Followers

Thursday, 31 March 2011

Prinsip Gagasan 1Malaysia


Salam 1Malaysia,


Kali ini saya akan menerangkan prinsip gagasan 1Malaysia yang ketiga.

KETIGA : Prinsip Gagasan 1Malaysia menekankan soal KEADILAN dan bukan KESAMARATAAN. Maksud keadilan itu ialah, semua rakyat akan mendapat manfaat dan dibantu oleh kerajaan, tetapi rakyat yang kehidupannya susah akan dibantu lebih oleh pihak kerajaan. Contohnya bagi rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin, mereka akan lebih diberi perhatian dan bantuan untuk meringankan bebanan kehidupan, berbanding rakyat yang berpendapatan tinggi dan kaya. Ini bagi memastikan semua rakyat mampu hidup dalam harmoni dan saling memahami antara satu sama lain.

Prinsip kesamarataan tidak sesuai diamalkan di negara ini, memandangkan taraf kehidupan dan ekonomi rakyat yang berbagai-bagai. Jika prinsip ini diamalkan, bermakna golongan miskin akan terus tertindas, sementara golongan kaya akan terus menikmati kemewahan. Jika ini berlaku, ia akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat, dan boleh mengakibatkan kesan jangka panjang yang kurang baik.









Mr.Kha1: Nantikan keluaran seterusnya...  

13 comments:

SarahZin said...

=)

story of my life said...

heheheh..no komen ler...isu sensitip plak karang.... ;p

Unknown said...

urr _V_
.
=)

yantz-yeem said...

saya rakyat 1 malaysia!!!

rusna wana said...

1malaysia jadi pegangan
rukun negara jadi panduan - keadilan tunjang utama dalam negara berpelembagaan...

aqishah said...

satu malaysia....

Unknown said...

yg pnting kta hdup harmoni,hormat n phm antra stu sma lain:)

story of my life said...

salam satu mesia!!

Sarah Naiema said...

Betul jugak tu.. hidup nie kena la adil..

Yang hidup miskin hendaklah dibantu dan diberi perhatian oleh kerajaan..

yang hidup senang harus la m'hulurkan sedikit sumbangan..baru la hidup nie adil dan makmur..

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..=)

Cikbintang said...

hye memeberi senyuman =) hehe

Wan_hazel said...

begitulah masyarakat skang nie..yg siatas terus diatas yg dibawah terus ditindas..suah nak amalkan prinsip nie

Anonymous said...

hehehe...memang nak kena adil la kan....kalau gagasan satu malaaysia x amalkan yang satu ni agak sukar la nak mentadbir negara...

tapi sejauh mana keadilan yang diamalkan kat malaysia ni tidak mampu la nak mengomen nya...

amiraliyana said...

betul tu.. perlu adil utk mengelakkan rakyat memberontak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...