Gara-gara diserbu oleh penduduk di
sini, sempena Karnival Komuniti 1Malaysia(K1M) Peringkat Negeri Kelantan, kakitangan Bahagian Penerbitan Dasar
Negara (BPDN) tak menang tangan untuk memenuhi setiap kehendak dan permintaan mereka
yang berkesempatan mengunjungi gerai BPDN. Senario ini menjadikan mereka sibuk melayan
pengunjung yang berpusu-pusu hadir bagi mendapatkan buku, risalah, potret dan sebagainya
yang boleh didapati secara ‘percuma’.Tak kira peringkat umur sama ada kanak-kanak,
remaja atau dewasa, kaunter BPDN sentiasa dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung
Karnival K1M yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hinggalah ke malam.
K1M yang bermula pada 3
- 5 Mei 2012 telah disempurnakan pelancaran oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 4 Mei 2012 bertempat di Padang Pusat Sivik, yang
dihadiri lebih kurang 70,000 orang. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya pameran oleh agensi kerajaan dan badan
berkanun yang memberikan perkhidmatan,
gerai jualan IKS tempatan, gerai Komuniti 1Malaysia, pameran oleh agensi
di bawah KPKK, gerai sektor swasta dan NGO, ruang interaktif berkonsepkan
permainan, persembahan kebudayaan pelbagai kaum, senam seni 1Malaysia ,
konsert PENTARAMA, persembahan nyanyian
oleh artis-artis yang didatang khas dari
Kuala Lumpur antaranya Awie, Aris Ariwatan, Elina, Jefrydin dan banyak lagi.
K1M adalah satu
pertubuhan sukarela yang telah ditubuh bagi membantu kerajaan menyebarkan
maklumat rasmi kerjaaan di dalam sesebuah komuniti. Penubuhan K1M ini adalah
menjurus kepada gagasan Malaysia di mana
ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum di dalam negara ini. Pelancaran K1M adalah merupakan platform
kerajaan untuk menyampaikan maklumat melalui ‘social service’ dan
pendekatan pemimpin bersama rakyat bersesuaian dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Raduan: Jangan lupa serbu Kaunter Buku PDN di Sambutan Himpunan Sejuta Belia 2012 di Putrajaya 23-27 Mei ini!
No comments:
Post a Comment