Assalamualaikum
Sofystella jumpa macam-macam produk kesihatan. Ada yang berkesan, dan ada juga yang memudaratkan. Itu yang tak nak tu sebab kita dah laburkan banyak duit untuk yang terbaik. Sampai ada yang saman-menyaman demi membayar ganti rugi.
Masa 5 tahun lepas, Sofystella pernah pergi ke Hartamas yang menawarkan produk kesihatan "Ceragem" namanya, yang percuma untuk percubaan. Produk tersebut adalah sebuah single katil tetapi dalamnya ada beberapa batu Jade Bed Massage. Produk ini juga adalah produk dari Korea.
Seperti mana yang Sofystella tahu, batu jade ini adalah batu yang ada penawar untuk menyembuhkan penyakit kerana dia ada fungsi untuk melancarkan darah serta membersihkan darah. Sebab itu orang Cina, Korea, Jepun dan lain-lain akan membentukkan batu jade menjadi gelang perhiasan kerana mempunyai fungsi membersihkan darah.
Sofystella pun mencuba produk tersebut. Produk Ceragem ini mengunakan kuasa permanasan yang disalurkan melalui elektrik. Cara penggunaannya, kita perlu baring seperti nak tidur, tapi jangan tidur ye. Kedudukan semasa baring sangat selesa kerana ada lengkungan di katil Ceragem tersebut dan "roller" jade yang bergerak di belakang badan apabila baring.
Untuk mengerakan role jade itu, kita perlu menekan button "control" yang terdapat di katil Ceragem tersebut. Kemudian roller jade akan bergerak pelahan mengikut tulang belakang kita. Urutan tersebut sangat selesa, banyak fungsi produk tersebut. Jika anda mempunyai penyakit yang susah nak sembuh, Sofystella rasa produk tersebut sangat sesuai untuk dicuba kerana Sofystella sekeluarga telah mengunakannya dan letak satu dirumah.
Di sini Sofystella bagi link untuk anda lebih mengetahui maklumat lanjut. Sebab nak cerita di sini terlalu panjang. Sila layari Ceragem.
Sofystella : Setiap penyakit ada penawar. Cuma samada dalam cara yang betul ataupun tidak. Jangan guna bomoh ye.
No comments:
Post a Comment