Followers

Monday, 2 July 2012

Gigi Palsu

Gigi palsu juga dikenali sebagai dentur. Alat ini menggantikan gigi yang hilang. Kepadanan gigi palsu bergantung kepada tulang rahang dan gigi bersebelahan.
Bahan-bahan gigi palsu
Gigi palsu diperbuat dengan menggunakan bahan berikut :

·         Plastik (acrylic)
·         Logam (cobalt chromium)
Mengapa anda memerlukan gigi palsu ?
Gigi palsu mustahak untuk :
·         Menambahbaik paras rupa
·         Mengunyah makanan dengan baik
·         Bertutur dengan jelas
·         Mengurangkan sakit di sendi rahang
·         Mencegah gigi bersebelah condong ke ruang kosong kerana kehilangan gigi
·         Meningkatkan keyakinan diri
Pertama kali memakai gigi palsu
Memakai gigi palsu baru mungkin mengambil masa untuk penyesuaian.
Anda mungkin mengalami :
·         Perubahan pertuturan
·         Kesukaran mengunyah makanan
·         Pengeluaran air liur yang bertambah
·         Kelainan paras rupa
Petua untuk anda:
·         Mulakan makan dengan makanan yang lembut
·         Makanan dipotong kecil-kecil
·         Baca dengan kuat untuk beberapa hari boleh membantu masalah pertuturan. Pertuturan akan bertambah baik bila lidah dan otot mulut serasi dengan gigi palsu
·         Pelekat gigi palsu dapat membantu anda dalam tempoh penyesuaian gigi palsu baru.
·         Jangan pakai gigi palsu buat sementara waktu jika sakit. Bawa gigi tersebut ke klinik untuk pemeriksaan.
Penjagaan gigi palsu
·         Cara - cara menjaga gigi palsu
Ingatan
Gigi palsu perlu diganti atau dilapik ( relined ) apabila longgar. Memakai gigi palsu yang longgar secara berterusan boleh melukakan gusi.
Klik Sini Untuk Seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...