Followers

Monday, 2 July 2012

Bahaya Minuman Bersoda

minuman bersoda

Apa khabar saudara saudari semua?! Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 7 kan, lagi dua minggu sahaja kita akan sambut ramadhan, oohh macam mana lah kan bekerja masa bulan puasa ni. Maklumlah ni lah first time Cik Taring kerja time puasa

Budak-budak sekarang suka sangat minum-minuman manis-manis plus bersoda kan. Kalau pergi Kfc, Mcd ke Pizza ke mesti dia orang ada sediakan minuman bersoda kalau amik minuman lain up lagi lah harga kan. Sekarang ni macam-macam minuman bersoda ada yang paling top dari dulu hingga sekarang Coca-Cola lah kan? Ke ada minuman lain yang paling famous dari Coca-Cola.

Cik Taring sekarang dah stop dari minum-minuman bersoda, sekarang Cik Taring lebihkan minum air kosong je baik untuk kesihatan. Cik Taring pun nak cantik jelita macam retis-retis sana . Cik Taring nak share kan sedikit info pasal minuman bersoda ni

Minuman bersoda ni mengandungi tahap kandungan gula yang tinggi. Soda sebenarnya boleh mengakibatkan ginjal seseorang dan lebih mudah terkena gangguan. Dan mereka yang suka sangat minum bersoda biasanya akan mengalami sakit pada pinggul dan bahagian belakang. Selain tu ada juga sesetengahnya mempunyai kesan pada air kencing serta muntah. Untuk menghindarinya, minumlah air putih kerana ia dapat membantu membuang pelbagai kandungan di dalam tubuh yang menyebabkan terbentuknya batu ginjal.

Jom sihat dengan air '0'
(-.-")

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...