Followers

Showing posts with label sofystella. Show all posts
Showing posts with label sofystella. Show all posts

Tuesday, 30 October 2012

HARI INOVASI 2012



Assalamualaikum Rakan 1 Klik.

Salam Aidiladha diucapkan. Entry kali ini Sofystella mahu berkongsi adalah mengenai Hari Inovasi 2012. Apa agaknya yang berkaitan dengan Hari Inovasi ini?

Inovasi ialah sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Inovasi yang dihasilkan ini berupaya menambah baik nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan yang sedia ada.

Kesan inovasi yang menjadi budaya menjana proses perubahan dari konvensional kepada suatu keadaan yang lebih produktif dan sistematik yang memberi impak optima kepada pelanggan serta berupaya memartabatkan gagasan 1Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara bangsa melalui wadah penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

Sofystella menjemput semua rakan – rakan dan rakyat 1 Malaysia untuk menghadiri Hari inovasi ini. Dibawah ini Sofystella menyatakan aktiviti yang akan dijalankan.


Program

Sambutan Hari Inovasi 2012 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)
Tarikh / Masa  :  30 Oktober hingga 1 November 2012 (3 Hari) : Hari Selasa hingga Khamis ( 9.00 pagi hingga 5.00 petang )

Tempat

Dataran Muzium Negara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur



Aktiviti Hari Inovasi 2012 KPKK

Ceramah Perdana Hari Inovasi
1 November 2012 : Hari Khamis ( 8.00 pagi )
Auditorium Jabatan Muzium Malaysia

Ucap Utama Sambutan Hari Inovasi
1 November 2012 : Hari Khamis ( 8.00 pagi )
Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur
         Oleh : YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim,
                    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
30 & 31 Oktober 2012 ( 2 hari ) : Selasa dan Rabu ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang )
Auditorium Jabatan Muzium Malaysia
Perasmi : YBhg. Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf
                 Ketua Setiausaha KPKK

► Tujuh belas (17) kumpulan mengambil bahagian terdiri bahagian-bahagian di Kementerian, serta jabatan dan agensi di bawahnya.

Anugerah Inovasi

► Enam (6) kategori Pertandingan Inovasi 2012 dipertandingkan sempena menyemarakkan Sambutan Hari Inovasi 2012 KPKK iaitu Inovasi Terbaik, Kumpulan KIK Terbaik, Penulisan Kreatif, Reka Cipta Logo Inovasi, Keceriaan Pejabat Terbaik dan Pameran Terbaik. Pemenang inovasi bagi setiap kategori akan menerima anugerah pada Majlis Sambutan Hari Inovasi.


Pameran Hari Inovasi
30 & 31 Oktober dan 1 November 2012 (3 hari) : Hari Selasa hingga Khamis ( 9.00 pagi hingga 5.00 petang )
Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur

► 24 gerai (booth) pameran Kementerian, Jabatan dan Agensi mengambil bahagian. Pengisian aktiviti dan bahan pameran adalah seperti pameran pelbagai produk/perkhidmatan jabatan/agensi, Sesi Taklimat mengenai Fungsi dan Tanggungjawab KPKK, Soalan Kuiz dan Acara Cabutan Bertuah.


Hari Bertemu Pelanggan
30 Oktober hingga 1 November 2012 (3 hari) : Hari Selasa hingga Khamis ( 9.00 pagi hingga 5.00 petang )
Gerai No. 1, Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur




Sofystella : Jom sama - sama kita memeriahkannya.


Friday, 5 October 2012

Bajet 2013



Assalamualaikum pembaca. Bagaimana dengan Bajet 2013? Pasti ada yang merasa lega kerana banyak kemudahan diperkenalkan oleh Perdana Menteri. Sofystella pun rasa gembira kerana banyak faedah dan semua menyambut baik pengumuman Bajet 2013 yang dibentangkan oleh beliau.

Antara bajet yang boleh Sofystella ringkaskan ialah bantuan kepada golongan berpendapatan rendah tetap diberikan dan semua golongan dapat merasai, serta golongan berpendapatan sederhana dalam penyediaan Bajet 2013, sama juga seperti Sofystella. Alhamdulillah bayaran pinjaman PTPTN diberi diskaun dan pemberian baucar buku terus diberikan.

Selain itu, bantuan kepada  pesawah dan nelayan tetap diteruskan untuk mereka merancakkan ekonomi. Dalam  sektor pendidikan dan pelancongan turut memberi penekanan  kerana bagi pertumbuhan ekonomi di samping pengumuman besar perbelanjaan bagi sektor pelancongan.

Manakala golongan yang berusia 21 tahun ke atas, berpendapatan RM2,000 ke bawah dan masih bujang layak menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) sebanyak RM250 daripada kerajaan. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

Semua ini demi ekonomi negara dan rakyat. Kita berterima kasih atas prihatin yang diberikan. Jadi, gunalah segala kebaikan yang telah disumbangkan dengan sebaiknya.

Sofystella : Terima kasih.

Wednesday, 19 September 2012

Cinta Muka Buku


Selamat pagi warga blog. Laman sosial banyak mempengaruhi remaja, Namun, sekarang bukan sahaja remaja, golongan kanak - kanak, ibu bapa dan warga tua ingin mengeksplorasi laman sosial. Sofystella ada beberapa jenis laman social iaitu Myspace, Facebook, Twitter, Tagged dan Hi 5 untuk tidak terputus hubungan dengan sahabat lama dan saudara mara yang jauh.

Laman sosial yang paling popular adalah Muka buku (Facebook). Cinta "muka buku" merupakan istilah popular di kalangan remaja masa kini yang diberikan kepada mereka yang menjalinkan hubungan cinta hasil dari perkenalan di laman sosial tersebut.


Istilah cinta muka buku juga dipopularkan menerusi lagu yang dibawakan oleh penyanyi remaja bernama Najwa Latif yang terkenal melalui laman sosial Youtube. Sofystella suka lagu itu.

Yang menjadi persoalan Sofystella, adakah cinta laman sosial seperti ini realiti atau sekadar cinta monyet atau boleh sampai ke alam perkahwinan? Sekiranya hubungan cinta yang bermula di laman sosial itu berakhir di jinjang pelamin, alhamdulillah.

Namun, ada juga yang terjebak dengan kes - kes penipuan sehingga melibatkan kerugian beribu -ribu ringgit. Sofystella hampir - hampir menjadi mangsa tetapi Sofystella buat tak tahu saja kerana berjaga - jaga.

Kes - kes seperti ini biasanya berlaku apabila wanita warga tempatan berkenalan dengan warga asing melalui laman sosial, dan mereka dikatakan bercinta shinggalah menabur janji kepada wanita tempatan untuk mengahwininya teteapi beberapa alasan diberikan seperti tiada duit untuk berhijrah dari negara mereka ke Malaysia atau ada masalah kewangan perlu diselesaikan di negara mereka barulah boleh menumpukan perhatian soal menukar agama dan berkahwin.

Akibat kata - kata manis, ramai wanita tempatan terpedaya kerana setelah wang diberikan, kekasih mereka terus menghilang. Ada dilaporkan kerugian melibatkan beribu - ribu ringgit sehinggan ke 1 juta ringgit. Pandai juga die memilih sasaran.



Dalam apa yang kita mahu lakukan, kita perlu selidik. Sofystella rasa lebih baik mencari pasangan orang tempatan tapi tak salah berkawan dengan orang luar, jangan sampai berputih mata.

Sofystella : Penipuan sebergini bukan saja melibatkan penipuan oleh warga asing, tetapi lelaki tempatan juga turut terlibat memperdaya wanita tempatan.


Tuesday, 18 September 2012

Lawan atau Biar

Assalamualaikum dan Selamat hari Malaysia. Entry kali ini Sofystella mahu berkongsi tentang “Lawan atau Biar”. Apakah itu? Ini adalah langkah kita untuk mempertahankan diri dan harta benda daripada penjenayah yang menyerang secara drastik.

Sofystella rasa dalam keadaan cemas sukar untuk kita bertindak dengan sedia. Jadi Sofystella mahu kita semua mampu untuk mengelak daripada terus menjadi mangsa. Antara langkah yang boleh diambil :


  1. Apabila penjenayah menyerang sama ada dari belakang, depan, kiri ataupun kanan kita cuba kawal emosi dengan bertenang serta fikir untuk kita mengambil tindakan dan peluang dengan kelemahan penjenayah.
  2. Gigit tangan penjenayah dengan sekuat hati dan kemudian melarikan diri sambil menjerit agar mendapat perhatian masyarakat.
  3. Cari kesempatan untuk memukul, menendang atau pijak  penjenayah di bahagian yang lemah iaitu kaki, lutut, mata, pinggang dan leher.


Jika anda tidak dapat membuat cara di atas, ada langkah lain yang Sofystella cadangkan iaitu :
  • Apabila diserang, anda perlu berpura – pura sakit seperti, Asma, Jantung dan sebagainya untuk membuatkan penjenayah berada dalam keadaan cemas. Kemudian, Apabila penjenayah cemas, dia akan meninggalkan mangsa kerana takut dianggap pembunuh.
  • Kedua, jika tidak mahu dicederakan, anda beri saja apa kemahuan penjenayah dengan memberikan harta benda anda kerana nyawa lebih berharga.
Sofystella rasa dengan cara ini dapat kita mengatasi jenayah yang membuatkan masyarakat tidak senang duduk kerana terasa diancam. Sofystella harap, tip – tip ini dapat membantu anda semua.

Sofystella : Berpura – pura sakit ketika diserang akan mencemaskan penjenayah dan melambatkan proses meragut dan nyawa terselamat.





Wednesday, 12 September 2012

Risiko Minuman Berkabonat


Assalamualaikum Rakan – rakan 1 KLIK. Lama Sofystella tak menulis entry di sini. Rakan – rakan mesti suka minuman berkarbonat. Dari kesihatan kurang baik jika kita sering mengambil minuman seperti itu kerana kadar kandungan gula yang tinggi menyebabkan peratus obesiti meningkat di kalangan kanak –kanak. 



Dari beberapa artikel yang Sofystella baca, dengan pengambilan segelas minuman tersebut boleh memberi  kesan kepada serangan jantung. Akibat daripada itu, kes kematian mengejut meningkat. Merujuk kepada kajian daripada sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard, pengambilan gula secara berlebihan akan menghasilkan lemak yang tinggi dalam darah dan berlakunya serangan jantung.

Selain itu, jika kita minum minuman yang telah diawet dan menpunyai tambahan gula seperti minuman berkarbonat, risiko serangan jantung lebih tinggi. Namun, situasi akan lebih teruk apabila seseorang itu mempuanyai tabiat buruk seperti merokok dan pengambilan alkohol.

Sofystella rasa lebih baik kita minum air yang mempunyai air gula yang semula jadi seperti air jus buah – buahan tanpa gula tambahan. Lebih sedap dan sihat. Doktor juga selalu berpesan kepada kita yang kita perlu lebihkan makanan yang sihat seperti sayur –sayuran dan buah – buahan.


Sofystella :Sofystella jarang minum minuman yang bergas. Makanlah secara sihat untuk masa depan.




Monday, 13 August 2012

Conflakes Coklat Cinta Sofystella.

Assalamualaikum rakan – rakan semua. Semakin hampir untuk kita menyambut hari kemenangan bagi umat islam di seluruh dunia setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Hari ini Sofystella cukup bersemangat dan memakai baju kurung berwarna kuning yang cukup ceria.

Macam mana dengan persiapan raya rakan – rakan? Semua dah siap? Di akhir Ramadhan para ibu mesti sibuk untuk membuat persiapan rumah supaya meriah dan berseri di hari raya nanti, maklumlah ramai saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang ingin berkunjung di hari raya nanti.

Biskut raya dah siap order? Ataupun buat sendiri? Wah banyak yang kita perlu fikirkan. Cakap mengenai biskut raya tadi, semalam Sofystella meluangkan masa untuk buat biskut raya. Kebayakkan kuih atau biskut raya, Sofystella beli terus sahaja sebab senang. Tahun ini Sofystella buat biskut raya satu jenis sahaja iaitu Conflakes Coklat. Di bawah ini Sofystella tunjukkan cara Sofystella sendiri.

Bahan – bahan yang Sofystella gunakan ialah :
  1. Kacang tanah.
  2. Conflake Corn.
  3. Coklat masakan
  4. Coklat rice
  5. Paper cup

Cara nak buat adalah :
  1. Panaskan coklat masakan untuk mencairkannya.
  2. Goreng kacang tanah supaya ia masak kemudian biarkan kacang tersebut sejuk.
  3. Kisarkan kacang tanah tadi supaya hancur.
  4. Bila coklat telah cair, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
  5. Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup dan taburkan coklat rice yang berwarna – warni.
  6. Terakhir sekali Sofystella masukan Conflakrs coklat tadi ke dalam peti sejuk sepaya coklat yang cair tadi dapat membaluti conflakes sepenuhnya. Barulah terasa  coklatnya di setiap inci.



Siap untuk di hidangkan di pagi raya nanti J



Sangat senang menyediakan conflakes coklat ini dan kanak – kanak mesti suka sebab ada campuran coklat. Conflakes coklat yang Sofystella tunjukkan ini adalah cara yang tersendiri. Tahun lepas Sofystella pun buat dan mereka kata sedap. 


  
Sofysella : Memang sedap kalau kuih atau biskut raya ada campuran dengan coklat. Ingat nak buka bisnes biskut rayalah.


Telefon 3D


Assalamualaikum pembaca J

Pada sabtu lepas, Sofystella ada baca surat khabar yang menyatakan “Telefon 3D”.  Sofystella tetarik dengan artikel tersebut sebab ini adalah satu teknologi terbaru yang belum Sofystella baca. Mobile phone ini boleh memaparkan video secara 3D tanpa memakai kaca mata khas malah turut menyokong format 2D.

Nama bagi telefon 3D tersebut ialah LG Optimus 3D P920. Ukurannya 128.8 x 68 x 11.9 milimeter dan seberat 168 gram, saiz telefon pintar ini adalah lebih besar. Reka bentuk luaran berasaskan bahan plastik hitam dan diperkemaskan dengan sentuhan metalik masih mampu mengekalkan ciri ekslusif telefon 3D pertama di dunia.

Dapat melihat gambar  yang lebih menarik.

Sofystella rasa pengguna dapat menikmati format imej Definisi Tinggi (HD) lengkap 1080p kerana sistem 3D yang diperkenalkan hanya mampu menyediakan rakaman visual pada resolusi 720p.  Telefon tersebut masih berada di harga yang rendah kerana ini merupakan percubaan baru dalam dunia teknologi.
Sesuatu yang menarikkan dalam dunia teknologi yang serba canggih ini? Bagi mereka yang suka mengumpul gajet ataupun sukakan teknologi baru pasti akan cuba memilikinya.



Sofystella : Dunia teknologi sangat hebat kerana permikiran yang mencipta teknologi juga hebat.


Saturday, 11 August 2012

Lukisan

Salam 1 Malaysia semua.

Entry hari ini Sofystella nak berkongsi cerita mengenai lukisan. Lukisan ini ada pelbagai jenis contohnya  catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. ok Sofystella terangkan sikit. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks iaitu seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.

Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad. Sebenarnya lukisan ini terlalu kompleks, tapi boleh fahamkan apa yang Sofystella terangkan tadi?

Sofystella tak pandai melukis, basic – basic bolehlah. Rakan – rakan mesti ada bakat kan? Nak dijadikan cerita, Sofystella ada kawan yang sangat minat dengan anime Japan dan pandai melukis beberapa anime. Paling uniknya dia boleh lukis mengunakkan paint dalam laptop sahaja. Bukan senang, nak tulis kat paint pun susah.

Terlupalah nak bagi tahu nama kawan Sofystella, nama dia Hafizah Amiruddin. Dekat bawah ini Sofystella tunjukkan lukisan yang dia buat :



Cantik tak? Ini percubaan pertama dia dan Sofystella rasa dia boleh pergi jauh dalam bidang ini. Semoga dia dapat menruskan minat dia. Sofystella ada buat permintaan dekat kawan Sofystella untuk My Character dan ini hasilnya :


Sofystella : Bukan semua orang ada jiwa seni 



Friday, 10 August 2012

Pandelela memenangi gangsa dalam 10m platform.

Salam 1 Malaysia J

Sofystella ada berita gembira. Pagi tadi baru berlangsung acara 10m platform individu wanita. Pandelela Rinong telah mencipta sejarah menyelam Malaysia dengan memenangi pingat gangsa individu wanita di Pusat Akuatik awal pagi tadi.

Ia adalah pingat pertama Malaysia Sukan Olimpik dalam sukan selain badminton, selain membuat Pandelela wanita Malaysia yang pertama memenangi pingat Sukan Olimpik.

Pemenang pingat emas Chen Ruolin (tengah) dari China, pemenang pingat perak Brittany Broben (kiri) Australia dan pemenang pingat gangsa Pandelela Rinong (kanan) Malaysia.



Alhamdulillah Sofystella gembira pungutan pingat bagi Malaysia bertambah satu. Beliau mendapat sejumlah 359,20 mata, Ruolin China Chen, yang memenangi emas pada 422,30 mata manakala Brittany Broben dari Australia memenangi pingat perak pada 366,50 mata.

Kata beliau : "Saya amat gembira dengan memenangi pingat ini. Ia adalah sesuatu yang saya hanya bermimpi dan kini menyelam boleh melihat ia sebagai titik perubahan”.

Taniah Sofystella ucapkan kerana beliau telah buat yang terbaik dan bukan mudah untuk mencapai dan mencipta sejarah ini.



Sofystella : Bila kita berusaha, pasti kita akan berjaya.


Malam Penuh Rahsia


Hari ini merupakan 21 Ramadhan 1433 iaitu 10 malam terakhir pada bulan ramadhan. Sofystella semalam rasa sepi dan tenang saja, tiada apa – apa gangguan terutamanya bunyi mercun yang membingitkan telinga.

Entry kali ini, Sofystella nak berkongsi tentang ”Malam yang Penuh Rahsia”. Mesti rakan – rakan faham maksud Sofystella. Rasulullah s.a.w mengalakkan umatnya meningkatkan ibadat dan beriktikaf di 10 malam terakhir Ramadhan. Kita perlu merebut ganjaran malam lailatuiqadar.


Sofystella nak share 5 perkara yang patut kita lakukan pada malam 10 terakhir. Jom kita sama – sama buat. Antaranya :

  1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian paling baik selain haruman, Ibnu Abi ’Asim meriwayatkan dari Aisyah : ” Rasulullah jika berada dalam bulan ramadhan, baginda seperti rutin harianya tidur dan bangun.
  2. Mencari Lailatulqadar
    • Baginda bersabda, maksudnya, ”Carilah malam lailatulqadar pada malam 10 terakhir. (Riwayat al-Bukhari). Lakukan solat dan membaca al-quran dengan penuh tertib. Solat jemaah sangat diutamakan. Rasulullah bersabda : ”Sesiapa yang mengerjakan solat isyak dan subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).
  3. Melewatkan Sahur
  4. Melakukan iktikaf (Membaca Al-Quran)
    • Pada malam itu, turun malaikat jibril dengan izin Allah kerana membawa segala perkara dengan mensejahterakan malam yang begitu berkat sehingga terbit fajar.
  5. Membanyakkan Doa.
    • Allah sentiasa membuka pintu taubatnya kepada hambaNYA.

Sofystella terasa sayu kerana masa begitu pantas mahu meninggalkan Ramadhan. Jadi marilah kita semua manfaatkan 10 malam terakhir ini sebaik mungkin sebelum ia berlalu pergi.




Sofystella : YA ALLAH terimalah aku.





Wednesday, 8 August 2012

10 Gajet Raya.

Assalamualaikum J

Sofystella nak kongsi cerita tentang gajet. Mesti ramai yang mempunyai hobi mengumpul gajet maklumlah sekarang ini zaman ”memuntahkan” teknologi, secara tidak langsung mengumpul gajet ini seperti bersaing dengan orang lain.

Sofystella pun tahun ini dah beli dua gajet iaitu Camera baru dan External Hard Disk supaya memudahkan kerja dan nak kelihatan bergaya di Aidilfitri kali ini. Bercerita mengenai raya, apa gajet rakan – rakan yang akan digunakan nanti? Sofystella akan mengunakan Camera baru untuk merakamkan saat indah di pagi raya bersama keluarga yang jauh.

Antaranya gajet yang terkini Sofystella boleh cadangkan  ialah :

  1. Kamera Panasonic Lumix DMC-GF5.

    • Lebih berkualiti dari siri GF3.
    • Resolusi 12.1megapixel Live MOS sensor dan berbentuk Venus Engine.
    • Warna hitam, emas, merah dan putih.
    • Standard zoom 14-42 mm.
  1. Conon E0S 650D.

    • Screen live view yang menggunakan touch screen kapasitif.
    • APS-C Hybrid CMOS dengan resolusi 18 megapixel.
    • 5 FPS frame per second.
    • HDR Backlight, Handheld Night Scene dan Multi Shot Noise Reductions.
    • Boleh merakam 4 foto secara serentak sebelum mengabungkan dalam satu imej.
 3. Sony HX.



    • Fungsi Dynamicedge LED yang menghasilkan paparan lebih cerah dan kontras warna yang mengangumkan.
    • Menggunakan teknologi Sony X-Reality PRO dan pemprosesan X-Reality Video Digital.
    • Paparan skrin yang boleh mencapai akses kepada Youtube dan media sosial.
 4. WD TV Live Hub.

    • HDD internal sebesar 1 TB.
    • 250 file film High Definition 1080p (1920 x 1080 pixel)
    • layari internet  social network seperti Twitter dan Facebook, atau layari video on demand seperti Netflix.
 5. Samsung Galaxy Beam.

    • Smartphone Android yang dipasang dengan fungsi mini projector.
    • Resolusi maksima 480×800 dari jenis WVGA TFT, cip yang berkuasa 1Ghz, RAM sebanyak 768MB, memori dalaman 8GB, slot kad memori Micro SD untuk memuatkan kad memori sehingga kapasiti 32GB. Kamera depannya dipasang lensa berkuasa 1.3MP, kamera bahagian belakang dipasang dengan lensa 720 piksel dilengkapi fungsi HD pada kualiti 30 frame per second.
 6. Fon Telinga Jabra



    • Fon telinga yang terbaik dan memelihara organ pendengaran.
    • Tiga warna menarik iaitu hitam, hijau dan emas.
    • SonicGear ini mengurangkan gangguan bunyi bising dan baik untuk perkongsian klip muzik.
    • Mempunyai dimensi pembesar suara bersaiz 11 milimeter dan panjang wayar kira-kira 1.3 meter.
 7. Lenovo Ideapad U310.



·    Grafik NVIDIA GeForce, ketahanan kuasa bateri sehingga sembilan jam dan kawalan mudah pada pad sesentuh.
·   Menerusi ciri Lenovo Smart Update, peranti-peranti ultrabook ini akan mengemaskini e-mel, kontak dan akaun laman web sosial pengguna secara automatik.

 8. Set Teater Rumah LG.




 · TV LG CINEMA 3D Smart TV 72 “LM9500 iaitu model TV FPR 3D LED terbesar di Malaysia,  atau model 55” LM9600 akan menerima sistem teater rumah 3D Blu-ray dan pek parti mengandungi 4 pasang cermin mata 3D.

 9.Google Nexus 7.


·   Rekabentuk minimalis, memudahkan para pengguna menggunakan Google Now dengan mudah, tanpa sebarang masalah.

 10. JVC GC-XA1 ADIXXION.

·        Kalis air sedalam lima meter dan tahan gegaran walaupun jatuh dari ketinggian dua meter.
·        Teknologi wifi, monitor LCD 1.5 inci , penstabil imej dan menawarkan rakaman HD Penuh 1920 x 1080 /30p atau 1280 x 720 /60p.


Gempakkan gajet – gajet yang Sofystella ceritakan? Kenapa kita perlukan gajet – gajet baru? Sebab teknologi makin lama makin canggih mesti kita tak akan lepaskan peluang untuk memilikinya disamping bersaing dengan rakan- rakan untuk cuba dapatkannya. Di sebalik keterujaan kita untuk menyambut Aidilfitri kali ini, Sofystella rasa 10 gajet yang Sofystella ceritakan tadi adalah yang terbaik untuk memeriahkan raya tahun ini.


Sofystella : Kalau ada rezeki nak ambil satu iPhone 4s. J


 





Jom Makan Aiskrim.

Gambar dari Baskin-Robbins.



Hai semua, jom kita makan aiskrim, Sofystella belanja tapi lepas buka puasalah nanti. Ha? Betul ke? Sofystella nak ceritalah ini. Sebelum ini Syarikat aiskrim Baskin-Robbins telah mengumumkan akan memberikan aiskrim percuma kepada rakyat Malaysia jika para atlet membawa pulang pingat emas dari Kota London. Aiskrim percuma ini adalah penghargaan  bagi menghargai usaha dan pergorbanan para atlet yang berjuang di Olimpik London 2012.

Namun, setakat ini Malaysia masih belum memungut pingat emas. Bagi menghargai atlet – atlet yang telah mengharumkan nama negara, Baskin-Robbins tetap memberikan aiskrim percuma pada 8/8/2012 daripada pukul 8 – 10 malam di 61 cawagan di seluruh negara kecuali di kiosk Hospital Pantai Bangsar dan Taman Tema Genting.

Kita semua boleh memilih lebih daripada 31 perisa aiskrim yang disediakan. Molek sangatlahkan rakan – rakan. Lepas kita berbuka, kita boleh menikmati dessert dari aiskrim Baskin-Robbins. Sofystella pun teruja untuk menggunjungi kiosk – kiosk Baskin-Robbins yang berdekatan.

Untuk maklumat lanjut sila klik dibawah :
  1. Impian emas negara.
  2. Baskin-Robbins.

Sofystella : Nak pilih perisa apa? Semua sedap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...