Followers

Monday, 2 July 2012

Risiko Kesihatan Di Tempat Kerja

Malaysia mempunyai seramai 13 juta tenaga kerja yang bekerja di pelbagai sektor pada tahun 2011.Golongan pekerja mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan dan penyakit disebabkan mereka terdedah kepada pelbagai hazad di tempat kerja.
Apakah hazad ?
·         Hazad adalah keupayaan sesuatu bahan untuk mencederakan kita.
Apakah risiko ?
·         Risiko adalah merupakan kebarangkalian sesuatu hazad menyebabkan kecederaan kepada kita semasa pengunaannya
Jenis-Jenis Hazad
Terdapat 5 jenis hazad iaitu:
·         Hazad Kimia contohnya seperti bahan alkali, bahan asid, bahan pelarut organik, wap dan gas beracun.

·         Hazad Fizikal contohnya seperti kebisingan, getaran, radiasi, suhu panas, suhu sejuk,aliran elektrik dan tekanan berlebihan.

·         Hazad biologi contohnya seperti bakteria, virus, serangga dan hama.
·         Hazad Ergonomik contohnya seperti tugas berat yang mengunakan tangan, keadaan badan yang kekok, tugas yang memerlukan pergerakan berulang-ulang yang kerap.


·         Hazad psikososial contohnya seperti tekanan kerja, beban kerja berlebihan, tiada sokongan rakan kerja, tiada kepelbagaian kerja dan kerja pada waktu mala

Klik Sini Untuk Seterusnya


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...