KELETIHANsemasa memandu merupakan punca utama kemalangan jalan raya. Kemalangan sebegini boleh terjadi pada bila-bila masa, tetapi masa paling kerap ialah di antara pukul 10 malam hingga 8 pagi dan awal pagi hingga tengah hari.
Kemalangan yang berpunca dari rasa letih lazimnya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain. Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu. Berikut tips untuk mengatasi masalah letih semasa memandu:
- Perlahankan kereta anda
- Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai
- Berbual dengan penumpang jika ada
- Pasangkan radio anda dan cuba menyanyi bersama-sama dengan alunan muzik yang dimainkan
- Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum
- Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap
- Berhenti sekejap untuk minum
- Berhenti rehat untuk mandi
- Bermalam dahulu sebelum memulakan balik perjalanan yang jauh
KAK SU: Hati-hati di jalan raya!
No comments:
Post a Comment