Followers

Tuesday, 17 July 2012

Cara Mengenal Mutiara Asli dan Mutiara Tiruan

Seperti yang CB janjikan, kali ni CB akan berkongsi sedikit tips macam mana mo bezakan mutiara yang asli dengan yang tiruan. Yalah, kadang-kadang ada peniaga ni main mo cepat kaya ja sampai sanggup menipu pelanggan lebih-lebih lagi yang bercakap  “saye”, “sane”, “mane” tu.  Hehehe, maksud CB orang Semenanjung la bah.




Antara tips-tips yang boleh dipraktikkan ialah:

1 - Bakar mutiara tersebut. Jika melecet kesan dari pembakaran, maka sah ia bukan mutiara asli.  Pembakaran tidak akan mendatangkan sebarang kesan terhadap mutiara.

2 - Kikis permukaan mutiara dengan pisau. Walaupun habuk/sisa mutiara terhasil namun mutiara asli tidak akan bercalar. 

3 - Geselkan mutiara tersebut dengan gigi anda. Jika gigi anda terasa seolah-olah berpasir dan 
ngilu maka sah ia adalah mutiara asli.

4 - Lambungkan mutiara tersebut bagi merasa beban. Mutiara asli akan terasa sedikit berat berbanding mutiara tiruan.

5 -  Ambil lighter  dan  bakar mutiara tu. Kalau mutiara tu ada kesan hitam dan bau plastik kena bakar, confirmed palsu.




Bah, kamu sudah tau sekarang macam mana mo bezakan yang mana asli dan yang mana ndak asli.  Kesian pula CB kalau kamu balik KL dengan perasaan teruja sebab kononnya dapat beli mutiara yang asli tapi rupa-rupanya palsu. Aduh, kesian……


















CIK BIBIRAN: Jangan pakai mutiara kalau kamu tengah mandi, masak atau mencuci sebab mutiara ni terbentuk daripada kalsium karbonat yang bulih sebabkan perubahan warna.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...