknya, bersihkan dengan menggunakan pembersih khusus kerana lapisan kulit pada mata sangat berbeza dengan kulit yang lain.

2.  Lindungi mata dari sinaran UV
Jika anda terdedah kepada matahari, pastikan anda menggunakan gel mata atau krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.  Jika perlu gunakan payung atau kaca mata yang mempunyai penapis sinar UV.  Sinaran UV secara berlebihan boleh mempercepatkan kedutan kulit pada bahagian mata.

3.  Minum air masak
Bagi mencegah kedutan mata, minum air masak dengan banyak terutamanya jika cuaca terlalu panas, anda terlalu banyak bergerak atau ketika anda berada di tempat berhawa dingin.  Kandungan air yang cukup boleh mencegah kulit dari menjadi kering dan cepat berkedut.

4.  Makan buah dan sayur
Kandungan mineral, vitamin serta serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan nutrien yang berguna untuk kecantikan mata.  Kandungan vitamin C dapat membantu pembentukan kalogen yang mampu menambah keanjalan kulit di sekeliling mata.

5.  Kebersihan tangan
bagi mengelakkan berlakunya iristasi pada mata, pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh mata.  Biarpun mata terasa gatal, jangan gosoknya terlalu kuat dan kerap.  Sebaiknya gunakan penyegar mata untuk mengatasi kegatalan tersebut.

6.  Kaedah tradisional
Letakkan potongan kentang, timun atau tomato pada mata anda sekurang-kurangnya selama 15 minit.  Ini akan melegakan mata anda yang kepenatan.Sofystella pernah cuba, berkesan , anda cubalah..

7.  Ais
Untuk melancarkan peredaran darah disekitar mata, sapukan ais batu di sekeliling mata anda.

sumber : buku nota cempaka melati (blogger)
By

sofystella : mahu memiliki mata yang cantik ....mata adalah anugerah terindah ...
Sila klik di sini  untuk maklumat lanjut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...