Followers

Friday, 29 June 2012

Kesihatan : Penjagaan Rambut

·         Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.
·         Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
·         Rambut
·         dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.
·         Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
·         Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
·         Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
·         Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.
CARA- CARA PENJAGAAN RAMBUT
·         Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan.
·         Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.
·         Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerintingrambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimiarambut yang selalu menggunakan pengering letrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin.
·Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.
·Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan.
·Syampu bayi yang lembut, disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari.
MENANGANI RAMBUT BERMASALAH
Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.
 Klik SINI Untuk Seterusnya
SUMBER : MY HEALTH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...