Followers

Friday, 1 April 2011

Beratnya Tanggungjawab Wanita Bekerja




Wanita  yang bekerja biasanya mula sibuk sejak bangun tidur lagi.  Apa tah lagi jika sudah berkeluarga, ada anak kecil  dan tidak mempunyai pembantu rumah. Se awal pagi dah kena  siapkan keperluan anak untuk dihantar ke  rumah jiran atau Taski. Yang rajin tu  buat sarapan untuk suami. Itu pun kalau nak jadi isteri solehah.  Lepas tu kelam kabut ke pejabat, nak kejar punch card supaya jangan merah. Yalah, peraturan pejabat juga perlu dipatuhi.  Di pejabat biasalah dengan kesibukan kerja-kerja pejabat. Bila petang mulalah bekerja nak ambil anak. Selagi belum tidur  pada malamnya ada saja kerja yang nak dibuatnya,  menyiapkan makan malam, membasuh kain dan sebagainya.

Bagi Mama Manis, itulah rutin kehidupan kita sebagai wanita yang bekerja. Walaupun tanggungjawab tersebut adalah berat, tetapi kita kena ikhlas, gembira, jangan merungut, bertolak ansur dengan keluarga  terutama  dengan suami dan anak-anak.  Barulah mencerminkan keluarga bahagia.  Mempunyai anak-anak yang soleh, taat dan  cemerlang dalam pelajaran, pastinya  datang  dari keluarga yang bahagia dan didikan kita sendiri.





Pesan Mama Manis: Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi untuk  mendidik anak biarlah  sejak anak itu kecil dan masih bayi lagi.  

20 comments:

mar said...

Betul tu Mama Manis.saya setuju.

rusna wana said...

beratnya pengorbanan sorang ibu...harapnya kita akan berjasa kepada ke2 ibu bapa kita...dan kita berdoa semoga anak2 kita akan menghargai pengorbanan kita kelak...amin...

SarahZin said...

memang tanggungjawab ni bera..but macam best je lau berjaya sahut cabaran ni kan..hehehe

Sherry Go Sharing said...

jangan lupa bulan Mei mother's day

story of my life said...

saya setuju dgn entry nih..sy pun mama yg bekerja....

selamat bekerja kpd mama2 semuaaaa

Unknown said...

anak2 kena larh balas pengorbanan uh.
=_)

aNiM said...

memang berat tanggungjawab wanita bekerja.tapi tak terasa berat kalau buat dengan ikhlas dan penuh kasih sayang:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

memang berat.... tapi bila balik tengok anak-anak yang menunggu kita pulang dari kerja serasa hilang semua kepenatan..bila suap anak makan lepas kita sudah memasak lagila terasa kepuasan..

Anonymous said...

setuju dgn entry ni..
kena uruskan rumah lag dan mcm2xlah..

aqishah said...

hahahha... memang penat sebenarnya wanita berkerjaya... lebih2 kalo x pembantu...

sy sendiri pun sama la mcm tuan rumah ni... balik rumah ambil anak, pas tu nak siapkan makan malam, pas tu nak tidokan anak,.. pas tu nak buat keja2 rumah pula... hohohoohoh

tp kita kena sabarlah kerana utk family kita buat sume ni.. dah namanya seorg isteri dan seorg mama btul x?.. inilah pengorbanan kan kan kan

Cute MuM said...

dulu bila berdua jer senang,..
sekarang dah ada anak, banyak masa diperlukan untuk jaga keluarga..
walaupon penat bekerja, tapi hati tetap gembira bila lihat wajah mereka..

rusna wana said...

kadang2 apabila balik daripada kerja- kita terus menuju kedapur - buat kerja- kemas rumah - suami kita? apa yg dorang buat? terselit jugak rasa tidak puas hati dengan perangai suami - tapi apakan daya - aku hanya wanita dan seorang ibu bkerjaya - menurut perintah sajalah....itulah - beratnya pengorbanan ibu bkerjaya..

Unknown said...

betul2,buat apapun mesti kna ikhlas....pnat2 keje pun anak mesti dilyan dgn baek..kalo x tula jdnya masalah penderaan dan sebagainya

aqishah said...

yeahh...x lama lagi mothers day kan ...

hepi mothers day pada semua yg bergelar seorg ibu...


kasih sayang ibu amat diperlukan oleh anak2... so hargailah mereka...

anggap je sume ni pengorbanan kita utk keluarga... peace ;)

amiraliyana said...

huhu. berat kan tanggungjawab ibu yang bekerja. sure penat punya. demi keluarga kan.

Ummu Ukasyah said...

Ya. Memang berat tanggungjawab wanita yang bekerja. Teringat kat emak. Dari subuh sampai ke malam tak henti henti bekerja.

Tak pernah pun merungut nak melayan kerenah anak-anak bila balik kerja.

Awal pagi bangun siapkan makanan pagi dan tengahari untuk anak-anak dan suami. Balik kerja sinsing lengan baju, terus masak buat kerja rumah.

Siap buat kerja pun pukul 10 malam. Emak masih mampu tersenyum. Tak ternilai jasa emak.

oleh itu, sebagai anak, bantulah ibu di rumah. Ringan-ringankan tulang. Syurga di bawah telapak kaki ibu.

Wan_hazel said...

betul tu..mama wan bangun 4 pagi..nak siapkan semua .sarapan pagi..kemas rumah..mam wan pun ambek upah mjahit gak..mam tak merungut pun..m=tu lah kelbhan wanita kan

Anonymous said...

wanita yang penyabar teras kepada rumah tangga yang bahagia kan...

dah la nak tolong suami tambah pendapatan...
nak kena wat kerja2 rumah tanpa merungut...

Wan_hazel said...

jatuh bangun seorng lelaki adalah akibat wanita disebelah nya...

Sarah Naiema said...

Wanita yang dah kahwin dan bekerjaya mempunyai tanggungjawab yang berat dan terpaksa mengharunginya setiap hari berbanding wanita yang tidak bekerja..

Lau kita lihat wanita yang bekerjaya terpaksa berkejar-kejar dalam menguruskan hal peribadi dan hal kerja.. Banyak benda yang harus diselesaikan..

Tapi harus juga ingat, dengan keikhlasan dapat mengubati semuanya kesusahan itu.. dah haruslah fikir yang semua tu ada cabaran.. Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...