SofysteLLa nak tanya dan nak kongsi cerita, anda tahu slogan di atas ini ? Mesti tahu kan, Slogan PLKN lah. Siapa pernah lalui pengalaman ini ? Seronok bukan ? SofysteLLa pernah lalui pada Jun 2010 Dah 2 tahun berlalu tapi sofysteLLa tak pernah lupa kenangan tu, SofysteLLa dapat kem di Tambunan, Sabah negeri di bayu ...pengalaman di sana sangat bererti buat sofysteLLa.
Yang diterapkan dalam program ini , ialah sahsiah diri yang dapat membina sikap patriotisme dalam generasi remaja. Selain itu, memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kumpulan. Sebab itulah program ini melibatkan pelbagai kaum, bangsa dan agama. SofysteLLa dapat mempelajari pelbagai budaya di Sabah yang teryatanya lebih banyak suku kaum yang unik.
Selain itu, kita dapat melatih dan mendisiplinkan diri dengan latihan seperti ketenteraan, pembelajaran suasana yang lebih ceria, lebih bersifat riadah, dan meluaskan pengetahuan tentang negara. Program khidmat negara ini dijalankan selama 3 bulan. Jatuh cinta rasanya dengan situasi di sana. InsyaALLAH jika sofysteLLa berkesempatan, sofysteLLa akan datang ke sabah buat kali yang ke-2.
sofysteLLa : Sumandak KL juga pandai menari tarian sumazau bha...boleh bha kalau kau
No comments:
Post a Comment