Cikgu Bedah seronok dengar berita baik untuk warga pendidik negara ini, "Tawaran Baru" dari Kementerian Pelajaran. Melaluinya, pengetua dan guru besar yang mendorong kejayaan sekolah serta menepati sasaran prestasi pencapaian diberi imbuhan menarik.
Lebih dari itu, SEMUA kakitangan sekolah turut dapat habuan. Skim tawaran baru ini adalah insentif di bawah NKRA Pendidikan. Cikgu Bedah difahamkan, semua Pengetua dan guru besar yang melepasi kelayakan yang diukur dari gred purata sekolah, GPS akan mendapat RM7, 500. 5 peratus dari guru sekolah itu yang berprestasi tinggi pula akan mendapat habuan RM1,800 Manakala lain-lain guru akan menerima RM900. Wow! Seronoknya. Lebih menarik, ganjaran itu tidak meminggirkan kakitangan sokongan sekolah yang jumlahnya akan di umumkan kelak.
Cikgu Bedah: Semoga para guru lebih berdedikasi dalam melaksanakan tugas.
7 comments:
Cha yo! Cha yo!! guru2 kita!!
bestnya jadi cikgu kan... dulu2 tak de org pandang pun.. kalo masuk maktab paling last la tuh...
tp sbnrnya kerjaya guru adalah murni
Tanggungjawab guru2 adalah berat..
Tanggapi la ia dengan ikhlas dan jujur..=)
semoga dengan ganjaran seperti ni membuatkan guru2 lebih bersemangat untuk melahirkan lagi murid2 yang lebih cemerlang.=)
<--- mama mira cikgu jugak.*tak tanya pun!haha*
yang nie lah sebab nye ramai orang nak jadi guru dan kualiti perguruan tu semakin kurang...hm..
wow! bestnya jadi cikgu kat malaysia ni..kite aply nak jadi cikgu jugak...x layak pasal x lepas ujuian medsi..huhuhu
wan..ujian medsi tu pun da langkah kerajaan dalam menghasilkan guru berkualiti.. sikap seseorang, minat dan cita-cita yang selayaknya untuk menjadi guru turut dititikberatkan oleh kerajaan, bukan kelayakan akademik semata-mata =)
kaseh suchi
betul tu tapi skang nie dah tak leh nak guna gak kalau ada orang dalam kat tempat tu..so leh lah dapat jadi guru..langkah pagar je..
Post a Comment